akhirnya dah nak habis tahun 2011..aku kan mudah lupa ape2 yang dah berlaku. terima kasih kat blog ni sebab banyak simpan kenangan yang aku buat sepanjang tahun ni. azam tahun baru? biar aku je tahu ^_^
Saturday, December 31, 2011
Thursday, December 29, 2011
bidang baru tahun depan
aku pon xtau nak sumbat ape kat student tahun depan bile tibe subjek psv tu..sapela punye bijak bagi aku mengajar mende alah ni. ada nampak muka2 kesenian ke kat muka aku? kesenian menangkap gambar muka sindri guna henpon bolehla ;p dahla kasik aku form 3 fatonah & 3 ikhlas. takpe2..kompom aku x mengalami tekanan perasaan sebab paper soklan kena sediakan oleh ppd pastu aku xnak dah potostet2 kertas lagi, nak suruh beli buku je trus, supaya derang x sepah2 kan paper lepas buat rivision.
tak best sebab tade dapat ajar budak form 1 lagi. xpela, tak tensen gaduh2 nak buat kertas soklan tiap kali exam ^__^
canggih la tempat keje aku send jadual waktu via fb aje. xyah meting2 bagai =D
family gathering
aku pon x sangke akhir taun camni akan jupe sme adik badik, slalu jupe time raye je. so, trus plan famly gathering lagi masa christmas day tu. malangnye, sme resort fulhouse. tempat rahsia juga la harapan akhir. ni buah ciku, restoren depan tu bagi kitrg. dah lama ngidam nak makan. manis ^_^
cik ghani memikul tanggungjawab memerap ayam 4 ekor utk bbq. ada jugak sate, tp malam tu da kenyang makan ayam aje. dah malas nk bakar sate pulak. adik aku ni, bergaya saje tengah bbq ayam, lepas tu dia merayap pegi karaoke & mancing.
karok open air tu..wakakak..slalu masuk dalam bilik aje. aku rasa malam tu, boleh tangkap ikan guna tangan aje. sebab derang pening dengar suara kitrg. cengkerik pon kalah la malam tu, senyap je..suara kitrg aje ~~lalalala~~mcm biasa lagu warming up aku..tiada lagi by mayangsari ;p
aku rasa dia dah mula gila menggambar..kalah aku
acara berenang merentas sungai tu..masin macam garam air nye..sebab da dekat dengan laut jugak ni sbenarnye. aku kompom la duduk tepi batu aje, rendamkan badan. adik2 aku yang len sme pandai brenang..T_T
feeling model da dia sekarang ni. sape tah ajar, nyampah aku..kejap2 "amikkan gambar aku"..tensen
aku try pakai baju cotton on dgn singlet..da gemok dengan dasyat sejak balik rumah. jadik, aku rasa buruk!
faiq kacau daun T_T nyampah
perlukah aku beli crocs baru? kesian kat diri sindri.
Wednesday, December 28, 2011
dah beli jar ^__^
dengan gigih pegi beli jar petang tadi dengan ibu n adik. siap amik alamat & no. tepon opis. sampai sesat2, nasib ada julia helen membimbing ke jalan yang benar ^__^ thx kak. aku ingat nak amik gambar jar nye. tapi ibu aku x bagi xpose kan dlu. nak suprise kan la konon. aku layan la xcited dia, padehal mula2 dia x setuju dengan idea karut aku ni. esok sambung diy jar, tak dapat siapkan kerna reben x ckup. harap2 nanti da siap jadi ala2 macam INI
pade sape2 yang nak beli jar tu, korang bole pegi check kat SINI. murah aje dan banyak design. aku amik jenis 4 segi dan dapat hage sebotol 0.95sen :) oke la kan?
tenang hati aku sikit dah bli doorgift.
Saturday, December 24, 2011
review; tamarind cleansing cream
disebabkan aku suke mekup, haruslah aku mencari remover mekup yg sangat hebat tetapi menjimatkan. ihihi..pestime aku pakai remover mekup dari jenama cybercolor. aku beli kat sasa masa promosi sebotol singgit, jadi aku rembat dua. tu pon aku pakai jimat2. bile da nak habis mula la aku gelabah nak beli lagi. sekali tguk harga sebenar..mahallll...trus aku tak jadi beli jenama tu lagi ;p berpusing2 la aku carik remover dari brand len plak.
memula aku amik inisiatif pakai baby oil aje...nak murah sangat. cume yang x best muke aku kompom macam kilang pemprosesan minyak kelapa sawit pastu pedih la mata tenyeh2 nak ilangkan eyeshadow, mascara n celak2. sampai termasuk2 baby oil dalm mata..adeiiiyaaaa...
masa aku buat treatment muka pulak, org tu komplen muka aku byk whitehead sebab tak bersihkan mekup dengan sempurna. dia suggestkan, kalo nak bersihkan mekup better guna remover utk mekup. bukan baby oil T_T
masa aku buat treatment muka pulak, org tu komplen muka aku byk whitehead sebab tak bersihkan mekup dengan sempurna. dia suggestkan, kalo nak bersihkan mekup better guna remover utk mekup. bukan baby oil T_T
ntah bile aku masuk daiso, terjumpa mende alah ni
nasib baik dia ada tulis instruct dalam BI. tapi, rasanya kan produk ni bukan dari japan tau. ntah napa ada jual kat daiso gak. ahh..abaikan.
tekstur creamy tapi masa guna dia tade buih. picit, gosok2 kat muka dan area2 yang pakai mekup. basuh dan hilang la mekupnya. aku setia dengan tamarind ni sampai da masuk tube kedua.
tapi...hahaha..manjang ada tapi kan? kalo mekup tu da tebal macam tepek simen. tak jalan jugala setakat guna sekali aje. kompom kena basuh muka dua tiga empat kali guna mende alah ni.pastu kalo jenis ko pakai eyeliner atas luar kelopak mata pastu suke tenyeh2 nak hitam macam arang. mascara pulak kalo boleh nak layer2 sampai seploh kali. walopon da basuh berkali-kali, still ada jugak eyeliner itam tu kat sipi2 anak mata. failed!
means, produk ni x bape best la. wakakaka...mende hage RM5 kot? takkan nak harap prestasi melebihkan?
pesanan aku, sile jangan beli la untuk mereka yang mekup macam krisdayanti. tapi, yang jenis mekup2 light. dipersilakan untuk masuk kedalam koleksi anda.
aku da tak guna tamarind lagi skg..sebab da guna yg lagi best!
ni la rupenye, macam tube pencuci muka dan besar tau. salah satu sebab aku pilih nak pakai jenis macam ni sebab x payah susah2 nak guna cotton pad. picit dan basuh macam guna pencuci muka biasa. jimat! aku kan kedek..wakakak..
bagus kan? means tade org picit2 dia seblom ni..eheheh
tapi...hahaha..manjang ada tapi kan? kalo mekup tu da tebal macam tepek simen. tak jalan jugala setakat guna sekali aje. kompom kena basuh muka dua tiga empat kali guna mende alah ni.pastu kalo jenis ko pakai eyeliner atas luar kelopak mata pastu suke tenyeh2 nak hitam macam arang. mascara pulak kalo boleh nak layer2 sampai seploh kali. walopon da basuh berkali-kali, still ada jugak eyeliner itam tu kat sipi2 anak mata. failed!
means, produk ni x bape best la. wakakaka...mende hage RM5 kot? takkan nak harap prestasi melebihkan?
pesanan aku, sile jangan beli la untuk mereka yang mekup macam krisdayanti. tapi, yang jenis mekup2 light. dipersilakan untuk masuk kedalam koleksi anda.
aku da tak guna tamarind lagi skg..sebab da guna yg lagi best!
Friday, December 23, 2011
pink..errrrr
aku tak suke kaler pink. alegik ;p tapi ade jugak terlekat beberapa barang kaler pink yang aku guna hari2 dan sangat setia aku bawa kehulu hilir.
kalo dlu aku sangat mengagungkan tupperware. skang aku pakai botol air yang dapat free masa soping kat etude house. aku suke pakai sebab ada tali senang nak sangkut kat tangan. pahtu bile nak minum senang nak buka. ada sekali aku bawa pegi joging dengan member university. muka dia sangat terperanjat tgok aku pegang botol air ni, sambil menjerit..pink! aku buat muka steady jawab, senang nak minum..pastu buat demonstrasi bukak tutup bukak tutup pastu sedut air.
sunsilk pink..padehal ade je sunsilk kaler hijau untuk wanita bertudung tu (peveret kaler aku kan hijau). tapi, aku dah try sunsilk hijau tu, rambut aku kejung macam dawai sampai rumate aku di university dlu pesan "usahla ko pakai syampu tu, aku nampak rambut ko da tercancang2 aje, jahanam rambut karang". pastu, hosmet aku skang asik promote sunsilk aje. jadi, sepanjang tahun ni keje aku round try guna sme kaler2 sunsilk yang ada kat pasaran. last2, aku rasa kaler pink ni paling suit. sebab lepas mandi rambut wangi pastu lembut aje.
itula org cakap, jangan benci sangat sesuatu mende tu. nanti terkena balik.
sederhana saja dalam setiap pekerjaan yang dilakukan adalah perkara terbaik :)
Wednesday, December 21, 2011
mi manchi tanto
aku rindu sangat dengan dia, tapi nak jumpa kena balik sana..bile balik sana maknanya aku dah mula keje, aku masih belom ada mood nak pegi keje..nak lepak2 dengan dia aje =.='
rindu nak susun kat dashbod
rindu my polish
tp, dalam diam aku admire dia ni jugak ;p
Tuesday, December 20, 2011
review; yougurt peel cleansing foam etude house
sebab aku bosan, jadi nak buatla review facial foam keluaran etude house. aku beli bulan pose lepas masa kuar dengan julia helen untuk buka pose sesama. dah habis pon pakai satu tube. tergoda nak beli sebab terpengaruh dengan ailylrozanna
tekstur facial ni creamy. tekan sikit je macam besar kacang da cukup. belambak buih kat muka. habis cuci rasa bersih aje muka. tade rasa kesat2 dan kering kulit. lagipon tade effect buruk kat kulit, semua oke aje.
kesimpulannya, best! juga sangat menjimatkanla beli sebab tekan sikit da bole basuh dengan bersih satu muka aku yg lebar ni ^_^ tapi, aku kan dasar suke cube produk baru. makanya, aku suke tekan banyak2 biar cepat habis pahtu tiap kali nak amik air semayang aje aku pakai. ihihihi..price, sme mampu memilikinya.
yang x best, produk ni jual hanya jual kat etude house je. tp takpe, kat sabah dah ada etude house :) xpayah susah2 tunggu balik sini utk borong.
Monday, December 19, 2011
my own room next year :)
tahun depan, aku da tak dok dalam bilik guru dengan member2 secara berjemaah lagi T_T sebab kitorang akan berpindah ke bangunan baru. disebabkan ruang berjemaah di bangunan baru tu kecik. jadi, kitorang di pecah2kan duduk di bilik mengikut tugas masing2.
sebenarnya ada pra n cons juga dok bilik sesorang ni. yang bestnya sangatttlaaa privacy. nak kol dengan muncets pon senang :) takyah kover sana sini. tade sape nk curik2 dengar. ekekek..macamla ada nak dengar sangat.
tapi, banyak yang xbest sebenarnya. pasni susahla nak merapatkan silaturahim sesama member. pastu paling leceh nak mengejar guru2 relief..wahhh...berasap kaki aku mencari derang dari bilik ke bilik. kompom tade aku nak pakai heels..selipar jepon memanjang melekat agaknya.
pastu, sape2 yang mengajar selain kelas2 elite akan menapak kat bangunan belakang. fuhh...kena la sediakan perfume atas meja kot. ye la..berpeluh2..sudahla kat kelas2 bangunan lama tu memang tade kipas T_T nampak gayanya, pasni masing2 mesti buat keje sindri2 aje. nantikan sajela tahun depan macam mana.
kenangan meja lama aku yang betol2 depan pintu masuk juga berhadap dengan cgu halim yang suke mengacau tiap kali aku berkoling dengan muncets. pasni kompem tade jumpe da lagi sebab dia dok dalam bilik guru..ihihihi..masa ni masing2 tengah sibuk kemas meja pasal nak angkut naik bangunan baru. dekat bangunan baru derang tak ckup budget providekan meja T_T terpaksa guna meja lama.
kenangan bilik guru lama. masa ni da banyak orang mengangkut barang.
aku ditempatkan dalam bahagian bilik peperiksaan
dalam bilik ni ada ruang tamu dan dua bilik
bilik ni banyak kabinet sebab nak ngamkan dengan kerja kami yang asik berhubung dengan kertas2 dan fail2. kat sini menempatkan sorang S/U SPM. dia kena duduk kat ruang tamu sebab dia lelaki..hahahah..tapi bagus, dia tade komplen sikit pon :) pasni aku akan mengangkut printer peperiksaan sumbat masuk sini. bagus, tadela org akan menggunakan sesuka hati. S/U STPM pon lelaki tapi takmo masuk sini sebab nak duduk sbelah bini (bini satu skola). takpe, bilik S/U ni masih lagi sebaris dengan bilik guru utama. masih senang nak kontek.
bilik pertama menempatkan S/U PMR seramai dua orang
bilik aku...besar kan kabinet? aku duduk sorang sini. ekekek..aku tade pegang ape2..keje aku pantau mereka saje. kat sini la aku akan menyembunyikan segala fail penting yang asik2 tetibe hilang. tensen den.
aku masa akhir tahun masih blom ada mood nak kemas hias. tgu tahun depan la aku susun sme fail masuk kabinet. wahh...senangla nak amik pic syok sindri kan tahun depan tade org komplen ^_^
aku masa akhir tahun masih blom ada mood nak kemas hias. tgu tahun depan la aku susun sme fail masuk kabinet. wahh...senangla nak amik pic syok sindri kan tahun depan tade org komplen ^_^
Sunday, December 18, 2011
pekerja baru makmal :)
balik klang rumah muncets ritu, aku ikot akak muncets pegi keje sebab nak tguk macam mana enviroment situ. best jugala, kawasan dia besar. banyak pokok2, tapi akak muncets cakap tekanan keje kat situ tinggi, sesuai la dengan standart sekolah tu. sekolah prestasi tinggi (SPT). akhir taun gini, keje nya mengira stok bahan2 dan barang2 dalam makmal sebab nak buat laporan. yang rosak dibuang dan kira yang boleh diguna saja. disebabkan aku da biasa dengan keadaan makmal, jadi aku tadela rasa asing masuk situ. cume nak dibandingkan lab situ dgn lab tempat keje aku bagai enggang dan pipit.
mesti korang familiar dengan nama sekolah ni kan? masa aku masuk lab sni. pekerja2 sni ingat aku budak baru posting keje kat lab jugak. ekekeke..pastu akak muncets cakap saje bawa aku sini. sebab takot aku bosan kat rumah n skaligus bole la aku tolong kire2 stok jugak :)
hari pertama aku kire stok kat makmal physics. best! apparatus sme tersusun dan berlabel. senang nak wat eksperimen. syurgaaaa...bile la pacik2 lab aku tu nak insaf. urghhh...
ni da masuk hari kedua, kire stok kat makmal kimia. kejap aje da siap. lagi senang kire stok kimia dari physics. sebab sni tade byk gn electrical devices. sni lebey kepada bhn2 kimia dalm botol. yang bestnya, kitrg siap makan bubur ayam blackpaper. sedap! aku siap amik resepi dari ketua lab tu.
paling membanggakan, ketua lab tu siap kol akak muncets pepagi buta sebab nak suh aku datang hari kedua ni. sebab nak suh makan. maybe sebab hari pertama tu aku ada tolong wat keje kot. jadik, percayala bahawa budi baik dibalas baik ^_^
padehal aku da cakap dgn akak muncets malam tu, "akak, saya xnk pegi ikot keje esok", tapi pepagi akak muncets da masuk bilik bagitau pasal tu, so aku trus loncat siap2 ikot dia pegi keje lagi kali kedua. layankan je la. terisi jugak masa aku kat klang. lagipon, muncets tak jadi trun jupe. dari aku layan2 sedih. baik aku busykan diri.
ni last pic, ketika sme keje da settle..derang2 sme cakap. tah bile jupe lagi ^_^ memang nice la pekerja2 lab sni. i loikee...will miss u ol. sangat sekepala.
GA BY PAU SERI AYER HITAM JOHOR
masih dalam mood asik takde keje, pastu nak join GA. kali ni nak try join untuk dapatkan tajaan pau yg sedap pulak =D lagipon, pau seri ni dekat johor kan? sangatla dekat nak hantar ke sini dalam keadaan masih panas dan lembut2 untuk dihidangkan pada tetamu :)
pau seri akan memilih 2 orang pemenang dan akan menaja sebanyak 500 pieces pau mini mengikut kaler tema perkahwinan anda..comey nye. bsenya org bagi cupcake kan? kali ni tukar selera la pulak. asik nak ikot jejak2 perkahwinan ala2 english style. kalini kita buat melayu style la pulak. lagipon dengan cara ni la dapat memantapkan lagi bisnes pau seri utk berkembang lagi maju ^__^ sebab orang datang2 makan mesti tanya.."eh, kat mana oder ni?" tetamu yang datang bukan skit. beribu tu..
lagipon, skang da moden, tak mesti inti pau asik kacang ajekan? pau seri sangatla kretip mempelbagaikan inti mengikut peredaran zaman. haishh...kalo menang, nak mintak inti coklat..bole? ihihihi
harga pon affordable..makan sebijik da kenyang :)
rase2 nak tempah pau untuk kenduri kendara? boleh direct call atau pegi ke FB PAU SERI
doa untk diri sindri semoga menang :)
Saturday, December 17, 2011
Friday, December 16, 2011
suke tguk jer ;p
aku mmg suke cuci mata sampai jadik panda dan sakit dada meniarap depan laptop..berangan yg tangan aku sangatla berseni nak DIY ;p sangatla kan? tp, still masih ada semangat nak diy..ihihihi..semangat aje -_-'' klik SINI
Wednesday, December 14, 2011
Giveaway first opening Dippy Lyn’s collections
tengah2 blogwalking terjumpe GA ni. sangat membantu aku yang serabut mencari bunga pahar yang sesuai. jenuh keluar masuk kedai tapi tangan masih kosong T__T aku pon x berapa pasti ape bunga dip ni, tapi waktu skrol2 tgok design2 memang cun2. mesti cantik kalo letak kiri kanan kat atas pelamin :) so, heharap aku menangla ;p bole mepek kejap kat orang bahawa bunga pahar saya telah ditaja..ihihi. tagged 2 org.
bangun pepagi da hadap laptop. rindu muncets very much T_T
Tuesday, December 13, 2011
atan dan eton
harini satu kawasan perumahan aku tade letrik sebab ada pembaikan apetah. azab..tak dapat hadap tenet, panas, kesunyian. pastu aku kena suh ajar adik add math sambil aku menelaah komik dragonball yg da keberapa ratos kali ulang. tahap kepanasan membawa aku, ibu dan adik2 serta jiran jalan survey apepatot. ktrg pegi angsana sebab sana kan ada econ ;p
walopon rumah sekangkang kera dengan angsana tapi sangat la jarang dapat pegi. jadi tak bape tau ape kedai yg ada sana. nasib baik jiran yg join ikot tu terer tunjuk2 kedai yang kitrg carik. best jugak bile da jumpe kedai2 yg ada jual banyak barang kraf dan mende comel2. kat situ aku beli kain untuk buat alas dulang. mule2 aku nak beli redy made aje. tapi, ibu bg idea suh buat sindri. carik2 dia punye renda2 nak jahit kat tepi tak ckup meter pulak. hmmm..bile da berkenan satu tu aje. dia suh aku tguk yg lain pon aku nampak semua x cantik. last2, budak kedai tu cakap dia akan oderkan untuk aku, nanti dia kol ..yeayyy :)
singgah kamdar beli kain langsir sikit utk bahagian ruang tamu.
ktrg pegi solat kat kipmart. pastu sambil ibu aku beli2 ikan sayur ktrg pegi pet shop. adik aku mintak belikan hamster sepasang. aku belikan ajelah. kaler itam dan putih, nama nya atan dan eton =D ibu aku belikan durian 3 bijik, aku makan sambil meleleh air mata. sedih kot?
Sunday, December 11, 2011
seminggu tak lekat rumah
tade masa nak hapdate, hari senin je aku dok kat rumah tu pon da sibuk seharian pegi kota tinggi. balik2 rumah dah malam trus aku pegi cuci baju2 yang nak bawak pegi klang. selasa pagi pegi klang sebab uruskan perkara2 yg perlu sebelom aku balik keje. muncets pulak tetibe busy atas kapal masa kat port dickson. tak dapatla jumpe T__T memasing sedih tade mood seharian.
sangat penat masa kat klang, sebab asik jalan dari pagi sampai malam cari barang2. balik ruma mesti aku laju je tumbang atas katil. sampaikan adik muncets asik2 tanya, dah nak tido? jom tido. sama2 kitorang pegi kayangan. sampaikan hari terakhir tu, aku dengan adik muncets surrender nak jemput adik laki dia kat airport. kitorang berdua rela duk kat rumah sebab mata aku da lebam ngantok =D
akak muncets hantar aku balik & tgu sampai bus gerak. rasa bersalah jugak sebab lama btul dia duk lepak situ. pastu dia dok kat luar bus sebab nak lambai2 tangan aje. haihh...aku kesian sebab dia berdiri lama2. sebab sepanjang aku duk sana, akak dia la yg drive ke hulu hilir bawa aku pilih barang. dahla pepagi akak dia kena pegi keje. sambung2 balik bawa aku jalan pulak sampai malam. aku pun x hebat ada tenaga camtu. anyway, thx akak :)
aku sampai saje rumah hari jumaat lepas, aku cuci2 baju smula dan lepas aje maghrib gerak pegi rumah julia helen pulak sebab kitorang ada kusus kawin sabtu dan ahad. ayah aku antar pegi bustop pastu aku pandai2 aje buat hebat naik bus. nasib baik sampai dengan selamat. julia helen amik aku kat mcD. 2 hari aku tadah telinga dengar ceramah pra perkahwinan. nasib baik sme penceramah best2. dari pagi sampai petang kusus berjalan. harini da free..sijil pon da dapat. thx also to julia helen sebab merelakan diri terjebak dalam kancah kursus pra perkahwinan ni. akak mmg kool tau.
skang, bole tarik napas lega separuh ;p
Sunday, December 4, 2011
bunga daisy dari felt
harini ade skit keje berpekdah aku buat dan ade jalan sikit aktiviti2 survey apa patut. tapi, setakat suvey sajela ;p last2 aku pegi beli felt kaler kuning dan putih dengan smarties button sedozen. sebab aku terinspirasi nak wat daisy dari felt. aku tiru kat SINI..sebijik tak?
okeh, ni la aku nak preview purse yang aku belikan utk ibu. ngam la kan design dia gini2. untuk orang2 berumur takleh nak fancy2 sangat.
dua button adelah utnuk membezakan waktu ada banyak det dengan kurang det..ekekeke..paham ke? xpaham takpe. ruangan letak kad yg banyak, seusai utk ibu yang bermacam2 kada dia simpan.
tempat letak syiling kat belakang. ibu aku suke kalo ada zip2 ni. sebab dia jenis suke letak det bersepah dan selit ntah memana. jadi klo ada byk compartment, da tak bersepah lagi. setelah 8 taun baru tuko purse. berbaloi la. purse dulu pon aku belikan jugak :) masa tu kat matriks. itu la aku hingat da bape lama dia tak tuko ^__^
johor premium outlets - JPO
johor premium outlets@JPO, suasana kat sini macam jalan kat kedai2 orang kaye memang xde kedai cikai la dan tadelah beso sangat kawasan dia walo x beso mana, duk dalam tu meround tguk items saje berejam2, macam x cukup masa pon hade, tensenn!. takde rasa takot nak masuk tiap2 butik sebab hage dia cam affordable pastu macam sme butik penuh dengan manusia kot? sale kan? murah2 sme mampu nak tayang det beli. ada beberapa butik yang x bape nak penuh sebab tade sale. tapi bila da sale cam mepek jugak hagenye.
sangat besh yang x mampu aku gambarkan sebab sme brg yang sale kat sni branded2 aku tengok orang pegi masuk butik levis n guess cam tadehape masalah.. kagum sat, beratur bayar cam beli goreng pisang kot?. aku join julia helen dengan kak iteq pegi sini, memula kitrg konon nak soping tingkap aje skali napsu memang xleh kawal. terpaksa masing2 merembat beberapa items takot habis yang elok2 ;p paling banyak menyoping adelah orang yg konon nye x larat nak meround seluruh butik. tapi skali dia da masuk satu tempat, ntah bape helai dia tersangkut. hage murah tersangat katanya.
aku dengan kak iteq, my senior masa sekolah sultan ismail, jb
charles & keith
ni kat cotton on, ada banyak lagi butik len aku tade amik pic sebab batery flat..-_-''
hasil perembatan, kat cotton on. alasan membeli adalah kerana aku tade bawa balik baju utk jenjalan. asik pake t-shirt mepek2 cam nak g sukan.
seyes aku da mula suke fossil, sebab design dia sangatle menarik dan comel..bla..bla..aku masuk sini saje dua kali sampaikan promoter dia pasan. memang rabun mata nak pilih purse ajepon. aku amik dua purse, satu untuk ibu, pic nye aku tade snap sebab laju je ibu kemas2 masukkan kad2 baru kedalam purse tu, semangat!
ekceli aku nak beli henbeg baru kat sini sebab da dua tahun tade tuko hendeg sampaikan member cakap dia mau muntah tgok aku sandang tods coklat tu T_T sedihh...sebab henbeg fossil yg aku berkenan da ada org sambar..tape, next tym nak ajak fred g sini masa kismas. mesti sale dia lagi hebakkk...
Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com