Saturday, February 11, 2012

pasal kopi pon aku stresss..

4 comments:
bangun tak berapa awal, tapi kena juga membangunkan jasad sebab kena ganti persekolahan. ritu kan skola aku gatal2 amik cuti raya cina. padehal takde pon studen cina, cikgu pon takde yang celebrate. ntah..layan je kalo orang dah nak bagi cuti kan? 

ingatkan dapat balik awal sebab ada buat aktiviti gotong royong kat kelas masing2 je. sebagai guru kelas, opkos muka kena ditayang sepanjang masa memantau pelajar buat keje. kang derang gotong royong mende alah len plak. bukan boleh caye bebudak ni. 

pihak sekolah siap belikan plastik berwarna warni utk buat alas meja pelajar dan guru dalam kelas. tak ramai yang datang tapi aku teksah sangat pasal lagi mudah nak kawal pergerakan derang. aktiviti pertama, aku design kan susunan meja baru. motif? supaya lebih senang round untuk check sorang2, siap keje skola dan buat tak latihan masa dalam kelas..kehkehkeh..

pasni, xyah susah2 aku nak buat tawaf macam ular yang tersekat2 sebab takde space utk aku lalu :) rajin je demonstrasi berjalan2 kat cikgu hazami yang buat soklan cepumas "nape perlu buat susunan begini?"..bizibodi manjang. lepas hbis buat catwalk. dia kagum dan cakap, great! sambil wat gaya thumbs up.
then, bincang pasal mende2 yang wajib dilekatkan di dashbod depan dan belakang kelas. cam jadual waktu n jadual bertugas. buat 8 kumpulan mewakili 8 subjek, setiap kumpulan kena buat satu nota ringkas dalam manila kad untuk tampal kat belakang.

paling xleh blah, aku bole pulak terpikir idea bernas..tugas untuk ketua dan penolong kelas. "selain daripada memastikan siapa pelajar tidak hadir. kena juga tulis dalam buku yang saya sediakan, siapa guru yang tidak masuk mengajar" ;p kerlasss idea busuk. nak tahu, sape paling kerap eskep mengajar without any reasons.

kitorang share plastik meja dengan kelas satu apetah. dapat kaler pinky. eyeksss...tapi layan. bagus jugak kaler striking nih. ceria bebudak dengan suasana terang benderang. cuma, plastik tu nipis sangat. aku tak yakin plastik tu bertahan sampai akhir taun. 

sedangkan taun lepas pihak skola dan sarungkan tiap2 meja pelajar dengan tikar getah paling tebal gred A pon derang dapat koyak2 jahanamkan. ni pulak plastik nipis yang tergesel pembaris tumpul pon bole koyak. emm..tguk je la nanti camne. takleh nak komen banyak sebab blum terbukti ;p

cite pasal aku balik lewat, ni sme pasal pantau budak2 pasang alas meja tu la. sampai nantok tgu derang nak siap stapler. ohh...lambat siap sebab 4 orang aje yang tinggal last2 tu pon budak2 asrama pompuan. memula, hajat nak belanja derang kat kantin lepas siap2. tapi, makanan sme da licin. so, aku janji belikan derang makanan lah pastu bagi minggu depan. better kot bagi makanan sebab bebudak asrama ni, kompom suke if dapat stok2 makanan untuk derang kunyah2 kat dorm. aku pon budak asrama gak dlu, opkos memahami.

sampai rumah trus sinsing lengan berehkan keje bertimbun2, termasuklah mandikan ichiko guna syampu. settle siapkan keje dalam rumah ni jam 1530. baru teringat, boipren aku berlakon dalam tv arini. laju2 tekan remote astro. uhukss...da terlewat sejamsetengah.


kuch2hotahai...sesuatu berlaku dalam hati ku. bile iklan je aku nyempat2 lari ke dapur kupas ubi kayu dan terus rebus. gian makan dengan sambal ikan bilis. xleh blah..menitik2 air mata sambil suap ubi dalam mulut. berhantu btul la cite ni. tiap kali main aje. kompom berhingus hidung..sobss.

macam, tiap2 kali karimah ajak pegi tamu hari jumaat atau sabtu, mesti aku beli ubi kayu. lagi sedap sambil makan pekena kopi O. masalahnye aku dah takleh minum kopi skang. tapi..kenapa la aku berkhayal jugak kesedapan mende tu?? 

pelis la kopi, janganlah ko goda aku lagi. semalam, aku lalu kat depan tempat proses kopi sebuk tenom tu. erghhh...trus teringat aroma wanginya dan siap2 lagi aku imaginekan air kopi tu dikulum2 dalam mulut. betapa sedapnya kopi tenom yang aku minum kat sipitang zaman aku aktif minum kopi dulu. terasa sampai skang. 

terus ligat otak berpikir..nak beli tak nak..nak beli tak nak..nak beli tak nak..trus stress sampai skang.


so "gula's" kan bertudung?

6 comments:
sambutan maulidur rasul berlangsung kat skol tadi. ekceli aku ada dgar pasal majlis ni but tatau pengisian apekah yang bakal diadakan bagi memeriahkan suasana. rupenye nama aku masuk kat dalam penyediaan hadiah dan sijil. tu pon pasal kak nida yang inform semalam. nasib baik tak susah sangat, cuma kena prepare duit dan taip sijil jek. pepagi tadi baru la kecoh2 masukkan duit dalam envelope. tak serabut pasal sikit je pelajar yang join pertandingan2 yang dianjurkan. nampak sangat derang ni tak minat hal2 berkaitan agama..-.-'' 


aturcara majlis yang tak semenggah mana. rasanya, awal2 masa masuk keje sini dulu sambutan cambest gile. siap ada berarak bawak banner dari sekolah pegi masjid pahtu patah balik ke sekolah sambil selawat. 


ada kejadian sangat best terjadik arini. macam kejadian yang akan di ingat sampai bila2. soooooo suprise masa datang pepagi tadi pahtu lalu bilik kesihatan...ternampak dari cermin ternampak my kim possible tgah kelebet2 betulkan tudung kat kepala. dia pakai tudung sempena menghormati majlis maulidur rasul. so sweettt kan my kim? beliau adelah prempuan hotz yang pakai baju merah berdiri paling hujung sebelah kiri tuh.mende baik harus dipuji, walopon baru sekali dia try buat. manala tahu, pahni dia jadik geng kitrg join beli tudung sekodi. ihikss..


muncets kol me cam biasa, tah nape semakin hari dia makin treat me nice. makin penyabar dengan karenah merepek aku. ntah nape aku pun semakin hari kuat saje nak berhangin tak tentu hala arah bertiup. aku suke ungkit mende lepas2, tanya mende2 yang pastinya last2 mengkecikkan hati masing2. still muncets cuba jernihkan keadaan dengan bagi penerangan dengan suara sopan santun. serba salah dibuatnya..


muncets; abg x nak ungkit benda lepas sebab, last2 nanti D yang kecik hati dengan kata2 abg.


me; ~~sunyi sepi tak menjawab~~

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com