Thursday, February 9, 2012
mari dengar saya membaca slaid
pasal 2 minggu tak masuk kelas, seminggu cuti raya cina, seminggu hadap sukan sekolah tengah padang. hari2 aku pkir macam mana nak mengajar budak2 kelas pmr n spm dengan lebih efisien. nasib baik depan meja aku adelah guru cemerlang..bakal ^_^ jadik, kitorang bincang dan susun topik yang perlu di dahulukan dan dikemudiankan.
bile mengajar budak2 kelas terkebelakang, haruslah atur strategi. xleh hentam keromo. padahnya karang, dengan silibus tak habis dan tak berjaya menarik minat pelajar menggemari salah satu subjek killer untuk kepala derang ni. harus di ingat, aku memang mengajar kelas paling kebelakang dan terakhir. paham2 la proses penerimaan derang untuk tiap2 pengajaran adalah slow. kesabaran tahap tinggi amatla di perlukan.supaya kelas berjalan dengan lancar, aku akan plan rancangan pengajaran sehari awal. ekceli, sejak2 ni aku suke nak siapkan buku rekod mengajar pasal jeles tguk cikgu ajis hari2 asik dok buat rph aje. stresssss...jadik, nak hilangkan stress...marilah sama2 berlumba siapkan lesson plan setiap hari.
ohh..tapi hari ni aku lagi sangat stressss. pepagi dah ada perjumpaan guru2 kat bilik seminar untuk taklimat pembahagian handout tugas2 setiap guru untuk tahun 2012. burn satu masa untuk mengajar math :( padehal dah plan cantik2, aku nak gunakan satu masa awal untuk check homework, diskus n bagi contoh2 soklan pmr untuk mendedahkan kepada derang bentuk2 soklan yang bakal derang jawab. pastu, masa kedua nak guna untuk masuk topik baru (statistics II). bestu kalo dah masa pertama burn. tinggallah satu je masa tuk ngajar. tak dapatlah aku masuk topik baru tadi. uhuhu..bencinye!
rehat pon ada lagi meting, terlajak pulak tu sampai burn lagi satu masa untuk ajar math form 3..ohhh, muke aku kelat2 plus senyum kambing. masa derang bagi taklimat aku pon buat taklimat diskusi menyimpulkan apa yang dia cuba jelaskan dengan orang sebelah aku. hmmm..taklimat lah sangattt..aku rasa macam juzt baca slaid bulat2, then sinri tak reti nak terangkan dengan jelas kat kitorang hape jadah yang ko dah baca kat slaid tu. alasan, "tak berani nak cakap lebih, sebab belum pegi taklimat rasmi". hellooo...bukan ke ada buku tebal yang dah kena potokopi terbontang2 depan mata ko tu? cakap je la, ko takde baca pon. sebab, pk HEm bole pulak tego pasal ada dijelaskan di muka surat..bla..bla..bla..malunye..kantoi. alah, yang redykan slaid yang ko baca pon orang lain, cane lah ko nak terangkan kat kami ni dengan jelas dan nyata? hottt...hotttt.. setakat nak dengar ko baca slaid sebijik2, baik kami baca sindri. buang masa betul.
balik2, aku cuma dengar satu perkataan je yang dia konpiden nak sebut. pasal kena buat kajian tindakan sekolah, sebab ada dia bagi contoh SWOT dari sekolah lain. memula aku blur jugakla apesal terlibat dengan meting merepek ni, adakah sebab aku kena buat pelan tindakan untuk bahagian peperiksaan kot. sebab biasanya, kat sekolah ni bila attend meting mesti aku terlibat dalam pembentangan exam2 saje.
rupe2 nya, meting ni takde kena ngena dengan exam apetah lagi subjek2 yang aku ajar. okeee...start dah dalam hati maki lagi..
nama tersenarai jadik s/u MBM/MBI (memartabatkan bahasa melayu dan memartabatkan bahasa inggeris). gile kot? kalo PPSMI memang aku terima dengan hati terbuka. patut la bila check2 nama lain dalam kumpulan jawatankuasa, semuanya guru bahasa melayu dengan inggeris. terpaku kejap sebab otak baru nak proses kenapa takde nama param, rafisol ke, puva..kak lina. nama aku sorang je terselit guru sains & math. hapekessss? dahla BM & BI hancus. seingat aku la, result spm dlu kedua2 bahasa ni aku xdapat A pon. cikgu BM aku dulu cakap, aku punye karangan disaster, takde hujung pangkal. pendahuluan masuk part len, isi berjela2 tak tau bila nak hentikan. BI tu tak payah cerita la. berzaman2 memang tak terkata result2 yang aku tempek dalam buku rekod.
habis meting, angkat punggung terus masuk kelas. takde hati nak join tea. otak aku still berkisar-kisar, hapesal aku kena masuk kumpulan guru2 bahasa. tak suke!
naik aje bilik, budak form 3 dah ternanti kat depan pintu carik aku nak suruh masuk kelas. sejuk sikit hati (: means derang minatla nak belajar sampai carik2..kot?? siap angkatkan barang, berlenggang kangkung aku jalan masuk kelas.
pasrah sebab ada masa 40 minit je dapat mengajar derang. haihh...sedih. p&p terganggu, objektif tak tercapai lagi.
bercerita pasal meting pelik ni, setelah di tilik nama yang tersenarai kat handout. semua gang gosip, member satu batch dan junior2 bawah aku terlibat...terlibat jadik setiausaha. except..aida kot? macam dah bole detect muka2 yang asik kena panggil meting, sandang jawatan sampai bahu bengkok. asik2 orang sama aje (terutama gang gosip dan junior2 bawah aku). ohh...sangat tak fair.
dahla kitrg ni guru akademik, mengajar subjek yang ada exam. pastu, ada pegang kelas exam dua level, aku la tu..T_T sighhh..kenapa tak bagi kat orang yang mengajar PJ, sivik, moral or psv ke? derang takyah pkir nak habis silibus.
lagipon, cikgu2 pj datang tak datang keje sama aje. kebanyakan waktu mengajar derang berada di luar waktu sekolah. doble bahagia la derang, tak mengajar ditambah takde tugas2 sampingan. bagusla, manjakan lagi. ajar jadik malas. dahla malas makin pemalas. pastu, cikgu yang duk kat lab akses dengan fiza n irah tu. sampai ke hari ni takde penah aku nampak muka dia berkeliaran menuju ke kelas. dunia..dunia..butakan aje mata ni tguk mende2 tak harus berlaku selama bertahun2.
nama2 yang kompom2 ada je keje tiap kali aktiviti sekolah dilaksanakan. muak dah, asik muke2 yang sama je.
dayang- s/u hem. bole la kot, dia memang guru penyelaras form 1.
karimah- infrastruktur? ape kena ngena ek? agaknye pasal dia guru KH. agak je la
irah-koko, sebab dia guru 1M1S kot? kahhh...
bos besar, fiza n adi dgn cgu baru masmira
jarry ni aku tak heran, dia memang tangan kanan cgu mamud. ada jugak nama kak rina dalam ni. tapi aku malas dah nak capture.
nak brainstorming kami ye? aku rasa, orang yang baca slaid tu yang patut di sedarkan dulu.
Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com