Monday, September 14, 2015

tips kerja rumah lebih cepat dan mudah

2 comments:
hari sabtu ahad walopon cuti aku tetap ada jadual nak buat kerja apa. duduk sinri dengan ada anak nak urus ni bukan senang goyang kaki. semua benda atas bahu. dah takda sapa nak diharapkan. pandai2 la nak bawak diri. tapi semua ni bagusla. ajar diri kau tabah. jangan ngada2 sangat.

jadual aku hari sabtu biasanya untuk dalam rumah aje. kemas vakum mop bersihkan garaj kete. basuh kete idok le. xde kje nk basuh kete. hahaha..bio tunggu laki aku balik baru basuh. untuk sementara waktu skang la. biasa aku jugak basuh kete.

pastu aku akan iron baju keje seminggu pon hari sabtu jugak.

hari jumaat aku beli sayur kat tamu beufort. beli ikan hari ahad. sebab nak dapat ikan yang bagus selalu masa tamu kat membakut. kena datang awal sebab nak pilih ikan bagus2. selalu aku bawak troli. sebab memang memborong seminggu punya stok. pastu gatal mata aku tgok mcam2 benda fresh. semua pon nak beli. macam rajin and larat sangat nak masak.

balik umah terus siang ikan bersihkan isi perut pastu aku akan packing2 dalam plastik susun dalam bekas. senang buat camni. bila nak masak kuarkan mana perlu aje. biasanya dah packing ikan satu plastik untuk sekali masak. haritu pegi pasar takda tenggiri, beli ikan ni pon okla. sedap buat goreng dengan masak rebus.

biasa kalau beli ayam pon terus aku akan asing2kan pack gini jugak. mana isi untuk masak mi atau nasi goreng. mana untuk buat sup atau goreng2.

kalau aku ada beli sayur daun hijau. hari ahad aku akan petik2 daunnya basuh dan bungkus dalam plastik terus untuk kekalkan kesegaran nya supaya tak layu selain daripada memudahkan keje aku pagi2 nak masak bekal untuk firuz. tinggal campak aje. membazir kalau beli sayur daun2 ni tak petik daun cepat2. nanti layu nak masak pon dah tak cantik. korang testla pasni, firuz suke makan sayur daun hijau. macam bayam, sawi dan sayur2 kampung la. itula kena carik inisiatif macam mana nak kekalkan daun hijau tu seminggu. last2 jumpa jugak caranya. semua jenis sayur yang aku sebut tu boleh diaplikasikan.

 korang suke pakai bawang apa? aku suke pakai bawang bombay. sebab sedap! pastu besar senang kopek jimat masa. pakai sebijk da cukup. kadang pakai sebelah aje. kalau pakai bawang kecik2 tu leceh nak kopek pastu kena balik2 kopek sebab tak cukup. kalau nak masak sambal sedap, pakai bawang bombay la.

sambil2 tengok tv aku akan kopek bawang. nanti tinggal potong atau tumbuk je kalau nak guna. memang jimat masa untuk orang bekerja and ada anak ni nak masak hari2 kat umah. aku x suke plak blender bawang2 ni. aku biarkan je sebijik2. sebab ada masakan sedap dipotong saja. ada sedap kena tumbuk lesung. kalau cili kering baru aku blender. itu pon aku ada stok juga cuma aku takda tunjuk dalam gambar. cara untuk cili blender tahan lama dalam freezer. kau blend campur minyak. aku baca kat group masak and dengar tips dari chef ismail dalam tv.

aku memang tak makan luar sebab malas. malas nak drive and malas nak melayan karenah anak kat public. lagipon jimat duit kot. aku bukan terer masak, untuk hidup oklah. hahaha..tapi tak sedap gemok jugak. huhuh

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com