genap 37 weeks. masih blom ada tanda baby nak kuar. amboiii..best yep dok dalam ni, mumy angkut hari2 g sana sni. hihiks..
updated tentang keadaan diri:
kaki blom ada bengkak. masih bole muat pakai kasut keje pink pudar ku yang dah naik lusuh itu. tahan betol r kasut tu. berbaloi beli. x mahal pon. rm50 jep.
cuma peha kanan memang sllu lenguh la. sbb kaki kanan byk wat keje kan banding kiri.
malam plak kalo tido. mesti kena simpul biawak kat betis tu. sakitnyee...merengek2 la me sorang2 menahan kesakitannya. xle gerak2.
berat timbang sinri di rumah dah 60kg. wehuuu....hebat! patut rasa berat gile kaki melangkah untuk ke kelas. jalan dah x bape boleh berdesup. suam2 kuku je pergerakan ke kelas. pastu kalo dalam kelas, berdiri lama2 buat aku rasa nak tumbang. bahaye btol.
perpeluhan semasa mengajar semakin menjadi-jadi. menitis2 peluh trun dari muka. rasa nak beli kipas letrik kecik comel tuh sangkut depan muka masa ngajar =D bio sejuks.
perut makin bulat, besar dan lebar. stretchmark baru nak menular. tapi, aku macam kisah x kisah je. sapu minyak if dekat rumah. masa g keje aku malas btol nk sapunye.
berdasarkan aku tguk perut ni, aku jangkakan, baby mesti dah makin besar. sebab scan minggu lepas dah 2.7kg jisimnye. so, this week kompom bertambah punye.
pergerakan baby sangat aktif. nak2 bile dia dgar suara aku time mengajar. mesti dia menari2 dalam perut dengan riang ria. yang bagusnya, kalo aku tido malam, dia sama2 ikot tido. gud anak mumy ni. cume ada la skali skala if dia terlebih aktif..dok menunggu dia nk brenti main dalam perut tu. mmg xdapek la nk tido.
tak boleh berpusing2 badan semasa tido dengan baik. sakit tang pinggang, perut lah. kena berhati2 kalo nak ubah posisi tido. tapi, nak bgitau la...kalo da akhir2 ni. takkan jupe posisi tido yang melenakan. kejap2 je da lenguh. tangan dan kaki lagi cepat kebas kalo tido satu posisi.
nafsu makan bergantung kepada keaktifan baby dan mumy bergerak. biasa kat tempat keje aku akan makan banyak. pagi wajib brekpes dan thari aku akan kunyah2 kuih. petang dan malam ikot mood. tak kebulur sangat. sebab balik umah dah xde wat keje berat. setakat basuh baju, kemas2 mende ringan dalam rumah. xpenat. jadi x lapar sangat.
vitamin wajib makan. terutama kalsium. kalo sehari skip, gigi berdarah teruk. baby masih menarik kalsium dari mumy dengan gigih ye? cian la mumy lepas ni kena tulang rapuh. kihkihkih.
tu saje...khamis ni baru ada check up di kkia lg. malasnyeeeeeeee.......