fiza ajak aku pakai baju kaler hijo yang dapat masa walking day tu rini supaya sedondon. tapi, pkir2 balik ni mesti ada udang disebalik batu..wakakak..rumah derang kan hijo. haruslah derang bersemangat nak pakai. cancel nak pakai. pagi tadi aku bertapa depan almari, last2 amik tshirt coklat je supaya tak memihak kepada mana2 pasukan. aku memang adil ;p
ohhmaiii...kenapakah kembang sangat?adekah salah angle? ilusi optik kah? pencahayaan yang salah? salah pki tudung kot? macam dua kali ganda kelebaran muke irah dah..pening
patutnya keje aku hadap mikropon. tapi, sebab harini sme acara larian short distance. aku suke nak tguk dekat2 bagi sokongan. trus bodek cikgu manan nak pegi turun padang, cakap "saya nak pegi sokong rumah merah ni". ihiks..cikgu manan orait aje, sebab dia orang rumah merah. siap warning lagik, "sorak pasukan merah takpe, pegila trun padang kalo gitu". laju aku dengan irah terkedek turun padang. even aku takde rumah sebab tahun kedua tercalon join MSS. merah tetap di hatiku. merah rumah aku masa tahun pertama keje sini.
yang dok cangkung2 tu ada antaranya ahli MSS dan pegawai2 yang bertugas untuk acara balapan.korang caye tak skang? memang pelajar sini lari kat track tak reti guna kasut punye. tu pasal bile bawa drang pegi peringkat zon/ daerah, suh guna kasut je tetibe sme lari jadik x pantas. tetibe je sme kalah.
cikgu halim bagi arahan dan syarat2 larian kat peserta 4x100m kategori lelaki A.
cikgu ajis penjaga masa
dia lah s/u peperiksaan aku merangkap s/u SPM. kehidupan aku bahagia semenjak dia masuk dalam pentadbiran peperiksaan ni. sme keje dia setelkan. ade sape2 berkenan? sangat bujang lagi, tapi sile la berebut dengan kak rina. ekekeke. boipren tak secara langsung dia nih.
tradisi setiap kali sukantara, mesti last2 ada pertandingan berlari khas untuk cikgu2. biasanya cikgu lelaki je join tapi tahun ni ada jugak dibuka kategori untuk cikgu pompuan. ekceli, turn cikgu laki da lepas. derang punye penyertaan ramai. smpaikan kena buat secara berkumpulan larian 4x100m. tak sempat snap pic derang lari pasal kena pegang kamera pak adi. nanti mintak dengan dia segala pic selasa depan.
kategori cikgu pompuan skit je join. 6 orang kot? marci, irah, dayang nadiah, fiza n mimi. so tak dapatla buat larian secara ber'team'. derang kena lari sorang2 je. tapi jarak takdela jauh sangat kena bagi, setakat 50m je. pada aku, 50m tu jauh eh. semput boleh tahan kot kalo nak habiskan ke penamat.
yang join adelah gang2 gossip, xcept me tak join. mende2 sukan ni, awal2 aku akan tolak tepi. diri aku dengan sukan saaaangatt tidak sinonim. anugerah guru tercepat lari dapat pada kak rina. setelah aku amati pic ni dengan dekat. aku tahu nape kak rina yang menang.
ehh...aku rasa la, kalo my kim possible tak jatuh tergolek masa lari tu. kompom dia yang menang. apekan daya, takde rezki. takpe my kim possible, tahun depan try lg tau.
kat bawah, gambar2 yang aku crop utk mendapat imej dengan lebih jelas sikit...sikit je jelas. maklumlah, kamera henpon je ;p crop untuk membuat analisis kenapa kak rina berjaye memegang title guru lari paling laju SMKG 2012.
eirah, berlari guna kaki ayam memang dah oke sebab muka bumi padang SMKG mmg tak menggalakkan berlari guna kasut. pastu lari2 sambil feeling mengejar kekasih baru turun kapal kot. senyum lebar sampai nampak sme gigi.
my kim pon lari tak guna kasut..tatau la nape bole tergolek jugak. aku tatau la nape kim lari senyum lebar jugak.
mimi lagila, dua2 baris gigi atas bawah nampak masa lari.
fiza pulak, tak ckup senyum siap ketawa meriah kot? wakakak. lihat muka pemenang, mulut mesti tutup rapat beb, lubang idung je jadik besar takpe. peng'kontrollan' napas samada melalui lubang idung dan mulut ataupun celah2 gigi tu la menjawab persoalan2 kenapa kak rina boleh menang. ape aku merepek nih..
dah menang baru bole ketawa luas2. pasni, korang kalo masuk pertandingan berlari, tutup mulut rapat2 oke. keputusan larian ni; 1. kak rina 2. kak mimi 3. fizah. derang dapat hamper sorang sebijik.
selesai acara cikgu2 berlarian, ktrg ada amik gambar lagi guna kamera pak adi. tapi, budak yang tukang amik kan pic tu tahape je pic dia amik. penat aku semangat kumplkan ramai2 org utk amik pic sama2. skali yang dia snap. separuh sana, separuh sini.
penutupan MSSMKG 2012 ni sangatla simple mimple. pengetua pon takde, cikgu mamud yang gantikan dia untuk buat ucapan penutupan sukantara ni. pemenang tahun ni tak lain dan tak bukan rumah raja udang. dengan 28 pungutan emas. atlit2 olahragawan dan olahragawati pon 3 out of 4 datang di conquer oleh raja udang. syabas raja udang, sile kekalkan keunggulan utk tahun2 seterusnya (:
lagi best, esok ktrg kena bagi cuti peristiwa. bahagiaaaa....cuti lagi. senin ni pon cuti. total 4 hari cuti, boleh mempekasamkan diri di rumah untuk menge'ton' semula kulit. yelah, sukarelawan kan tadi menadah muka tengah padang sebab nak bagi sokongan padu kat atlet. dah lepas2 balik rumah baru nak nyesal bile muka dah burn. sesal dlu pendapatan, muka dah burn takde guna nya lagi. emm...tak sesal sangatla, sebab 5 emas raja udang sapu hasil dari sorakan semangat yang aku bagi kat atlet tu..perahsann ;p sekian laporan MSSMKG 2012. tahun depan jumpe lagi (: