aku memang suke mengajar budak2, especially math n fizik la. sebab bujang n byk masa free kat rumah. kadang2 aku ajar anak2 jiran math skola rendah. bukan sebab nak carik duit lebih tapi sebab mak2 derang rayu nak aku ngajar. maybe sebab cepat kesian kan org kan? aku terima jugakla ajar budak skola rendah ni. padehal mana la aku reti kontrol budak2. cara pengajaran aku tetap sama je macam ajar budak skolah menengah. serius...aku memang tak ditakdirkan pandai melawak.
adekah best ajar anak2 mereka? sangat menguji kesabaran. sampaikan hosmet aku yg tengah call bf kat dalam bilik tingkat atas pon bole dengar. makluman...bukan hosmet aku yg dengar suara halilintar tu. tapi, bf dia yg dalam phone bertya "suara ape terjerit2 marah budak tu?"..oke...hebatkan suara aku bila da sampai tahap tak dikenalpasti tu. org dalam phone pun bole dengar. dahla tingkat atas, dalam bilik pulak tu. da berlapis2 batu bata pon tembus suara nih.
haruslah satu tahap aku da hilang sabar dan suara jadik petir. padehal ajar 2 orang je pon. apekesss?..nak tahu sebab ape kan? sebab aku ajar budak darjah 6..bila aku tanya satu tahun berapa bulan dia jawab...30 bulan..pingsan! satu hari bape jam? 7jam.....T_T...kenapa...kenapa...kenapa....? bila aku tya lagi....1 X 2 = ? dia jawab....xtahu. ehhh...ni darjah 6 ke darjah 3? korang nampak tak betapa perit nak ajar budak2 sebenarnya? perit oke...perit...=D. tapi aku tetap sabar.
tahun ni lagi dasat bila jiran sebelah aku pula komplen...apesal aku terjerit2 dalam rumah sedangkan selama ni sunyi je. okeh...tu jeritan semasa sesi pengajaran lah..apelagi.
oh....lari tajuk.
aku nak cite bahawasanya takde la aku terkejar duit sangat sampai perlu nak buat tuisyen2 ni. aku mengajar sebab aku kesian mak derang duk merayu depan pintu rumah buat muka kesian bersama2 dengan ayat2 kesian jugak sampai sejam. minta ajarkan anak derang yang aku kompom..last2 minit baru nak hantar..dah nak upsr..gabra kan..pasal anak asik gagal tak pernah lulus dari dulu. pastu tetibe nak suh aku ajar dengan harapan dapat A. maybe dia ingat aku ada kuasa magik.....ape je aku bole betulkan dengan masa yg singkat dan satu kali seminggu ajar nya. apekah?
lagi satu...aku kan mmg x kisah pasal ko nk bayar. aku x reti nak tagih mintak. aku paham kot? sebab dlu pon aku pnah tuisyen. tak best hokeh bila cikgu2 awal2 da ingatkan pelajar2 waktu utk membayar dah tibe. pastu, disebabkan niat aku hanya la nak membantu, aku xde letak hage mahal. rm30 utk 2-3 jam aku mengajar ikot sukati. sebab bila aku rasa budak ni tak masuk2 di ajar. aku kasik up masa mengajar. sampai aku puas hati. pastu kalo aku rasa boring cuti..takde mende nak buat. aku akan panggil derang datang juga utk mengajar. dan aku tak minta suh bayar lebih pon. ini bukan cerita nak bagitahu aku baik. tapi sebab aku boring sorang2.
tapi...walopon aku byk masa terluang. kadang2 aku jadik pemalas. lumrah...manusia ada mood naik turun. macm tu juga aku. bila aku dah x nak mengajar. aku akan cakap, jangan datang. ataupun kalo aku ada keje luar. kena bawa budak pegi sukan. mmg aku akan batalkan sesi mengajar. keje ada priority aku. mesti aku buat. sebab itu memang pendapatan tetap bulan2. itu amanah yg aku pikul. wajib aku dahulukan.
cuma aku x paham..kenapa mak2 budak yg dulu merayu2 depan pintu rumah ni tetibe jadik tak paham dengan situasi keje aku. awal2 aku dah cakap, saya bujang...saya x suka komitmen dan saya memang xbole berkomitmen dengan benda2 di luar waktu kerja. jadik, jgn la harap saya dapat mengajar dengan konsisten tiap masa. korang masa tu kemain lagi cakap....saya paham cikgu..ajar sajela anak saya ni ikot masa terluang cikgu. sebab ko cakap gtu..aku terima la kan?
kalo aku dlu bole paham dengan rayuan korang bahawasanya anak2 kamu tu x bijak..anak kamu x lama lagi nak amik upsr..tolongla ajar setakat mana mampu.."ohhh....setakat mana mampu?" ko memang pandai berkata2..masa tu je ko pandai cakap..bila da tibe aku bz dengan keje kena outstation sana sini bawa pelajar aktiviti luar skola. tetiba setakat mampu tu dah tukar jadik..."mana boleh macam ni cikgu, da sekali cgu tak dapat mengajar anak saya, cikgu kena ganti" aikkk....tu yang ko cakap setakat termampu aku? termampu ko la sangat. atau ko x paham maksud perkataan "termampu?" pegi bukak kamus..aku bukan cikgu BM.
awal2 aku dah cakap..aku x ske komitmen. biasala bujangkan? aku nak rileks ke...nak tido tanak bangun2 ke...aku tetibe terdrive pegi kk ke lepas skola...aku xnak balik rumah ke sebab melepak rumah kawan2...aku nak pusing2 bopot ke...aku nak pegi dating2 ke...ataupun paling senang....haritu aku MALAS..aku xnak ada gangguan. aku nak rehat. sukati aku la kan?
aku x minta duit ko pon. malah...ko patut syukur...ko yg mintak bantuan aku ajar anak2 ko yang apepon xtahu. macam aku ni kena ajar dari asas la pulak. ape ko ingat ini rumah memberi bantuan amal? heloooo....bantuan2 jugak beb. aku manusia biasa. pandai penat kot?
jangan sampai satu tahap aku kesabaran dah xde. maka berubah la aku menjadi manusia tak bersopan santun waktu berkata2. selama ni bertahan sebab yang datang2 tu semua nya lebih berumur...kenala aku hormat..cuma kalo dah asik aku je faham erti nak hormat but korang tak reti...perlukah aku membodohkan diri secara percuma lagi?
sampai satu tahap...aku dah xnak pon duit..aku nak rehat aje. sekian luahan perasaan ;p