Tuesday, October 25, 2016

bengkel fizik kertas 3 SPM 2016

No comments:

tahun ni aku buat kelainan skit. panggil penceramah merangkap penanda kertas 3 untuk bagi tips SPM untuk budak pure science. 

memang jaranggggg sangat aku panggil penceramah luar untuk kelas sains. malas buat kertas kerja. huhuh.. selama mengajar ni pernag panggil 2 kali je termasuk yang ini lah. hihi.

lahipon aku rasa budak dah buhsan hadap muka aku 2 taun ni kan. jadi sebelum apa2 baik kite bangkitkan smula keghairahan untuk study fizik dengan panggil muka baru untuk menceramahkan dorang.
 
bukan ramai sangat pun guru fizik daerah beaufort ni yang susah sangat nak panggil tu. kenapala aku malas sangat. huhu..

satu sesi je da selesai. dari jam 8 sampai 10. 2 jam je.

harap2 taun ni meningkatkan la skit prestasi subjek. amin.

Monday, October 24, 2016

jumaat sabtu ahad isnin takde air

No comments:
minggu lepas balik keje jumaat amik anak nanny siap cakap kite takde air. trus aku blank sebab banyak keje stuck kalo takde air kat rumah. basuh baju, pinggan mangkuk nak iron baju ke nak kemas rumah mop lantai semua hang la.

 nasib baik baju hari2 basuh sebab masalah ni la. takleh nak ada schedule konon basuh baju seminggu 3 kali. sebab bile time nak basuh tu takde air. habis la makin menimbun. nasib baik mesin basuh kat rumah pakai manual. so takla rasa cam banyak sangat membazir kalau basuh hari2 pon. sebab tak guna banyak air kan. cuma banyak keje la. kejap2 kena isi air. kejap2 kena buang pastu isi lagi. kena spin sinri lagi. tapi dah biasa so ok je. pandai2 la atur masa. kadang2 pandai juga terbabas isi air melimpah penuh. haha..

nak cite kejadian takde air ni makin menjadi2 sejak dari pertengahan tahun. fed up pulak aku rasa.

itula, bile ada air aje memang siapkan semua keje rumah. paling penting basuh baju dengan basuh pinggan mangkuk periuk belanga semua la. pastu pastikan semua gelen isi air. air tapis untuk minum tadah. air panas dalam bekas masak semua penuh.

siap tahun ni asik keje nak beli tong air letak dalam bilik air. ada satu masa aku sampai round habis pekan beaufort ni cari tong air habis kena beli. hos air pon aku beli jugak. sebab bila air slow. air tak kan naik ke tangki atas. so kena pasang hos air dari paip masukkan ke dalam toilet untuk tadah air mandi.

nasib baik family aku tak besar. baru 2 orang anak aje. boleh lagi nak jimat pakai air. kalau mandikan firuz dengan firaz aku mandikan kejap aje. yela dorang bukan main kotor pon sangat.

masak makanan pon selama 4 hari ni masak yang paling senang. masak satu lauk merangkumi sayur plus protien. biasa buat sup sayur la sampur ayam. nasib la dorang jenis tak memilih makan. asalkan ada kuah macam sup dan ada sayur makan aje.

ini air untuk masak memang dah habis. aku angkut la gelen semua untuk isi air lepas balik keje. satu gelen tu aku bawa bagi kat nanny untuk anak mandi. pandai2 la nanny urus. sebab nanny aku masalah dia jaga anak ramai. tapi takde tangki air. terpaksa la aku pikir macam mana nak bawakan air pulak. haishh..

harap2 balik keje ni ada la air. sakit jiwa aku pikir pasal air aje.



Friday, October 21, 2016

tak selera nak petik

No comments:
harapan nya tanam kangkung supaya menjimatkan kos membeli sayur lah lepas ni sebab anak aku memang ala2 vegeterian. sayur wajib. kalau daging takde takpe. tanam pon dari baki beli pastu amik akar cucuk balik dalam pasu. kedekut betul nak beli biji benih.

dah tumbuh aku tengok. kurus kedeking. tak cukup baja. nak petik makan pun tak selera. haha...

Thursday, October 20, 2016

dah berbunga kesayangan ku

No comments:

akhirnya pokok kunyit aku dah berbunga. lawa kan?

inilah paling banyak aku tanam belakang rumah, pokok kunyit. sebab suka sangat beli kunyit kat pasar sebab murah sangat dia jual pakai tompok2. tak timbang. biasa setompok rm2. aku beli aje. lepas tu tak sempat nak guna dah mula keluar pucuk. 

sebenarnya tak jakun tengok dia keluar bunga sebab sebelum tu dah nampak ada orang post gambar ni kat insta dia kata bunga kunyit. so excited la jugak kunyit aku pon berbunga. hantar gambar kat ibu dia kata maybe banyak buah kunyit nya sampai berbunga pastu dia kata boleh makan bunga ni buat ulam.

bz sangat tak sempat la nak makan ke apa. tengok ajela terapi mata.


Wednesday, October 19, 2016

cili thailand sentiasa berbakti

No comments:
tak pernah berhenti berbuah sentiasa lebat walaupon hidup tak cukup tanah. menumpang tertumbuh tepi tembok rumah. 



Tuesday, October 18, 2016

tanam ketumbar dengan pokok sup

2 comments:
 mesti bosan kan asik cerita pasal pokok? ehehe..ikut mood aku, nak tunjuk aku mekap2 tunggu berat aku 43kg ke dulu ek. kahkahkah..sampai ke sudah takdela tu. 

haritu kemain beli benih macam2 nak tanam, dah sampai rumah aku malas. cari tanah pon malas. sebab mesti kena pegi kedai beli tanah bukan main korek2 aje tepi jalan.
masa totin datang aku suh dia korek tanah tepi jalan..hahah...tapi tanah tu keras gila. nampak penyedok kaler kunig tu korek2 macam rileks aje kan korek. 

aku pegi tabur semua benih dalam pasu. memula nampak jugak anak pokok naik. tu nampak?

awal2 aje ikut perkebangan tunas2 muda ni. lepas tu aku tak perasan lama tak tgok. skali tgok semua dah mati. tahun depan la cuba lagi. lagipun dah tanya kawan2. memang susah nak tanam pokok ketumbar dengan pokok sop ni.

balik semenanjung kita beli benih pokok banyak2 lagi.

Monday, October 17, 2016

motif tanam bendi?

No comments:
 awal tahun tetibe muncul pokok bendi sebatang kat belakang rumah. tak pasti datang dari mana, atau ada ke aku campak benih tumbuh sebatang aje pulak. pastu bendi dah tua aku keringkan buahnya pastu simpan untuk nak tanam nanti.

entah datang mood pegi jugak tanam berapa biji. yang hidup besar 2 pokok. tanam bendi ni masalah dia kena jenguk hari2. kalau dah mula berbuah. sebab kalau lambat petik dia tua keras tak boleh makan. 

aku rasa daripada 2 pokok ni macam tak pernah makan buahnya. gila malas ke belakang petik buah. masalahnya 2 pokok macam tak cukup nak makan buah. sebab sehari sebiji dia jadi. maybe tahun depan kena tanam 4 atau 5 pokok. baru sekali petik boleh makan puas.



Thursday, October 13, 2016

tangan sejuk?

3 comments:
 kalau potong lada kering aku kumpul biji dalam besen pastu campak setempat. semua berebut nak tumbuh. nak cabut kesian. biarkan tak cukup zat nak membesar.

 dah 2 kali beli pokok limau kasturi atau limau nipis tu kan. mati aje bila panas sangat. dah tak nak beli. cuba campak biji limau lepas guna. tengok dia tumbuh. ini belum lagi aku asingkan ke pasu. malas betul dah akhir tahun ni.

 ini pun campak masa rumah belakang ni belum tambah lagi. panjang umur dia. buah lebat sampai melendut pokok nye.

ni lada bijinya kawan bagi. tak sempat nak semai elok. campak la juga. hidup sepokok. tapi sekarang tak tahu hidup tak sebab area ni dah rimbun dengan daun pokok kunyit.



Wednesday, October 12, 2016

#belakangrumah

3 comments:


aku makin lama makin merepek je tanam. huhu..tanah dah la seciput aje. jiwa membara nak tanam macam2. ni dah bersepah-sepah tanaman aku. serabut pulak.

semua ni tumbuh hasil campak campak aje. kadang-kadang alihkan ikut mana kosong. itula ingat nak kemas tapi macam malas. sebab dah akhir tahun. maybe kemas ajela. nak tanam yang baru semua tunggu awal tahun depan la. tapi anak pokok lada purple dan bulat maybe dah boleh mula buat anak benih sekarang. takut tunggu tahun depan tak sempat nak makan buahnya.



Tuesday, October 11, 2016

pokok kesum

1 comment:
masa memula pindah umah ni aku banyak kali jugak try tanam daun kesom/daun kesum ni. tapi tak menjadik. orang johor mesti mau ada daun kesum ni. sebab nak masak asam pedas. 

biasa aku tanam amik batang yang lebihan beli kat pasar tu cucuk aje lah kat tanah. mati aje. memang la pokok kesum ni jenis nak tempat berair, rumah aku dahla kering kontang. tanah bekas timbun kan nak buat rumah. jenis tanag merah berbatu. 

tak putus asa tanam jugak semula bila dah mati. ada sekali tu pergi pasar pagi kampung2 pastu beli daun kesum seikat semata nak buat tanam. aku rasa kalau pergi yang kat kampung punya mesti baru petik kan. mesti bagus kalau nak tanam. pastu aku dapat idea untuk jadikan kawasan tanah belakang sentiasa lembab dengan alirkan air mesin basuh.  

hasilnya, memang hidup dan gemuk semua daun kesum ni. siap merebak menjalar. aku kena potong bagi kemas walaupun tak nak guna. lepas potong biasa aku bagi jiran.

ini hasil aku mengemas semua daun kesum yang menjalar. banyak sangat. bagi jiran lah. aku kalau nak guna ada lagi boleh petik. 

gemuk ni, daun dia agaknya kalau ukur guna pembaris ada panjang 6 hingga 7 cm. 

cuma masalah sekarang tanah kat belakang dah jadi over lembab pula. berair aje. huhu..nanti lah fikir macam mana nak settle.

Friday, October 7, 2016

pokok belimbing buluh

3 comments:
akhirnye hampir 2 tahun aku tanam pokok belimbing buluh ni dia dah berbuah. sabar menanti betul. banyak baja dah letak. tak campur air ikan la. air beras la. pastu konon2 letak baja kompos dari sisa sayuran.

daun aje menjulang tinggi dalam masa 2 tahun tu. pastu satu hari aku geram aku potong daun yang banyak tu. semua aku togelkan dengan dahan semua kerat. tinggal kan batang aje. sekali tak lama lepas tu dia keluar bunga nak berbuah. aku rasa selama ni baja yang letak banyak tu semua ke daun dengan batang aje. bile buang dahan dengan daun yang banyak tu baru la ada nutrien pegi nak jadi buah.

 sejak tu kalau banyak aje daun nak naik aku patahkan. memang buah dia tak putus keluar. cuma takdela meriah. dah ada kire syukur la.

 mencanak keluar rasa seronok tengok ok.


nampak tak berapa banyak tapi bila petik sebelum dia gugur bertabur dapat jugak satu periuk sederhana tu. aku buat sambal hitam pahang. dapatla satu bekas kecik.

oh..benih pokok ni aku bawa dari semenanjung. ibu aku bibitkan dari pokok rumah johor. cara nak dapatkan bibit nya. kau amik buah dia yang dah gugur kat tanah tu. yang dah lembek tu. amik biji dalam nya tanam. boleh tumbuh. 

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com