Tuesday, September 1, 2015

aktiviti cuti merdeka

3 comments:
selamat hari kemerdekaan ke 58 pada tahun 2015. aku x bawak balik laptop. so wish lambat sehari. okla tu. yg bestnya dapat cuti hari senin. boleh rileks kat umah. sebab cuti dr sabtu menyambung ke ahad sampai ke senin. sonok guling2 atas tilam depan tv. hihih...

so, smlm aku plan nak buat apa patut belakang umah tu. dalam umah aku tu kalo di kemas2 x jugak kemas. firuz tukang wat sepah balik. sakit pinggang je tonggeng kutip mainan nye.

check2 pokok cili subur plak lagi 2 batang tu. bekas aku baling2 cili2 yg da busuk dlu2 belakng umah. pandai hidup sinri. memang aku perasan dia ada hidup tumpang akar dengan serai. aritu aku beli ikan banyak. siang2 perut aku campak kat akar2 pokok yg aku tanam. geram punye pasal. pakai baja beli x mnyubur. aku baling benda busuk jugak dia nak subur. trus berbuah x igt dunia. 

kire sihatla ni tanaman pakai baja organik ok. aku baling perut ikan plus siram air basuhan ikan tu la. ada jugak aku siram sekali air beras. 

ni rasanya cili thailand kan. jarang jual kat pasar2 sabah. biasa sni cili padi cili besar. kire okla aku ada stok sinri cili ni. aku xdela suke sgt mkn cili. sbb sejak firuz pon makan sama2. kena masak xle pedas sgt, pedas lite2 je okla.

geram kan tgok cili bergayut. aku petik sme semalam masa besihkan belakang tu. segar2 btul.

aku kerat sme batang pucuk manis ni. ada la dalam 5-7 batang aku tanam taun lpas. da byk kali naik daunnye aku cantas aje. igt nk buang aje, kalini tgok cam elok je nk wat makan. alang2 ada lagi lebihan keledek 2 bijik dlm bakul. aku masakkan bekal firuz arini. sayur pucuk manis plus keledek masak air. makan sayur organik kau. dapat seperiuk penuh jugakla.

 projek minggu ni tanam daun bawang. aku da bli daunnye seminggu lebih, aku rendam aje dalam air, elok plak x mati2. makin bertunas2. botol2 pon da terkumpul dengan byk nye belakang umah. mmg saje aku kumpul2 botol ntah ape2 ni. kcik beso sme aku simpan. ada botol downy, botol spray ironing, air gas, air sirap...hahaha..aku malas nk pakai pasu dah. mana ada aku balun. kcik pon kcikla. 

dlu2 aku cam malas nk motong botol ni kan. biasa aku pakai gunting. rtu adik aku ajar bakar skit gn lighter, bile da cair skit kau cucuk pakai gunting pastu gunting la cam biasa sampai tinggal separuh. pastu nk wat lubang bawahnye pon pki lighter jugak. bakar dlu kasik lembut pastu korek gn gunting kasik lubang supaya siram air dia kuar la lebihan air kat lubang tu. xelok pki bekas tanaman xde lubang bawah. air bertakung dlm bekas, lama2 tanaman mati.

aku beli daun bawang seikat rm1. aku pecah2kan jadikla kepada 5 bekas. sebekas tanam dlm pasu bekas tanam bayam yang mampus kena makan ulat. hampeh. yela bekas kcik2. aku cucuk sikit2la.

 pastu aku tebas pandan n daun kesum yg da menjalar kemain seronok. da naik hutan pon ada aku tgok. pkok ni dedua menjadik2 sbb aku sllu siram dgn air mesin basuh. air nye bertakung situ. sukala dia kan lembab aje. 

c firuz da full isap botol skang. senang hati ku. makciknye da balik smnjung daftar univ. kesian, da kena hantar balik umah nanny today. 

ituler aktiviti semalam. 

Wednesday, August 26, 2015

kek pisang layer merah hijau

No comments:
kegilaan berkek menjadik2. tp paling senang memang kek pisang je la sbb aku minggu2 bli pisang kat pasar. xdela gian sgt mkn pisang cuma backup klo rasa nk kunyah2 lpas makan. guane tak gemok kan? hihih..aku kan klo membeli mmg laju je. pnuh troli klo p pasar tu sampai jahanam tayar nye x larat nk angkat sme barang pasar. tp bila nk memakan or membuat tetibe jadik malas. kau ada perangai aku? setan kan? pastu busuk berlangau terbang2..stress je. tu la, start da membenyek pisang laju2 aku suh adik aku kopek kulit lenyekkan.

trus rasa nk wat kek pisang je yg paling sng. nk wat cekodok ok juga. aku malas nk berdiri lama2 tgu dia hitam. hihih..

kalini aku rasa nk wat layer warna warni plak knon. kan ada banyak pewarna kat umah. kite hentam jek.

resepi basic je. snang.

bahan2


  • 1 cawan tepung
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula
  • 1sk baking powder
  • 1sk soda bikarbonat
  • telur sebiji
cara2 buat

  • kau masukkan sme bahan tu dlm blender. aku ada blender je so pakai mana ada je la. patutnya tepung, soda bikarbonat n baking powder tu kena tapis dlu kasik halus kan. aku lupe, aku bantai je adun. hihihi..tapi sodap jugak.
  • da habis gaul, masuk dlm loyang. 
  • oven panaskan dlu ke 180 darjah celcius 5 min. pakai api atas bawah.
  • masukkan dalam oven 40 min sampai masak. ko test cucuk guna lidi. kalo bersih da masak la tu.
  • makan.


 panas2 dr oven trus potong makan sama dgn teh panas. sedap nye.

kasik la budak kecik test. dia x cakapla sedap. tp makan banyak. so, kire okla tu. ni la pengetest cerewet aku. klo x sdp dia ludah balik.

da kenyang masuk gua la. peaceee...

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com