Tuesday, October 25, 2016

bengkel fizik kertas 3 SPM 2016

No comments:

tahun ni aku buat kelainan skit. panggil penceramah merangkap penanda kertas 3 untuk bagi tips SPM untuk budak pure science. 

memang jaranggggg sangat aku panggil penceramah luar untuk kelas sains. malas buat kertas kerja. huhuh.. selama mengajar ni pernag panggil 2 kali je termasuk yang ini lah. hihi.

lahipon aku rasa budak dah buhsan hadap muka aku 2 taun ni kan. jadi sebelum apa2 baik kite bangkitkan smula keghairahan untuk study fizik dengan panggil muka baru untuk menceramahkan dorang.
 
bukan ramai sangat pun guru fizik daerah beaufort ni yang susah sangat nak panggil tu. kenapala aku malas sangat. huhu..

satu sesi je da selesai. dari jam 8 sampai 10. 2 jam je.

harap2 taun ni meningkatkan la skit prestasi subjek. amin.

Monday, October 24, 2016

jumaat sabtu ahad isnin takde air

No comments:
minggu lepas balik keje jumaat amik anak nanny siap cakap kite takde air. trus aku blank sebab banyak keje stuck kalo takde air kat rumah. basuh baju, pinggan mangkuk nak iron baju ke nak kemas rumah mop lantai semua hang la.

 nasib baik baju hari2 basuh sebab masalah ni la. takleh nak ada schedule konon basuh baju seminggu 3 kali. sebab bile time nak basuh tu takde air. habis la makin menimbun. nasib baik mesin basuh kat rumah pakai manual. so takla rasa cam banyak sangat membazir kalau basuh hari2 pon. sebab tak guna banyak air kan. cuma banyak keje la. kejap2 kena isi air. kejap2 kena buang pastu isi lagi. kena spin sinri lagi. tapi dah biasa so ok je. pandai2 la atur masa. kadang2 pandai juga terbabas isi air melimpah penuh. haha..

nak cite kejadian takde air ni makin menjadi2 sejak dari pertengahan tahun. fed up pulak aku rasa.

itula, bile ada air aje memang siapkan semua keje rumah. paling penting basuh baju dengan basuh pinggan mangkuk periuk belanga semua la. pastu pastikan semua gelen isi air. air tapis untuk minum tadah. air panas dalam bekas masak semua penuh.

siap tahun ni asik keje nak beli tong air letak dalam bilik air. ada satu masa aku sampai round habis pekan beaufort ni cari tong air habis kena beli. hos air pon aku beli jugak. sebab bila air slow. air tak kan naik ke tangki atas. so kena pasang hos air dari paip masukkan ke dalam toilet untuk tadah air mandi.

nasib baik family aku tak besar. baru 2 orang anak aje. boleh lagi nak jimat pakai air. kalau mandikan firuz dengan firaz aku mandikan kejap aje. yela dorang bukan main kotor pon sangat.

masak makanan pon selama 4 hari ni masak yang paling senang. masak satu lauk merangkumi sayur plus protien. biasa buat sup sayur la sampur ayam. nasib la dorang jenis tak memilih makan. asalkan ada kuah macam sup dan ada sayur makan aje.

ini air untuk masak memang dah habis. aku angkut la gelen semua untuk isi air lepas balik keje. satu gelen tu aku bawa bagi kat nanny untuk anak mandi. pandai2 la nanny urus. sebab nanny aku masalah dia jaga anak ramai. tapi takde tangki air. terpaksa la aku pikir macam mana nak bawakan air pulak. haishh..

harap2 balik keje ni ada la air. sakit jiwa aku pikir pasal air aje.



Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com