Wednesday, January 25, 2012

simpton apekah?

13 comments:
benda ni da berlaku lama, agaknya sejak 3 minggu lepas. cuma aku tak endahkan sampaila masa berjalan dengan karimah dan pegi rumah tailor semalam. 

karimah tegur aku pelik macam x larat bila stop kat putatan amik stok tupperware. mn taknye, aku tertunduk2 pegang leher aje dan urut dada. muka jgn cakap, serabai menahan gelora badai. reaksi aku tu buat karimah riso. nampak macam dah x bole nak meneruskan perjalanan aje. tapi, aku buat2 kuat. padehal, mmg sebenonye aku masa tu dah macam nak give up drive kete. penat layan nadi pelik dan nafas sekat2. 

masa kat rumah tailor pulak, tangan dan kaki kebas2. tetibe x lama pastu, tailor tegur kenapa nafas tersekat2. banyak kali la dia tanya, aku cakap pasal teruja tengok design baju konon =D aku sindri pon xtau napa jadi gitu, mcmana nak jawab soalan kat dia. 

bile ingat2 balik pasal ni, sebab derang dah tegur. aku sebenanya dah perasan juga. nafas sekat2 tu jadi pasal nadi dan degupan jantung macam x berapa nak stabil. sejak2 nadi cam x betul tu, aku ada hobi baru. asik2 nak raba2 leher kat urat nadi, ada satu minggu direk aku pakai tudung bawal aje g keje, sebab senang nak seluk masuk pegang leher.

ingatkan mende ni biasa2 je, pasal aku x sihat. seminggu lepas mula keje, badan start panas2 kena demam tapi x berapa teruk.still bole pegi keje. cuma, x baik2 sampai skang. kejap datang, kejap pegi.

pikiran aku sentiasa positif pasal nadi yg tetibe berubah rentak. alasan, tahun ni penat tergopoh gapah trun naik bangunan pegi kelas. walopon cuma ada dua kelas form 3 kat bangunan lama, tapi kelas fizik pun kena turun lab di bangunan lama tu jg. semua kn jalan jauh.

kadang2 aku x bape nak pkir positip jugala. sebab bile buat penerangan di whiteboard, ada rasa x dapat imbangkan diri, macam nak jatuh2 aje. banyak kali la jugak terjadi sepanjang beberapa mgu. tapi bila habis je kelas, aku lupa pasal tu. sebab seronok kelas dah habis =D nak cepat2 balik bilik dan rest.

ada lagi mende pelik, aku cepat berpeluh skg. walopon aku duduk diam2 kat kelas tunggu budak2 siapkan keje dan jugak waktu lepak dalam rumah. harusla pelik kenapa aku bole berpeluh tetibe je sebab aku bukan jenis cepat berpeluh, kalo joging 5 round pon takkan berpeluh. skang ni, buat maraton pegi kelas sejengkal je pun da menitik sampai berterabur nafas sebab nadi dah berpalu2. tu pasal, lebih baik aku turun awal nak pegi kelas supaya bole jalan lambat2 T_T nadi yang cepat bergerak buat aku letih dan ganggu sesi mengajar.

padahal, hosmet aku dah perasan, dia yang mula2 tegur aku macam pelik2 pastu suh makan ubat. aku angguk tapi tak makan pon =D benci gile makan ubat. eh, bile kemas2 peti ais tadi sambil susun limau mandarin. susun skali ubat2 yang ada, bertimbun satu kontena. sme aku yang punya. nampak sangat aku slalu sakit ;p

nafsu makan pon da kurang, bukan aku tanak makan, tapi takot nak makan. bile makan aje lepastu mesti nadi tetibe melonjak. kompom2 aku akan habis tenaga kat nadi mengepam kuat je. solution, mesti makan slow. kalo da lapor sampai bunyi2 perut baru pegi makan. selagi tak lapo jangan makan.

tadi, jiran pulak tegur pasal nampak aku asik pegang leher waktu borak dengan dia  pastu asik2 lap peluh. katanya, hari nak hujan pun berpeluh. speechless.. 

bile da rmi perasaan, cuak pulak. harap seblom mula keje da sihat.







Tuesday, January 24, 2012

limau mandarin

No comments:
gong xi fa cai! isnin dengan selasa cuti umum (: tapi, sah2 la aku dgn hosmet cuti keje seminggu. verilia balik kampung, tinggal aku lepak kat rumah buat apa patot. awal2 verilia da belikan mandarin untuk dilahap. tetiap tahun da jadik satu kemestian verilia belikan sekotak mandarin untuk rumah ni. ihihi, yang makan berdua je pon. ntahla, da masuk 4 tahun memang camni la tradisinya. sebab bile raya turn aku plak bawak balik kuih & macam2 kepek untuk dia. walopon kitrg pasti yang mende alah ni takkan habis kalo setakat tekak berdua je. emm..da terbiasa kot. aku blom jamah2 lagi mandarin ni. masih elok dalam bakul comel ni. padehal veri dah pesan suh susun dalam peti ais takot busuk. ihihi..malasnye.

pagi tadi naga datang kat depan rumah jiran cina tu menari2. sungguh mengganggu keharmonian kesunyian rumah ni =D aku pegi mengendap tguk ikot tingkap je. lamanya tak tguk mende alah ni. rasanya paling last tguk tarian naga ni, masa sama2 dengan anim & wani kat gaya street waktu malam tym chinese new year, final year study. oke, i miss de momento so much.

petang plak pegi rumah tailor lagi hantar lining untuk baju lace yang asik2 x match je bile aku beli. da msuk 3 minggu lebih tertangguh nak siapkan baju ni. mana taknye, beli kat area sini kompom tak banyak pilihan. tapi dasar aku malas nak match kan betul2 dengan kain, beli la jugak. tapi, sadis je bila tailor tanak terima nak mereruskan jahitan. dia cakap, buruk! x sanggup dia nak jahit. nak tanak, gigihkan diri masa pegi kk dgn karimah ritu carik kedai yang dia suggest. berjaya -_-'' tguk muka dia kemain hapy je kain lace da match dgn lining. aiyoo..kadang2 macam nak pengsan layan karenah tailor sorang ni. selagi tak ngam kat mata dia, x ckup bahan yg dia perlukan, jangan harap dia nak jahit.

bincang2 pasal design aje dari petang ke malam. nasib baik la rumah dekat. tu pon mata aku pelik2 aje drive malam2 sorang ni. tetibe gerun la pulak ;p



Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com