Tuesday, June 7, 2011

konvoi kawin ke nabawan

jumaat, 3 june 2011. kitorang tak rancang langsung nak jalan mana. dalam kepala saya mesti menjalani rutin harian biasa makan, tido dan memerap di kampung. tapi, tetibe ayah suh redy2 nak pegi melawat kubur nenek dan datuk sebab semalam nya dah buat kenduri arwah kat masjid. rasanya, paling last saya melawat kubur nenek dan datuk ni masa form 3. yela, jarang btul balik kampung ayah.

lepas balik dari kubur pula. kitorang kena ajak konvoi hantar pengantin lelaki ke nabawan. adalah dekat 20 buah kereta pegi sana. perjalanan ke nabawan lalu tenom-keningau-nabawan. kire nabawan ni paling terpencil la. adala dekat 3-4jam juga drive. sebab muka bumi nak sampai sana tu. bukit sesaje. mengaum enjin kete dibuatnya. kalah perjalanan pegi ranau-kundasang.

sepanjang perjalanan kiri kanan hutan. kalo ada pon kampung kecil2. kebanyakan kampung2 kat area situ beragama kristian. bosan tu memang amatlah. tapi nak amik pengalaman sampai nabawan tu. layankan je la.

pegi ziarah kubur

brenti kat tenom makan dan solat

brenti lagi kat keningau. pekan keningau besar. siap ada pizza. pekan dia sekelompok. jadi mudahla. tak macam kat sandakan, terpisah2 pekan dia. agaknye, lagi best sini kot dari sandakan. cuma nak harap seafood memang susahla.

sambung lagi destinasi akhir, nabawan.

kitorang sampai da dekat nak magrhrib, duk ramai2 kat resthouse nabawan. btul2 kat pekan dia. lupa nak amik picca pekan nabawan yang kecik tu. 

lepas solat maghrib dan isyak, kitorang pegi rumah pengantin pompuan untuk malam berbedak. adat kawin area sabah. tapi, orang yang kawin ni pompuan dia orang bangsa murut. laki nya orang bangsa brunei. upacara bebedak ni macam tepek2 bedak sejuk kat dahi dan tangan dorang. camtu la kirenya. yang bagusnya. disebabkan pada anggapan saya, cuti ni hanya memerap kat kampung je, maka tade bawa baju kurung, jadi saya pakai baju tshirt dengan jeans je. sungguh tak sopan. jadi duduk jauh2.

tade dapat amik picca dekat2, sebab pemakaian menghalang saya ke depan =D kesian kat diri sendiri. tapi, makanan dia malam tu sedap :)  masakan kampung yang saya rindu. ada pucuk ubi, dan daging rusa. ohh..akses lemak berjaya lagi.


No comments:

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com