cuti
depavali tahun ni panjang jugak. jadi bagi cadangan kat parents suh
datang la sabah ni untuk habiskan tiket waran yang ada. sebab my mum tak
nak datang terlalu lama. sebab banyak keje kat rumah sana nak setel.
so, datang cuti kalini memang sesuai la sangat. sebab 5 hari aje.
padahal berapa minggu lepas baru aje ayah datang sorang ziarah cucu dia.
sampai
hari jumaat aku ambik kat airport. firaz aku ikat dalam car seat kat
belakang. melalak aje sepanjang jalan. hishh..lama2 dia penat melalak
tido.
ni la, dah sampai airport punya awal sebab kang lambat sangat kesian pulak dorang tunggu lama. aku melepak dekat mcd. takde benda baru nak cuba. beli mciken dgn eskim aje la.
ada dekat sejam jugakla berkungfu dengan budak berdua ni dalam airport sementara tunggu dorang sampai. ni ha, sampai2 terusla balik. takde gi mana la. sebab da lewat petang. yang datang totin, ayah dengan ibu.
taun ni totin datang 2 kali la jugak. ayah datang 3 kali. ibu pon datang 2 kali.
ini malam tadi. dah demam muntah2. banyak sangat jalan dari hari jumaat sampai selasa. cepatla baik.
2 comments:
cuti deepavali aritu duduk rumah je...hukhukhuk
nasib parents dtg. kalau idok, bertapa gak dlm rumah ni. hihi
Post a Comment