Tuesday, June 7, 2011

pupul bunga dan majlis bersanding

No comments:
sabtu, 4 june 2011. pagi2 lagi lepas solat subuh kitorang siap2 nak pegi tamu kat pekan nabawan. ngam2 kitorang datang, tym tu jugak ada mende tu. dapat la tguk apa ada jual kat tempat derang. tamu tu macam pasar seminggu sekali tu la. kat sabah panggil tamu.  

tamu dia kecik je. tamu terkecik penah saya pegi kat sabah. myb sebab penduduk di nabawan pun x berapa ramai kot. tak pasti la plak.

barang2 yang derang jual banyak2 sayur2 kampung yang susah nak jupe kat bandar dan ada yang x pernah jumpa langsung. ada jual kuih2, dan binatang2 cam burung2.

balik2 je dari tamu, setiap kereta yang berkonvoi diberi reben utk di ikat pada kereta. sebab kitorang asik lost aje. terutama kete saya la. pasal tak pernah drive pegi sini. saya dapat dua reben. last2 ada sebuah kereta komplen dia tak dapat lagi. yang peliknya dia cakap, "saya belum dapat bunga lagi nak letak pada kereta". saya yang mendengar rasa kelakar, sepatutnya dia cakap reben. saya pon cakap dengan dia "kalo nak bunga, pegila petik aje". pastu saya pula terkena balik, "kami tak tahu apa itu petik bunga, pupul bunga kami tau la" cisss..terkena balik. dia pikir saya tak paham bahasa brunei. saya cuma malas cakap saje.

pupul = petik

itu pasal la saya malas btul mo balik kampung ayah, slalu kena ejek tak paham dan tak reti cakap brunei. memang pon kebanyakannya saya tak paham dan saya tak pernah nak cakap pon bahasa tu ;) karang kalo cakap, lain pula bunyinya =D lagi kena gelak.

thari tu kami hantar pengantin lelaki untuk bersanding, theme color dia pupel. ramai juga datang. punya la panas terik masa berarak hantar pengantin tu sampai dewan. kampung ni kecik je, tapi semangat perpaduan sangat la best! yang conduct majlis semuanya ustaz2 muda. rasanya, kurang kot beragama muslim kat sini. tu sebab derang mintak tolong ustaz2. lepas je bersanding, kitorang balik terus, sebab takot sampai lambat ke kampung. 

cik polish dapat reben pertama kali :)

kete pengantin, chery labuan, jadi tak heran sangat ;p

de bride n groom

ramai nya pengiring pengantin lelaki dan cuaca sangatla panas ~_~

ni la nama kampung dia. dan semoga bahagia :)

camni la rumah2 kat kampung tu. nampak kemas dan teratur.

pelik tau, tiap ruma pakai toilet camni. da macam mat saleh nye style je.

jupe pokok kelapa bercabang dua, rasanya cam biasa je nampak kat tepi laut, tapi dia nak jugak bergambar. layankan je la. 


konvoi kawin ke nabawan

No comments:
jumaat, 3 june 2011. kitorang tak rancang langsung nak jalan mana. dalam kepala saya mesti menjalani rutin harian biasa makan, tido dan memerap di kampung. tapi, tetibe ayah suh redy2 nak pegi melawat kubur nenek dan datuk sebab semalam nya dah buat kenduri arwah kat masjid. rasanya, paling last saya melawat kubur nenek dan datuk ni masa form 3. yela, jarang btul balik kampung ayah.

lepas balik dari kubur pula. kitorang kena ajak konvoi hantar pengantin lelaki ke nabawan. adalah dekat 20 buah kereta pegi sana. perjalanan ke nabawan lalu tenom-keningau-nabawan. kire nabawan ni paling terpencil la. adala dekat 3-4jam juga drive. sebab muka bumi nak sampai sana tu. bukit sesaje. mengaum enjin kete dibuatnya. kalah perjalanan pegi ranau-kundasang.

sepanjang perjalanan kiri kanan hutan. kalo ada pon kampung kecil2. kebanyakan kampung2 kat area situ beragama kristian. bosan tu memang amatlah. tapi nak amik pengalaman sampai nabawan tu. layankan je la.

pegi ziarah kubur

brenti kat tenom makan dan solat

brenti lagi kat keningau. pekan keningau besar. siap ada pizza. pekan dia sekelompok. jadi mudahla. tak macam kat sandakan, terpisah2 pekan dia. agaknye, lagi best sini kot dari sandakan. cuma nak harap seafood memang susahla.

sambung lagi destinasi akhir, nabawan.

kitorang sampai da dekat nak magrhrib, duk ramai2 kat resthouse nabawan. btul2 kat pekan dia. lupa nak amik picca pekan nabawan yang kecik tu. 

lepas solat maghrib dan isyak, kitorang pegi rumah pengantin pompuan untuk malam berbedak. adat kawin area sabah. tapi, orang yang kawin ni pompuan dia orang bangsa murut. laki nya orang bangsa brunei. upacara bebedak ni macam tepek2 bedak sejuk kat dahi dan tangan dorang. camtu la kirenya. yang bagusnya. disebabkan pada anggapan saya, cuti ni hanya memerap kat kampung je, maka tade bawa baju kurung, jadi saya pakai baju tshirt dengan jeans je. sungguh tak sopan. jadi duduk jauh2.

tade dapat amik picca dekat2, sebab pemakaian menghalang saya ke depan =D kesian kat diri sendiri. tapi, makanan dia malam tu sedap :)  masakan kampung yang saya rindu. ada pucuk ubi, dan daging rusa. ohh..akses lemak berjaya lagi.


Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com