Friday, September 11, 2015

bubur durian my favourite

 asyik tengok fb tu bahaya. sebab banyak gambo makanan sedap2. terutama untuk orang mcam aku ni. terus rasa nak makan aje. tak dapat mimpi2. tak best. skang musim durian, balik raya ritu dapat jugakla makan. tapi tak puas. apesal ntah. maybe sibuk raya, orang asyik makan rendang ketupat etc.
kat sabah ni pon da tiba musim durian. sni lagi la meriah. durian macam2 warna. ada oren, merah pastu cam yang biasa la kite makan kat smenanjung. biasa masa dulu2 harga durian kat sini mahal tak masuk akal. skang mcam ok plak harga. ntah pesal, maybe sebab semua orang kat sini da ada kesedaran nak tanam pokok durian kot? kihkihkih..asyik nak fly gi semenanjung makan durian puas2 bankrupsi.

minggu lepas balik dari keje jumaat dah jadi kewajipan aku mesti singgah pasar untuk beli barang basah dapur seminggu. sayur, buah & bahan2 tumisan semuala. dah duduk sinri semua bende pikir sinrila. betul2 suri rumah sepenuh masa. hahaha.

masa parking kete betul2 ada orang jual durian, bertimbun2. aku rasa cam nak beli. tapi kalo bijik2 taknak. sape nak kopek. dalam hati round dulu beli barang sebab kang berat nak angkut. sambil2 takut jugak kan harga nya impossible kepala otak nak pikir.

masa dah sampai kete aku test tanya harga. rm5 je kot. beli dalam polistrin. terus rembat 2 bekas. baru rm10. sekadar makan sorang. firuz makan jugak. bukan banyak kan.

sebekas makan gitu je. pandai dia. yang atas manis. yang bawah pahit. isinya nipis but okla sekadar nak lepas gian. tapi bagus pulak durian ni. tak bergas walopon makan banyak. biasa kalau makan siap sendawa2 bau durian. hate it.  

lagi sebekas aku buat bubur kacang. ritu aku tengok kat tv 5 rencah 5 rasa tu buat. kacang gile. ngam2 adala dalam 3 genggam kacang hijau baki dalam umah lebihan eksperimen nak buat togeh sinri tu. hahaha...baik aku buat bubur. balik2 umah terus rendam dulu 2-3 jam bagi lembut. kalo terus rebus kadang2 bazir gas je nak tunggu empuk. ooo.. mehla share resepi bubur kacang durian kejap kat sini. 

resepi bubur kacang durian:

bahan2:
kacang 3-4 genggam untuk makan berdua.
santan satu kotak.
daun pandan 2 helai.
sagu setengah genggam.
gula melaka satu setengah batang.
garam secubit.

cara2nya:
rendam dahulu kacang 3-4 jam.
rebus kacang sampai empuk tutup api dahulu. nanti hancur kacang.
rebus gula melaka dalam periuk lain jangan campur rasa tak sedap.
air gula melaka dah siap tapis masukkan dalam kacang yang dah rebus tadi.
hidupkan api semula masukkan sagu rebus sampai sagu dah mula warna putih.
baru masukkan santan. kecilkan api. sentiasa kacau jangan sampai kuah membuak2 mendidih sebab nanti santan berketul2.
bila dah naik wap boleh tutup api. tak payah tunggu sampai mendidih2 buburnya.
masukkan daun pandan. 
tutup periuk.

makan!

satu pack lagi semua humban masuk dalam bubur. 3 genggam cukup makan berkali2. puas hati. durian berlambak2. hulur kat firuz bukan dia mau. ni kan makanan orang2 tua je.

bile aku suruh cicah dengan biskut kraker untuk tea tym baru dia mau ikot. laju plak makan. sampai 2 kali mintak biskut. dia ni memang ada spesies atok laki nye kot. kalo bab cicah2 agak suke sikit.

aku teringat masa zaman duduk asrama pon kalo tibe makan bubur kacang mesti dewan makan sediakan jugak biskut. masa tu kebulur, semua benda pon sedap.


ini masa kawan aku hairul bawakan kitorang sebijik durian dari kampung dia. asikla cerita pasal durian kat aku masa sebelum berbuah tu. sampai aku dah naik hafal. rupenye dia ingat jugak nak bawakan. agaknye takut aku kempunan kot. sebab asyik cerita. hihi..duriannya memang sedap. isi tebal pastu biji kecik gila. memang puas makan. pastu takdala bergas jugak. aku alergik sikit makan durian ada gas2 ni. kang malam2 aku sakit perut kuar masuk toilet je.

kitorang makan sebijik share 2 orang. aku dengan ajis. sedap2. punya syok makan tak pikir plak bau nye boleh keluar dari bilik sampai ke tangga. hahaha..

inilah eksperimen togeh aku. konon2 nak lebih sihat dan suci selamat lah tanam sinri untuk makan. cehh....letih makcik cabut ekor dia tau. terus taknak dahla buat lagi. hahahaha...

No comments:

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com