Wednesday, September 9, 2015

malas pegang botol

firuz ni kalau di ikotkan sampai sekarang berharap agar dia boleh menyusu badan. tak reti2 nak belajar isap botol kat umah. ooo...dia tetibe jadik bijak apabila berada kat umah nanny pandai susu botol. masuk bulan ni dah 2 tahun 4 bulan dia masih lagi cuba2 nasib susu badan. aku kalau tak camni skang memang bagi aje. tapi memang dah tak larat lah nak bagi. kang dengan aku skali longlai. hahaha. dia ok je. aktif semacam.

aku punye journey of breastfeeding tak hebat macam ibu2 yg hardcore pon. sebab aku bukan dapat bf full pon. masa awal lahirkan firuz susu bukan meriah. nak dapat 1oz pon rasa kena perah 2 jam. haiyoo...masa tu give up dah. sebab lenguh kan kena duduk perah susu dengan sakit jahitan bersalin lagi. sebab masa tengah pregnen kemain baca sana sini pasal bf. macam kacang je. hihi..rupenye baca memang senang, bile hadap...ooo gitu plak.

firuz lahir pon aku lambat bagi bf. dekat sejam lebih jugak aku dengar dia nangis gitu je. masa tu kan dah habis tenaga. nurse suruh rest kejap sebelum pegang baby. derang takutla kang baby jatuh ke apa masa pegang kan. sebab aku takda sapa masa tu nak tolong handle. sorang je. 

lagipon, hospital gomen mana bagi bawak botol susu weh. aku pon tak tahu la masa tu ada susu ke idok. lpas aku rasa cam ok. aku bangun la dari situ pegi wad. derang bagi la baby. trus masa dapat dia suh bagi susu. aku suap dia pon isap je. laju je isap so aku baget adala kot. sebab masa tu gelap. dah malam. dorang tutupla lampu. bagi malap2 aje. wad aku bersalin bukan dapat bilik. share ramai2. memang tak ada privacy tapi asalkan beranak sudahlah. malas pikir panjang sangat masa tu.

hari kedua aku dah keluar hospital. aku takde terpikir langsung beli susu tin. memang konpiden habisla firuz hisap susu. tapi pelik apesal asik nangis kan. aku rasa cam, ooo...baby memang suke nangis. huhuh..yela masa bersalin ibu aku mana ada. yang ada pon ayah aku datang jaga. dia pon tak tau apa2. datang sebab teman bersalin, laki aku takda. keja atas kapal. pastu kan cucu pertama dia cam xcited la nak datang tgok juga. ibu aku memang tak bole datang sebab tak dapat cuti. dia kan keje kat sekolah spt. memang takkan kena bagi cuti. pandai2 akula.

masuk hari ketiga kuning/jaundice firuz da naik. bahaya jugak. tapi masih juga aku suap susu badan. dalam masa sama aku pam jugak. masa tu takda pam letrik. aku bli manual je. pam macam nak rak, tapi keluar 1 oz. hahahah...fuhhh...mencabar. pastu malam2 firuz kuat nangis aku kena bangun dan duduk nak bagi susu. dengan tilam yang nipis tu. sebab aku duduk rumah sewa baru. memang sakit gila tempat jahitan tu. rasa macam malas nak bagi susu pon ada masa tu. hihi.

bile pegi klinik, nurse cakap kena bagi banyak2 susu. ayah aku cakap camne nak bagi susu banyak. kau pam pon kuar 1 oz. alahaiii..aku mati kutu dah. sebab dalam blog2 aku baca semua cerita pasal kebaikan bf. takda pon nak cerita pasal bagi je susu fm kalau kau memang dah takda susu badan tu. 

nasib baik aku ada makcik pakcik sini, derang dah biasa juga jaga cucu. derang la suggest aku masa hari ke-4 bagi ke susu botol aka susu tin. siap belikan lagi jenama snow. masa bagi firuz pestime, usihh...laju ok dia minum. maybe haus sangat. kesian. dan sejak tu aku kesedapan bagi susu botol. satu sebab masa tu aku punya jahitan masih baru. bila firuz nak susu aku kena duduk. sakit punggung la. pastu bila dia da isap kenyang2 dia akan tido lama takda nangis2. so aku relax. 

tapi kadang2 aku suap juga susu badan supaya dia tak lupa terus. aku pam juga walaupun 1oz. hahaha...yang paling teruk, dah pam2 pastu ayah aku buang sebab dia cakap tercemar konon kalau simpan lama2. kesian kan? hihih

kitorang bagi firuz susu tin sampai la masuk hari ke-9 gitu. sampai betul2 kuning dia baik. sebab pikir nak balik johor sambung pantang sana pulak. aku kan bersalin kat sabah. hari ke-11 kitorang balik. firuz masih hisap susu botol kat dalam flight. ok je dia dalam flight. good girl. tapi yang tak good dia pegi berak. nasib ayah aku duduk sebelah. so tukar situ je. yela, najis budak kecik xdela disaster sangat.

tak ingat macam mana aku bole produce susu badan dengan meriah. seingat aku balik je johor dah mula pergi urut badan hari2. agaknye lepas dia urut tu la susu jadik banyk. plus aku dah start makan jamu, minum air ibu kunyit la, makan poleney haruan yang tak sedap tu sampai 2 kotak. yekk...makan manjakani lagi. semua ibu aku sumbat. pulak masa tu ada nenek aku. dia tinggal sama kitorang. kau paham2 la, orang dolu2 ni. ada je nasihat terlebih2. kang kau tak jaga badan kang bla bla bla...aku malas kan nak dengar banyak sangat. telan je. sejak tu la memang banyak gile la susu. dan aku malas pam pon. hihihi..aku df aje. 

dan sejak masuk minggu kedua duduk kat johor aku tak pernah dah bagi susu botol sampai la naik keje. but..masih di kire bukan bf la kan. sebab awal2 dah kantoi. hihihih..xpela. biar lambat asal selamat.

apa yang best bf ialah kau tak payah bangun buat susu. bile dia nangis je pangku bagi susu. bile jalan je senang tak payah susah2 nak ready thermos, susu, botol..banyak koje. hahaha...bawak badan je dgn pampers dia kan. nak jalan jauh2 travel pon senang. aku tak pernah terpikir pasal nak pack susu2 dia. sebab semua dah tersedia. hahaha..best. 

selama 2 tahun jugak aku tak pernah rasa terbeban beli susu tin. sebab aku hanya perlu beli untuk letak di rumah nanny aje. dalam sebulan ada la sepack paling banyak 2 pack. sebab firuz minum susu hari kerja aje. dari pukul 7-1 thari. itu pon kalau dah tengahri dia da tak nak isap botol. dia akan tunggu aku balik untuk ngempeng. itula kesian kalau ada aktiviti petang. dia akan tunggu jugak nak susu.

setiap yang best pasti ada tak best jugak. dah jadik satu keje. kejap2 asik nak susu sebab maybe susu badan tak berapa nak kenyang ke apa. kejap2 nak ngempeng. malam2 kau memang tak cukup tido. setiap 2-3 jam dia akan mintak susu. nasib baik masa dalam pantang ada kawan aku yang memang orang kuat bf siap datang rumah ajar posisi bf dengan betul. trus aku jatuh cintala dengan bf. aku rasa sejak tu la kot aku dah tak buat susu botol. sebab malas bangun ke dapur lagi malam2. kau sumbat je trus, sebab senang je kalau dah tau. cuma badan kau tetap akan rasa sakit sebab masa bagi bf kena  mengiring, sebelah badan akan lenguh. tapi, demi anak takkan kau kejam tak bagi kan?

ooo ye..kalau drive dari bopot pegi kk dia bole tahan duduk ngempeng ngisap kat situ 2 jam. hishh...lemas aku. cume dia behave la. diam je tak bising. ooo..sama jugak dalam flight. memang senang hidup. dia diam aje selama 2-3 jam takda buat hal. bila dia nak buat hal je kau sumbat je. trus diam sunyi dan sepi. krohhh...tido. tu sebab aku siap bole bawak firuz pegi lawatan ke bandung jakarta tahun lepas. semua orang puji dia diam gila dalam flight. dalam bus pon senyap. hahaha...

lagi yang tak best, kau kena jaga makan. ape2 yang kau makan itulah yang akan disalurkan pada anak. tak bole makan pedas, yang berangin. nanti anak sama2 sakit. nak makan apa2 ubat or supplement pon kena tanya dulu sama ada orang bf bole makan ke tidak. ubat kurus memang takleh sentuh. huhuh..kang anak kau kurus plak. 

haaa...nak bagitau jugak. bukan betul pon orang bf tu bole kurus. sebab bile dah bf lapar balik. so makan makan makan. tak semua orang boleh kurus sebab bf. badan masing2 tak sama. huhuhu..aku tergolong dalam bf tak jadik kurus pon. aku rasa macam kurus sikit sebab penat urus anak dan rumah sorang diri. 

tapi itula, janganla blame orang yang tak dapat bagi bf ni. kesian sebab bukan semua orang ada susu badan. dorang nak tapi takda daya. kau pulak asik perli. makan dalam okeh. bagi aku mana2 sama ajela. asalkan kau bagi makan minum anak kau dengan ckup dah kire ibu dan mak2 sejati. sebab jaga anak dengan elok. kan?


ni lagi masalah baru2 ni aku hadap, firuz kan biasa ngempeng malam2. main isap aje bile perlu. skang dia kena isap botol plak. bile isap botol kena pegang sendiri la kan. dia jadik macam malas nak isap sebab kena pegang. tapi dia haus sebut susu susu dengan mata terpejam. hishh...nak tak nak aku jugakla kena pegangkan sambil dia berkepak tangan mata terpejam isap pandai lagi terhenti2 tido kejap. aiyoooo....sama jugak. ngantokkkkkk aku. 

2 comments:

NorHaFydzah said...

tu la kan..masa mengandung pun mneyimpan harapan yang besar untuk fully bf.. tak terbaca pun orang kata gi ready2 beli susu tin + botol susu segala untuk kes2 macam kita ni.. nanti nak share la.. meraung2 hati sebab bagi botol susu kat anak.. nak wat camna.. usaha dah habis..cam tu gak..relakan je la minum susu formula..

cik chinta said...

tulis seblom ada byk lg terlupe. ni pon da byk lupe2

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com