dany dengan rafe tgah diskus hal kurang tiga kaki
aku x suke cite ni, rasanya dia kuar tahun 2001~masa tu aku sekolah menengah lagi dan yang pasti xpnah tguk sampai habis. bse tguk skip2 saje, tade slot yang menarik perhatian, jalan cite lembab sangat. disebabkan kerana aku hadap sorang2 dalam rumah cuti raya haji. pulak tu, star muvi balik2 ulangtayang. terpaksa la aku pon ikot repeated sehari dua kali kot? nasib tak rabun je.
sebab asik ulang2, aku dok ikut elok2 dialog dan cerita dia. akhirnya, terpaksala aku buat kesimpulan baru bahawa aku sukaaa dan jatuh cinta dengan cite ni. pasal ada fakta fizik yang best dalam jalan ceritanya...kan bagus kalo aku tguk cite ni masa form 4, mesti aku bole jawab soklan fizik kot..ekekekek..mentang2la aku cikgu fizik kan? kalo ada aplikasi fizik dalam sesuatu hal je trus rasa kagum melampau.
cite pearl habour ni kan pasal perang2 dan derang lebih menumpu guna kapal terbang masa nak hapuskan musuh tu. kalo aku cakap pasal kapal terbang dalam kelas sains pahtu lukis aerefoil kat whiteboard, mesti budak2 laju je jawab, dia menggunakan "prinsip bernoulli"
aku nak pegi slot yang aku suka dalam cite nih. iaitu part mana yang dia ada masuk fakta bukan auta. walopon salah satu prinsip utama kapal terbang yang penting adalah menggunakan prinsip bernoulli tetapi hal2 lain perlu juga di ambil kira mengikut keadaan.
dalam cite pearl habour ni, bile je amerika kalah kat jepun-->sebab habis kapal2 laut dia kena bom habis2 habisan. jadik kapal laut yang tinggal yang kecik saje. maka, pilot2 derang ni kena jugak dihantar untuk berperang, masalah yang derang hadapi ialah kapal laut tu kecik dan landasan utk berlepas sangatla pendek. derang x biasa dengan landasan pendek gitu.
cara derang solve de problem, berlatih kat darat guna jarak pelepasan yang pendek. tapi, reality nya masa naik kapal laut nak pegi perang, landasan nya lagi terpendek..tiga kaki kurang daripada panjang landasan latihan kat darat. nampak cam..elehhh...3 kaki je pon..u can do it..cakap senang, ce ko yang pegi terbangkan. nak terbangkan kapal terbang kertas pon lom tentu mampu.
kat sini la korang ble nampak camne derang bole berpkir dengan pantas nak buat keputusan logik utk mengatasi masalah tu. ishh...kalo tym2 genting tetibe sme jadik bijak kan? kapten derang arahkan kurangkan beban yang ada dalam kapal terbang tu dan gunakan kuasa penuh enjin.
punyala derang nak kurangkan beban seblom kapal terbang berlepas, derang tukar senjata dengan batang penyapu yang di cat kaler itam T__T tu pasal la dany mati..wuwuwu..sebab tade senjata nak pertahankan diri lepas kapal terbang terhempas kat darat, dan tiap2 askar disuruh pegi tandas buang2 ape patot supaya kurang berat? logik la kan?
kenapa aku buat entri ni? sebab situasi ni memang penah kuar dalam soalan exam fizik. soalannya,
bagaimanakah kapal terbang dapat berlepas daripada landasan yang pendek pada kapal perang laut?
jawapan nya, kurangkan beban dan gunakan enjin berkuasa. see...adakan dalam cerita tu jawapan dia?
kalo budak2 aku sme tguk cite ni dengan teliti..kompom ble fullmark. jangan dok bulat mata part x senonoh melebih. tu..memang kompom kasik aku tanda jawapan merepek.