Thursday, January 26, 2012

berita gembira lalu melakukan perkara yang menggembirakan

9 comments:
rentetan simptom2 pelik yg aku cakap semalam, tetibe smeorang memberi komen-komen menakutkan kepada jantung dan paru-paru. walawehh...kalo dah mengkaitkan jantung-jantung, opkos gerun juga. karang jantung dah rosak, mesti mati jawabnya. iyela, smeorang akan mati, tapi kalo bole dicegah. haruslah cepat2 aku jumpa dokter ;p 

ehh..semalam pepagi, walopon aku dah baca nasihat membina suruh pegi jumpe dokter. tetap sempat menyimpang dulu ke kk dengan karimah. ihihi. pegi kamdar beli kain untuk raya. iya..rayeee...hebatkan?

karimah telah memeriksa nadi untuk membandingkan kadar denyutan dia punya dengan aku. di sahkan, aku menang, sebab lebih laju. keinsafan meningkat lagi untuk bertemujanji dengan pak dokter. tapi, tak sempatlah nak jumpa semalam sebab aku kan bawa kete dengan penuh ciri-ciri keselamatan. kompom sampai rumah langit dah penuh bintang.

pepagi tadi cekalkan diri ke klinik, sebab telah dimomok-momokkan oleh member dengan pelbagai cerita. aku kan memang mudah diperdaya. nak-nak kalo ko bagi cerita yang menakutkan. kompom lebih berjaya untuk menipu aku. 

muka nampak sihat dengan senyuman berseri kot masa masuk bilik dokter tu. jadi, bagi penerangan panjang lebar mengapa berjumpa beliau. hahaha..trus dokter check apa patot. first tekanan darah, normal je dan paling normal. fuhhh..check jantung pulak, katanya "jantung awak bagus"..legaaa...tarik nafas untuk check paru-paru, also he said "berfungsi dengan baik"..hoyeahhh. but he suggest me to made appointment for medical cek up. nak amik darah, check kolestrol, dll supaya lebih mendalam. malasnye =.='' bole tak i eskep? takyah pegi. seyes MALAS.

dah dapat feedback dari 'org pakar' haruslah aku percayakan beliau. trus perasaan gembira melambung-lambung. idupkan enjin kete menuju ke tempat membahagiakan. bermula la sesi mentawaf carik saloon untuk mencuci dan trim rambut. but, sebab terlampau hepy dengan kenyataan dokter bahwe bebas dari sebarang penyakit, gatal je add sesi stim kan rambut. saje buang masa, sampai nantok tersengguk. perasaan lepas siap, macam boleh join buat iklan syampu rambut =D guna jari pon boleh.

pastu, waktu singgah beli zip untuk baju sempat tambah koleksi shawl 2 helai --__--'' berita gembira buat aku terlebey gembira nak habiskan duit. tahape aje. 

seblom balik, kena pegi rumah tailor fitting baju yang dah siap, aku rasa macam asik mentadah muka kat rumah tailor ni tapi baju tak siap2. kali ni datang still tak siap juga, kain belom siap sepenuhnya, tinggal sulam bahagian bawah. korset pon tak dapat siap, pasal ada barang dia x ckup masa jahit. 

masa fitting, tailor cakap aku dah kurus la pulak sebab loose aje kain. terkejut la dia, ritu membebel aku gemok berlemak sana sini. skang da kurus sikit. dia terkejut sebab baru sebulan kot? aku pon x pasti apesal jadi kurus tetibe, sebab makan macam monster je. aku perasan@perasaan ;p jugak, suar jeans da longgar, dah jadik macam low cut jek..T_T alahai, tak bestla pulak longgar, sebab peha jadi kecik. pada aku, tak seksi la bila peha kecik ;p suke ketat2 kat peha.

tailor aku pon menakutkan juga, katanya skang ni bile2 masa je dia bole beranak. seram sejuk juga dengar. jangan aku kena pakai kain tak siap dahla yek.

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com