Tuesday, January 31, 2012

kaki ku tak lenguh lagi

2 comments:
mampu senyum pegi keje rini. sebab dah jupe kasut idaman kaki ku. kali kedua beli kasut dari kedai yang sama dengan design yang serupa (: memula tade niat membeli, nak teman karimah beli kasut baru aje. tapi alang2 dah terjupe dan stok pon ada. cekup je la.  memang dah cakap kan ritu, flat shoes tertinggal kat rumah parents. lagipon, tak rugi beli ni. cantik, selesa dan hage berpatutan.

aku perasan macam smart bila sarungkan flat ni kat kaki ;p nasib baik pemikiran waras masa soping mende alah ni. sebab tetibe setan bisik2 kat hati suh beli 2 pasang sekaligus. 2 pasang baru rm50. harge yang nice la bg flat yang cantik. lagi alasan konon nak beli dua sekaligus pasal, mana la tau nanti rosak, takyah susah2 suvey nak cari mana yang sesuai, sebab dah ada spare. 
 
tapi, pkir2 balik macam meroyan je beli kasut yang sama sampai dua pasang kan?

Sunday, January 29, 2012

sesi berbaring dah tamat

4 comments:
pkul 8 pagi. tengah sedap2 golek atas tilam tguk tv karimah msg suh bangun ikot dia pegi tamu kat membakut. urghhh...kacau daun. dahla harini last day nak berbaring sbb esok da keje ): baru siap mandi aku tguk kete dia dah kat depan rumah. sarung tshirt n jeans pastu calit2 sunblok je. pestime aku jejak kat tamu sini. meriah gile dengan jualan2 penduduk tempatan mcm sayur2 n buah2 dia sme yang jenis kampung2 punye. tapi, keluasan tamu kecik skit dari tamu kat bopot. cume, sebab pestime pegi aku teruja la. cam jakun2 gitu.

tapi, ada mende gerun terjadi kat situ pada aku. masa dalam kejakunan aku tguk kiri kanan, karimah dah tinggalkan aku jauh dia jalan kat depan. pastu, masa aku tgah tguk2 sayur kat sebelah kanan. sekali je ada sorang laki kat sebelah kiri aku ni tarik wallet kat tangan maybe macam niat nak bergurau dengan aku gitula. punyelah terkejut sampai terkebil2 mata aku tguk dia kejap. aku punye eksen terkejut tu macam tahape aku tak pasti sebab berjaye menarik perhatian orang2 kat keliling jugakla nak tengok. 

aku ingat, dia berani gurau sebab dia kenal aku ke apa ke. tapi, rupenye dia gurau saje2. main redah je nak gurau dengan sape2. apekes? buat aku takot.

muka aku blur betul tguk muka pakcik tu, jadi kaku jap. dia boleh pulak senyum2, pastu dia gosok2 belakang badan aku konon2 nak redakan perasaan terkejut yang aku alami. makin la aku terkejut kot? sebab aku tak kenal dia langsung oke. berani je dia gosok2 belakang aku, GOSOK-GOSOK bukan gosok je. means banyak la kan? ehh?? dia ingat aku budak2 ke bole gosok2 sesukahati? eiii...trus aku lari carik karimah. takotnye! mengadu dengan karimah, trus kena ikot bontot dia dekat2. karimah cakap, agaknye pakcik tu ingat ko budak2. takde makne. sah memang pakcik tu gatal. ini la sebab nya aku tak suka kuar rumah, alam sekitar penuh dengan benda bahaya yang tak disangke-sangke.

keje aku bila ikot dia, mendengar nasihat cara2 memilih sotong, ikan dan udang.

 tak sah kalo dia tak beli buah pupel tu, dah tau nama nya ialah benunu.

 
perkara menggembirakan bila jalan adalah nampak makanan banyak tersusun. mata aku akan bersinar2 nak beli macam2. tak sempat2 tgu balik, aku akan makan sambil berjalan. buruk perangai.

 ajak karimah makan bakso pulak, nafsu makan tinggi la katakan.

ramai sangat orang kat sini. berselisih bahu bile jalan. pastu asik jem aje. sebab lorong2 nak lalu tu kecil.

balik je dari tamu, mula menjalankan tugas membasuh polish pastu sambung kemas rumah dengan gigih. segala sawang kat siling dan dinding kena bersihkan. lap kipas kat siling sebab habuk dah penuh sampai tak terasa angin walopon bukak vol. 5 kemas2 sampai selesai. lenguh badan T_Tpaling teruk aku rasa tangan kanan sangat sakit tak bole tahan. masa nak mop pon perah2 air kena slow2 sebab sangat bisa. nasib baik ada stok tiger balm plaster. fuhhh..

 aku sampul satu lengan dengan plaster ni, dari pergelangan tangan sampai nak dekat siku.

sebab tangan aku kecik, boleh sampul hampir seluruh pergelangan  tu. skang rasa lega, sebab dia bagi rasa macam panas2 yang kool. pasni, kalo pegi guardian/watson, kena beli stok lagi la.

anugerah juara lagu baru habis, awan nano (hafiz af) menang. aku rasa sme lagu yang masuk best. tp derang nani kenapa tah jadik tak best.

Saturday, January 28, 2012

tips kurus yang mudah

10 comments:


tips kurus dalam seminggu;

biasakan tguk tv dan 09 sambil baring dan kalo takde ape nak buat pun baring jugak, makan sesuka hati ikut kelapangan, dan bila turun kk pastikan terjah kedai fast food. ihihi...nwy berat asal aku seblom ni 50kg.
 

bile tguk gambar, terliur balik.

Friday, January 27, 2012

dah macam songket kot?

10 comments:
cuti tahun lepas, param ada kol nak kirim beli saree ke? sebab dia tengah soping2 kan saree utk wife tersayang. seingat aku la, since ktrg mula keje. param dah janji konon nak belikan saree. last2, dah kawin baru dapat kirim. tu pon sebab sambil2 dia belikan utk wife. hampehnye param. 4 tahun baru dapat tuntut. opkos kaler hijau yang aku suruh dia carikan. ekceli, masa param kasik kat tangan, ada 3 helai. dia suruh pilih, then aku pilih yang ada sulam benang emas. hage rm75. berbaloi la sebab series cun. x sempat snap original pic kain tu seblom hantar kat tailor.

masa hantar da pkir2 design, opkos kebaya dengan baju kurung pahang menjadi pilihan. sebab kain saree ni 6 meter. dapat la buat 2 helai baju dan sehelai kain. maknanya, dua baju tu berkongsi kain yang sama. jimat kan kalo beli kain saree ni? agak leceh juga la nak tunggu siap, kain saree ni agak nipis so kena beli kain lining la. zip tapuk la. lama2 aku jadik terer kot beli macam2 jenis kain dan zip.

bila da siap, terkujat tguk hasilnya. dah macam baju apekah ini? agak melampau kot? aku nampak macam bukan saree dah lagi, tapi macam baju kain songket yang ko nak bawa pegi kawin. heavy gila dia punya benang emas bersepah2 sana sini. then, kadang2 aku nampak mcam baju yg orang guna lepas mandi sebab ribbon kat depan tu ha.

ni kain yang aku mintak buat design belah tak jadi. cube tguk kain ni, penuh benang emas jugak. series dah jadik kain songket benang emas.

ni pulak baju kurung pahang. ni masih bole terima kot nak pakai g keje. sebab tak la meriah sangat. ribbon kat belakang tu memang sengaja mintak. taun ni, very de taksub kat ribbon2.

ni la hasil daripada 6 meter kain saree tu. macam meriah sangat kan? nak bawak pegi keje boleh ke? btul tak pendapat aku mengatakan bahwe baju2 di atas ni dah jadi macam songket benang emas tu? atau aku sorang je perasan sindri? padehal kalo korang pegi pegang kain dia, lembek je. tguk jauh2 je macam songket. penipuan ilusi optik btul la.

Thursday, January 26, 2012

berita gembira lalu melakukan perkara yang menggembirakan

9 comments:
rentetan simptom2 pelik yg aku cakap semalam, tetibe smeorang memberi komen-komen menakutkan kepada jantung dan paru-paru. walawehh...kalo dah mengkaitkan jantung-jantung, opkos gerun juga. karang jantung dah rosak, mesti mati jawabnya. iyela, smeorang akan mati, tapi kalo bole dicegah. haruslah cepat2 aku jumpa dokter ;p 

ehh..semalam pepagi, walopon aku dah baca nasihat membina suruh pegi jumpe dokter. tetap sempat menyimpang dulu ke kk dengan karimah. ihihi. pegi kamdar beli kain untuk raya. iya..rayeee...hebatkan?

karimah telah memeriksa nadi untuk membandingkan kadar denyutan dia punya dengan aku. di sahkan, aku menang, sebab lebih laju. keinsafan meningkat lagi untuk bertemujanji dengan pak dokter. tapi, tak sempatlah nak jumpa semalam sebab aku kan bawa kete dengan penuh ciri-ciri keselamatan. kompom sampai rumah langit dah penuh bintang.

pepagi tadi cekalkan diri ke klinik, sebab telah dimomok-momokkan oleh member dengan pelbagai cerita. aku kan memang mudah diperdaya. nak-nak kalo ko bagi cerita yang menakutkan. kompom lebih berjaya untuk menipu aku. 

muka nampak sihat dengan senyuman berseri kot masa masuk bilik dokter tu. jadi, bagi penerangan panjang lebar mengapa berjumpa beliau. hahaha..trus dokter check apa patot. first tekanan darah, normal je dan paling normal. fuhhh..check jantung pulak, katanya "jantung awak bagus"..legaaa...tarik nafas untuk check paru-paru, also he said "berfungsi dengan baik"..hoyeahhh. but he suggest me to made appointment for medical cek up. nak amik darah, check kolestrol, dll supaya lebih mendalam. malasnye =.='' bole tak i eskep? takyah pegi. seyes MALAS.

dah dapat feedback dari 'org pakar' haruslah aku percayakan beliau. trus perasaan gembira melambung-lambung. idupkan enjin kete menuju ke tempat membahagiakan. bermula la sesi mentawaf carik saloon untuk mencuci dan trim rambut. but, sebab terlampau hepy dengan kenyataan dokter bahwe bebas dari sebarang penyakit, gatal je add sesi stim kan rambut. saje buang masa, sampai nantok tersengguk. perasaan lepas siap, macam boleh join buat iklan syampu rambut =D guna jari pon boleh.

pastu, waktu singgah beli zip untuk baju sempat tambah koleksi shawl 2 helai --__--'' berita gembira buat aku terlebey gembira nak habiskan duit. tahape aje. 

seblom balik, kena pegi rumah tailor fitting baju yang dah siap, aku rasa macam asik mentadah muka kat rumah tailor ni tapi baju tak siap2. kali ni datang still tak siap juga, kain belom siap sepenuhnya, tinggal sulam bahagian bawah. korset pon tak dapat siap, pasal ada barang dia x ckup masa jahit. 

masa fitting, tailor cakap aku dah kurus la pulak sebab loose aje kain. terkejut la dia, ritu membebel aku gemok berlemak sana sini. skang da kurus sikit. dia terkejut sebab baru sebulan kot? aku pon x pasti apesal jadi kurus tetibe, sebab makan macam monster je. aku perasan@perasaan ;p jugak, suar jeans da longgar, dah jadik macam low cut jek..T_T alahai, tak bestla pulak longgar, sebab peha jadi kecik. pada aku, tak seksi la bila peha kecik ;p suke ketat2 kat peha.

tailor aku pon menakutkan juga, katanya skang ni bile2 masa je dia bole beranak. seram sejuk juga dengar. jangan aku kena pakai kain tak siap dahla yek.

Wednesday, January 25, 2012

simpton apekah?

13 comments:
benda ni da berlaku lama, agaknya sejak 3 minggu lepas. cuma aku tak endahkan sampaila masa berjalan dengan karimah dan pegi rumah tailor semalam. 

karimah tegur aku pelik macam x larat bila stop kat putatan amik stok tupperware. mn taknye, aku tertunduk2 pegang leher aje dan urut dada. muka jgn cakap, serabai menahan gelora badai. reaksi aku tu buat karimah riso. nampak macam dah x bole nak meneruskan perjalanan aje. tapi, aku buat2 kuat. padehal, mmg sebenonye aku masa tu dah macam nak give up drive kete. penat layan nadi pelik dan nafas sekat2. 

masa kat rumah tailor pulak, tangan dan kaki kebas2. tetibe x lama pastu, tailor tegur kenapa nafas tersekat2. banyak kali la dia tanya, aku cakap pasal teruja tengok design baju konon =D aku sindri pon xtau napa jadi gitu, mcmana nak jawab soalan kat dia. 

bile ingat2 balik pasal ni, sebab derang dah tegur. aku sebenanya dah perasan juga. nafas sekat2 tu jadi pasal nadi dan degupan jantung macam x berapa nak stabil. sejak2 nadi cam x betul tu, aku ada hobi baru. asik2 nak raba2 leher kat urat nadi, ada satu minggu direk aku pakai tudung bawal aje g keje, sebab senang nak seluk masuk pegang leher.

ingatkan mende ni biasa2 je, pasal aku x sihat. seminggu lepas mula keje, badan start panas2 kena demam tapi x berapa teruk.still bole pegi keje. cuma, x baik2 sampai skang. kejap datang, kejap pegi.

pikiran aku sentiasa positif pasal nadi yg tetibe berubah rentak. alasan, tahun ni penat tergopoh gapah trun naik bangunan pegi kelas. walopon cuma ada dua kelas form 3 kat bangunan lama, tapi kelas fizik pun kena turun lab di bangunan lama tu jg. semua kn jalan jauh.

kadang2 aku x bape nak pkir positip jugala. sebab bile buat penerangan di whiteboard, ada rasa x dapat imbangkan diri, macam nak jatuh2 aje. banyak kali la jugak terjadi sepanjang beberapa mgu. tapi bila habis je kelas, aku lupa pasal tu. sebab seronok kelas dah habis =D nak cepat2 balik bilik dan rest.

ada lagi mende pelik, aku cepat berpeluh skg. walopon aku duduk diam2 kat kelas tunggu budak2 siapkan keje dan jugak waktu lepak dalam rumah. harusla pelik kenapa aku bole berpeluh tetibe je sebab aku bukan jenis cepat berpeluh, kalo joging 5 round pon takkan berpeluh. skang ni, buat maraton pegi kelas sejengkal je pun da menitik sampai berterabur nafas sebab nadi dah berpalu2. tu pasal, lebih baik aku turun awal nak pegi kelas supaya bole jalan lambat2 T_T nadi yang cepat bergerak buat aku letih dan ganggu sesi mengajar.

padahal, hosmet aku dah perasan, dia yang mula2 tegur aku macam pelik2 pastu suh makan ubat. aku angguk tapi tak makan pon =D benci gile makan ubat. eh, bile kemas2 peti ais tadi sambil susun limau mandarin. susun skali ubat2 yang ada, bertimbun satu kontena. sme aku yang punya. nampak sangat aku slalu sakit ;p

nafsu makan pon da kurang, bukan aku tanak makan, tapi takot nak makan. bile makan aje lepastu mesti nadi tetibe melonjak. kompom2 aku akan habis tenaga kat nadi mengepam kuat je. solution, mesti makan slow. kalo da lapor sampai bunyi2 perut baru pegi makan. selagi tak lapo jangan makan.

tadi, jiran pulak tegur pasal nampak aku asik pegang leher waktu borak dengan dia  pastu asik2 lap peluh. katanya, hari nak hujan pun berpeluh. speechless.. 

bile da rmi perasaan, cuak pulak. harap seblom mula keje da sihat.







Tuesday, January 24, 2012

limau mandarin

No comments:
gong xi fa cai! isnin dengan selasa cuti umum (: tapi, sah2 la aku dgn hosmet cuti keje seminggu. verilia balik kampung, tinggal aku lepak kat rumah buat apa patot. awal2 verilia da belikan mandarin untuk dilahap. tetiap tahun da jadik satu kemestian verilia belikan sekotak mandarin untuk rumah ni. ihihi, yang makan berdua je pon. ntahla, da masuk 4 tahun memang camni la tradisinya. sebab bile raya turn aku plak bawak balik kuih & macam2 kepek untuk dia. walopon kitrg pasti yang mende alah ni takkan habis kalo setakat tekak berdua je. emm..da terbiasa kot. aku blom jamah2 lagi mandarin ni. masih elok dalam bakul comel ni. padehal veri dah pesan suh susun dalam peti ais takot busuk. ihihi..malasnye.

pagi tadi naga datang kat depan rumah jiran cina tu menari2. sungguh mengganggu keharmonian kesunyian rumah ni =D aku pegi mengendap tguk ikot tingkap je. lamanya tak tguk mende alah ni. rasanya paling last tguk tarian naga ni, masa sama2 dengan anim & wani kat gaya street waktu malam tym chinese new year, final year study. oke, i miss de momento so much.

petang plak pegi rumah tailor lagi hantar lining untuk baju lace yang asik2 x match je bile aku beli. da msuk 3 minggu lebih tertangguh nak siapkan baju ni. mana taknye, beli kat area sini kompom tak banyak pilihan. tapi dasar aku malas nak match kan betul2 dengan kain, beli la jugak. tapi, sadis je bila tailor tanak terima nak mereruskan jahitan. dia cakap, buruk! x sanggup dia nak jahit. nak tanak, gigihkan diri masa pegi kk dgn karimah ritu carik kedai yang dia suggest. berjaya -_-'' tguk muka dia kemain hapy je kain lace da match dgn lining. aiyoo..kadang2 macam nak pengsan layan karenah tailor sorang ni. selagi tak ngam kat mata dia, x ckup bahan yg dia perlukan, jangan harap dia nak jahit.

bincang2 pasal design aje dari petang ke malam. nasib baik la rumah dekat. tu pon mata aku pelik2 aje drive malam2 sorang ni. tetibe gerun la pulak ;p



Sunday, January 22, 2012

godaan

2 comments:
dah lama rancang dengan karimah nak kuar sama2 pegi soping2 kat kk. tapi bebangun pagi tadi hujan lebat macam bomba tengah simbah air kat api. ingatkan nak cancel skali brenti, trus kitrg siap2 meneruskan plan asal. maybe aku masih dalam keadaan trauma pasal eksiden kete ritu. so, drive pon macam takut2 je. asik berdebar2 je jantung. sampai aku rasa penat sangat drive bile sampai kat putatan masa amik stok tuperware karimah. macam nak pengsan pon ada. melampau btol la trauma aku tu. direk ke cp sebab nak soping! yeayy..

lepas penat2 menyoping yang x seberapa, pekena mcd. amik set prosperity, limited edition kan. haruslah try sekali setahun. dasar kan aku makan lembab. karimah dah habis telan semua. masih aku terhegeh2 kunyah fries. last, bungkus je buger dengan air masuk dalam beg. banyak lagi tempat belum takluk. harus guna masa sebaik mungkin.

oh, rupenya karimah ni speses manusia mudah terpedaya dengan iklan kat tv. kitrg masuk 2 guardian dan 1 watson. asikla dia pegi kat booth maybelline dlu, nak tguk mascara yang baru kuar tu. dia asik cakap, "iklan dalam tv tu tunjuk, pakai ni bole wat bulu mata tebal gile2". oke, aku layan je sebab besenya aku tak caye sangat iklan. aku lagi suke baca review2 org yang pnah guna baru aku akan beli. 

kat guardian mahal hagenya rm32+ gitu, tapi kat watson baru rm29+ je. banyak tu beza. karimah dah gigil2 tguk hage yg murah. malas dah aku nak bagi nasihat sebab biasanya aku pon mcam dia juga, kalo da meroyan sangat, mmg terus beli tanpa was2. ihi. tak sanggup la bermimpi2 siang malam pasal mende2 remeh ni. oh ye, karimah amik juga sebatang akhirnya.

tapi, sampai kat bahagian sunblok, karimah telah menjadi setan penggoda suh beli sunblok. alasan tak lama lagi nak sukan. kang muka hancur dek burn.

oke, godaan yang sukses.

Friday, January 20, 2012

berani kerana benar

3 comments:
pepagi nak pegi keje aku dah nampak kete ni park lagi kat belakang tu. cukup bersabar dah dari senin ritu. terhegeh hegeh nak kuarkan kete sebab nak elak terlanggar body dia. bukan ape, kalo tergesel pon aku jamin takde ape tercela kat body kete tu. tapi, jaminan seratus peratus jahanam adalah kete aku. seyes dah lama bersabar dengan perangai pelik dia suka park kete kat situ padehal kawasan rumah dia luas gile. agak2 bole la letak lori kontena sebijik, kompom muat. 
sanggup aku geledah beg amik hp semata nak capture pic tak cantik ni. marah sampai kemuncak sangat. dahla satu hal nak reverse kete dengan segan silu. pastu kena pegi wat tawaf kat hujung jalan mati pulak. skang ni ramai pulak peminat nak park hujung dunia tu. orang taman ni kaya beno, kete banyak sangat. park kat mana2 je asal boleh. bestu rasa2 aku nak amik side celah mana nak wat pusingan tawaf utk kembali ke pangkal jalan. \

oleh demikian, tiap2 pagi sepanjang minggu ni aku maki hamun free dalam hati. dengan muka mencuka, hati yang panas. aku protess dengan tutup gate rumah kuat2. stress btul la dengan orang tade otak. ko tak pkir ke aku nak kuarkan kete camne. ko pkir aku pakai kete sorang ek?   

aku mmg dah takle kawal minda sedar. daripada sakit hati dengan kronik. lebih baik cepat2 ubati. berani kerana benar. dengan cekal dan muka berlakon mintak kesian. tekad ketuk pintu rumah dia. bila bukak pintu, aku buat2 macam org tengah lost taktau nak reverse kete dengan selamat sebab ada kete tu.. konon ;p selama ni bole je. 

la tu juga alihkan dengan dia masih pakai towel. ape ko x reti pegi keje ke? dah pkul 620am masa tu kot. misi berjaya dan aku reverse dengan bangga. esok kalo macam tu juga ko buat perangai. memang carik nahas.

hari ni meting lagi. aku rasa macam hari2 adelah hari meting sepanjang minggu ni. asik tak masuk kelas je. bila la silibus nak habis camni. pening -__-" meting berjalan dengan pembentangan hal2 biasa je. tade yang tak biasa. aku duk belakang kepanasan tade kipas dan econ. lencun.

bincang pasal  merentas desa dan sukan peringkat skola yang akan diadakan pada minggu pertama selepas cuti skola seminggu ni. takde kelas lagi...cuti seminggu. sukan seminggu..dua minggu dah membazir. pening utk kali kedua =.=' 

tugas2 tetap dan berpencen. dah naik hafal sebab tetiap tahun sama je. derang print smula yang lepas cuma tukar tahun je. pastu adala tambah2 nama2 baru sebab ada orang baru masuk.

agak hebat je penyusunan perhimpunan bulanan dalam jadual. tunggu dan lihat, "kebolehan terlaksananya" assembly ni.

Wednesday, January 18, 2012

kalo meting je mesti melalut lalut

2 comments:
patutnya harini ada sesi interview pemilihan pegawai cemerlang. tapi da cancel atas sebab2 tertentu, selamat ^_^ da tu pegi tukar kepada meting pertama kadet polis. tak pasal2 aku kena jadik s/u. derang ni kalo meting je mesti melalut lalut. dah cm org tua merepek je aku dengar. macam2 idea la keluar, nak buat itu ini. agaknye derang ingat aku ni spesis rajin nak join2 mende alah sme tu. 

tak suka la pegi ikut program2 luar ni. mengacau plan pengajaran je. dahla aku pegang kelas exam. kang x habis silibus, x masuk kelas. eleh, tahun lepas pon macam banyak je program derang rancang, last2 terpelanting mana tah. harap2, taun ni jadik macamtu juga la =D

tapi, this year derang cadangkan buat kursus kepimpinan sekali sebulan dekat ibu pejabat daerah. satu jam kuliah dan dua jam kawad kaki T_T benci kawad kaki. makin gelap kulit yang sedia ada.

seyesly, tak minat join apa2 program luar kadet polis. aku bukan budak lasak pon. sedangkan ayah kalo bawa masuk kebun pon dia tak suh wat keje apa. pegi main2 dekat kolam dengan duduk diam2 aje dalam pondok.

ww

No comments:

Monday, January 16, 2012

durian merah

2 comments:
malas betul nak bangun pegi keje T_T sampai2 kat bilik aku tengok ruang tamu dah pasang tikar getah. kesian, tempat org len sme pakai tile, kitorang dapat simen kasar berhabuk. ajis yang pegi beli tikar getah, jadik masa free kitorang sambung pasang kat semua area. sukses! last2 aku tak jadik duk kat dalam bilik sesorang. sebab xde kipas dan econ yang ada tu kesejukan nya x begitu memberangsangkan untuk sampai masuk ke dalam bilik tu. so, aku duk je kat luar dengan s/u spm. puas hati aku sebab duduk btul2 bawah econ. ihi.
 
bilik aku tu biarkn kosong utk letak brg2 exam dan sbg bilik solat. pasni masuk bilik dah kena buka kasut. malas pulak. sebab kekadang aku pakai wedges bertali. lecehnya.

 bebudak form 5 tolong pasang dan angkat meja2 bilik s/u pmr

nama aku tercalon dlm list interview yang pelik. kalo dia suh kawad. nak buat muka pelik jg sambil diri tegak2. biar failed, sape suh mandai2 masukkan nama aku.

 balik keje direk pegi rumah kak rin, ajar baby and girl math. best je ajar baby, dah masuk chapter 2. satu kali ajar habis satu chapter. ihi. syok ajar budak pandai. kak rin beli durian banyak untuk akak dia. ni durian sabah. kat semenjung takde. durian ni bentuk dia bulat2 xde terlonjong ke, senget sebelah ke. sentiasa bulat. duri nya pula halus2 tajam. kalo da masak, kulitnye kaler oren. 
tak sempat2 salin baju dah kopek durian. kalo aku, jgn harapla nak kopek2 ni. beli dalam packaging je. senang, tinggal mkn.

durian ni tak berbau. kalo da dekat2 dengan hidung baru terhidu bau nya. isi dia kaler merah. ada jugak yang kaler oren kalo x silap. tguk smula dlm gmbar ni, macam bukan durian pulak.

rasa dia lemak2 dan x berapa manis sangat. myb x biasa makan jadik aku x minat. just untuk rasa2 amik pengalaman bole la.

Sunday, January 15, 2012

sesi mengurut

2 comments:
semalam aku ckp tatau mn nk carik tukg urut kan? sekali pepagi lg karimah kol aku suh siap sedia sebab dia akan hantar sorang tukang urut dtg kat rumah. ekceli, aku x suke kn urut2 ni. sbb mesti tersiksa kesakitan. ms study dlu, aku pnh try urut kaki di gaya street sebb tergoda tguk ramai sgt pegi urut kat situ. skali dah sampai turn aku, mcm nak menangis je rasa. mmg x best. tp, kali ni aku beranikn diri try sebab karimah suruh. aku x pasan bape lm dia urut bdn tp perasaan time kn picit2 tu mcm biasala, hazab. sakit gila. sampai satu tahap mcm nak suh dia stop. makcik tu mcm pasan muke kerut2 aku. tp, dia cakap biasalah ni kn urut mmg sakit. tp, bile buat urutan spa aku rasa best pulak, bole sampai tetido.
perasan lepas di urut..ntahla. x dpt dikenal pasti, yang aku pasti wujud sedikit lebam2. tgukla, sm ada aku dpt tido nyenyak tak pasni.

Saturday, January 14, 2012

tak dapat tido T_T

2 comments:
sakit kepala aku x dapat lelap mata sejak balik sekolah semalam. agaknya dah lebih 24 jam. bayangkan, dahla semalam bangun nak g keje kol 5am. pastu sampai hari ni, saat ni aku takde tertido lg. tu la semalam aku takde wat entri. stress guling sana sini. tukar bantal takot x sesuai ke ape. tepuk2 bantal ntah bape kali siap kebas2 tilam. tv tu terbuka saje sebab aku tguk cerita bersambung2. nasib x meletup, kalo tak makin tambah terkebil2 mata aku. 

aku dah pasan sejak beberapa hari lepas balik sini, tetiap hari tido lewat around 12-1am. sebab mata xnak terpejam. pahtu mudah terkejut2. dahla kena bangun awal plak g keje. tensen betol x dapat menikmati tido sempurna. walhal masa kat rumah parents masa cuti ritu kemain aku asik nak pejam mata, malah terlebih2 tido.

nasib baik aku subscribe chanel2 movie, terhiburla mata aku yang terbuka luas ni. tapi, seyes kepala, leher, bahu dan seluruh badan aku sakit sangat2 T_T jiran aku dan karimah suggest soh g wat urut satu badan. tatau kat mana nak buat kalo di area ni. hmm..

pepagi dalam pukul 8am karimah kol ajak pegi tamu. bagus jg la aku berjalan bagi otak ni bernapas sikit. cepat2 siap pastu karimah datang amik depan rumah. 
 
aku tatau ape nama buah ni. karimah beli sebab dia cakap sedap berlemak. nak makan kena rebus. rasa dia, macam tak rasa ape2 kot.

karimah tgah pilih ubi dan keladi nak goreng untuk tea time.

 suke goda aku datang rumah dia sebab nak tguk tv flat screen ni. wakakaka. 

beli soto spesel kat tamu. tak dapat nak makan habis. tekak takde selera sangat sebab sakit kepala aku ni sampai naik panas2 juga badan macam demam.

 then, karimah ajak buat pau (: buat dua inti. kacang dan daging.

itu adelah akibat ketamakan karimah nak isi banyak sangat daging dalam pau. last2 xdapat nak bungkus. 

sebab nak makan sindri aje. comel2 la pau yang dihasilkan. karimah berlatih semula buat pau sebab nanti raya cina kena masak kuih ni.

ini la gian yang telah berjaya disempurnakan. pengaruh semasa berada di alam pekerjaan kat terengganu. kenapala benda2 yang mempengaruhi aku ni semuanya buat perabih duit aje =D
harap2 dapat tidola malam ni.

semalam aku menyanyi untuk muncets

2 comments:
sejak kapal muncets dah sampai destinasi terbaru ni, hari2 dia kol lepas habis keje sampai la dia nak masuk tido. aku sangat suka dan layan dia cakap sebab aku paham, dia penat2 keje dari pagi sampai malam tapi tetap amik masa untuk bercakap dengan aku. bukan seminit dua dia kol, sampai hampir2 nak habis batery bercerita. belum kira bab berapa banyak duit habis kol aku kat malaysia ni. haruslah buat dia gembira supaya hilang penat seharian dia berkerja.

semalam masa kol, aku tengah dengar lagu baru YUNA. jadi, mcam biasa mesti kena nyanyikan untuk dia. walopon sore aku x sedap kan. at least nak buat dia hepy nye pasal. aku berdendang la jugak. kalau dulu2 orang duk sibuk gile talking to the moon kan lagu by bruno mars tu? masalah moon ada satu jek. da xdek privacy. sme nak rebut2 cakap dengan bulan nan satu tu je. nah..skang pegi carik bintang sorang satu yang wujud kat cakerawala ni. ukir kisah cinta masing2 kat situ (: kompom tak hilang.

yuna-terukir di bintang


Thursday, January 12, 2012

ini kompom sedih dari ombak rindu

6 comments:
arini pulang lewat lagi ke rumah gara2 ketaksuban aku nak ada perhiasan wanita yang baru. sibuk mengurus la konon. kes tahun lepas aku takde beli satu pon jadi gian nya len macam skit. lagipon, ini la ala2 design yang aku nak sangat2 ada since 2009. so, xde rasa regret berhabis ;p x rugi kot, lagipon, hage emas kan tengah jatuh.

terus ke tajuk utama, tengahari tadi tempat keje buat majlis utk rakan sekerja yang dapat bertukar ke tempat baru. masa dia bg ucapan tu, seyes sedihla. aku tguk orang2 dah start kesat2 idung mata dengan tisu. maybe sebab dia ni sangat lama berkhidmat kat sini, adala 15 tahun kot. dari bujang sampaila kawin dan ada anak. ekceli, dia bertemu jodoh pon di sini. cuma, jodoh dia dengan suami tak panjang. bercerai mati. 

aku rasa, pasal ni la ramai yg sedih kot. sebab banyak sangat kenangan dia kat sekolah ni. tapi, tadi boleh dia cakap semua kenangan kat sekolah ni adalah manis untuk dia. memang tabah.

aku nantok da ni, esok kat skola aku nak tguk ada tak manila kad baru tergantung =D kalo ada aku nak join gantung jugakla. tapi, tengah pkir2, ape jawatan aku nak letak kat bawah tu. tadi muncets helo2 me again. hepy :)


Wednesday, January 11, 2012

simkad baru

No comments:

baru lepas bermanje dgn muncets. dia dah sampai destinasi dituju. sanggup beli sim kad baru sbb nak helo2. lama bergayut sebab lebih setengah bulan xde kontek. ihihi..malam ni dah bole tido lenyak.

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com