Tuesday, November 15, 2016

kundasang war memorial

2 comments:
 balik dari desa cattle dah petang kan. dalam jam 4 lebih gitula. nak cari makan la. lapor. padehal da makan pon masa kat homestay ada bawa bekal. tapi dasar perut dragon cepat je lapor.

masa nak cari kedai makan kat pekan lalu la kundasang war memorial. singgahla kejap. sebab nak bergambar punye pasal. masuk sini kena bayar jugak. skang ni seme pon rm rm okeh. 

masuk kena bayar rm2 kot dewasa. bawah 3 tahun tak payah bayar ke apa tak sure. sebab firaz and firuz tak payah bayar.

 susah betol nak amik gambo hero ni. tau la ensem. gigi atas tu x tahan tumbuhnye.

 yang dewasa semua posing maut habis. yang kecik comel posing tahape.

 dalam ni tempat utk mengingati tentera british ke apa masa perang rasanya kat sini. tu la pasal semua bendera australia aje sini. dengan segala dia punye sejarah la. aku tak baca pon. 

rasa macam pegi autralia ada. dengan suasana binaan ala2 english gitu. lawa ni kalau amik gambo wedding. jimat x payah habis duit gi oversea.

 seperti biasa posing ala che ta. sini ada banyak garden dia pecah2. ada macam2 jenis la. ada rose saje. ada cactus. ada orkid. tapi aku punye henpon da hang banyak sangat gambor.

 bile firuz da dapat aiskrim dah tak heran nak amik gambor.








ni area belakang sekali lepas dari kolam yang panjang tu. keje kitorang masa jalan kali ni lompat saje. ni la yang buat full memory sebab kena capture banyak kali nak dapat posisi perfect.

datang jangan tak datang sini. memang cantik amik gambar.

Monday, November 14, 2016

makeup orang nikah

No comments:
dah lama kejadian ni. tak ingat bulan berapa. lepas ni kena setting ada date n time kat henpon waktu amik gambar.

malam sebelum kejadian main mesej dengan fatimah, pastu tetibe dia tanya boleh tolong mekap kan kazen dia nak nikah esok pagi. ape dia ingat aku pro mua ke boleh main sambar2? hahah

tapi, ai except jugak le the challenge. walopon koleksi makeup macam malu2 kucing nak kasi keluar. nasib baik tone kulit dia sama aje dengan aku so bolehla pakai fondation aku. sebab takde keje aku nak ada koleksi shade banyak kan since ai bukan mua. suke makeup sinri2 aje. tapi sejak beranak pinak ni. mana ada aje calit sapu. asal tak jadi mak jemah pegi keje.

ni pakaikan dia fondation baru beli kot. makeup forever. haha..best tekstur. tak rugi beli. harga rm180 kot sebijik.

tak le hebat. tapi okla. ada rupa. kihkihkih

dapat upah jugak tau. lepas la makan kfc. yela bukan mua kan. calit2 aje kasi berseri. lepas dapat upah guna plak semula bayar duit topup fatimah. hahah...hampeh.

Wednesday, November 9, 2016

desa cattle kundasang

1 comment:
 sampai2 kat kundasang lepas check in homestay tu kitorang jalan tempat yang dekat2 dulu. memang homestay tu dekat dah dengan mersilau. jalan naik keatas aje. jalan nak kesini memang tinggi ok. siap sedia aje la bau hangit enjin. yela, kete comel2 macam aku ni. hihih. tak perkasa nak daki bukit2 tinggi. tapi lenjan aje la.

kenapa kena pergi desa cattle? sebab nak bergambar ala2 bergambar di new zealand bersama kawanan lembu tompok2 hitam putih. dengan kabus2 lagi sejuk. takde la sejuk mana pon. kihkih

 kat sini ada jual produk2 tenusu macam susu, aiskrim. cheese. pizza. tapi musim cuti sekolah ni semua sold out bile dah petang.


 sampai kat sini kan petang dalam pukul 3 lebih. memang waktu lembu perah susu. tengok dari kawasan khas dari atas. bukan kau pergi perah pakai tangan depan2. ni zaman canggih. pakai mesin. cepat sikit. byk lembu nak dikejekan ni.

 ada juga kawasan untuk pegang lembu dengan bagi makan. kena beli rumput khas untuk bagi makan tu.

aku dengan ibu ayah malas dah nak merayap ke tempat bagi makan anak lembu tu. sebab awal tahun ni kitorang pergi dah pun. so lepak2 kat depan amik gambar banyak2. tu cucu asik la melekat dengan atuk. apesal tah. 

nampak belakang berkabus2 tu. memang lawa amik gambar. lembu pon masa petang2 ni berkeliaran tak ingat dunia. jadi lainkali nak pergi sini pergi petang2 lah. nak selfie dengan lembu terus pon boleh. datang pagi2 lembu tido lagi tu.

okbai.

 

Friday, November 4, 2016

zoraini homestay, kundasang

No comments:
masa pegi kundasang cuti depavali tu kitorang stay kat sini. untuk orang yang bawa keluarga banyak duduk sni sesuai. sebab ada dapur pastu katil banyak. sewa pon ok lah.

aku sewa bilik ada 3 katil. 2 jenis katil double yang bawah besar atas kecil. satu katil lagi double atas bawah sama saiz. total boleh muatkan hampir 10 org dewasa lah. sewa untuk bilik ni rm150 semalam. check in pukul 12 tengahari. check out pon pukul 12 tengahari.

tuala ada sediakan boleh minta dengan tuan rumah. sabun peket kecik pon ada bagi jugak. jenama may. hahah.

sewa sni bagus sebab dekat pekan. senang nak pegi makan.tak sampai 5 minit pun.
 


 ada bagi tv jeban sebiji. tapi nan hado siaran. ada kettle, cawan pastu ada bagi kopi instant. pinggan xde la ye.
 

 tandas kat luar bilik. share. takde water heater. aku tak mandi pon. haha..gosok gigi aje. agak leceh la sebab kena pakai elok nak pegi tandas. 

 ruang tamu kat luar terbuka. share2 lah.
 
ni tempat makan ramai2. kat luar jugak. siap bole bbq. bagi aku, setakat nak duduk tido ok je. sebab bile datang sini biasa aku jalan manjang. balik bilik tido jer. kalau nak honeymoon jangan pulak kau pi gatal nak tido sini. tak romantik langsung u.

Wednesday, November 2, 2016

cuti2 depavali

2 comments:

cuti depavali tahun ni panjang jugak. jadi bagi cadangan kat parents suh datang la sabah ni untuk habiskan tiket waran yang ada. sebab my mum tak nak datang terlalu lama. sebab banyak keje kat rumah sana nak setel. so, datang cuti kalini memang sesuai la sangat. sebab 5 hari aje. padahal berapa minggu lepas baru aje ayah datang sorang ziarah cucu dia.

sampai hari jumaat aku ambik kat airport. firaz aku ikat dalam car seat kat belakang. melalak aje sepanjang jalan. hishh..lama2 dia penat melalak tido. 

ni la, dah sampai airport punya awal sebab kang lambat sangat kesian pulak dorang tunggu lama. aku melepak dekat mcd. takde benda baru nak cuba. beli mciken dgn eskim aje la.


ada dekat sejam jugakla berkungfu dengan budak berdua ni dalam airport sementara tunggu dorang sampai. ni ha, sampai2 terusla balik. takde gi mana la. sebab da lewat petang. yang datang totin, ayah dengan ibu.
taun ni totin datang 2 kali la jugak. ayah datang 3 kali. ibu pon datang 2 kali.
 ini malam tadi. dah demam muntah2. banyak sangat jalan dari hari jumaat sampai selasa. cepatla baik.



Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com