Friday, April 12, 2013

cekak rambut dah patah T__T

7 comments:
punye lama pakai ni, since dari sekolah menengah, bawak ke matrix pastu sambung lagi guna di university. sampai da masuk 5 tahun keje pon masih setia dgn cekak ni. ada jugak beli design2 lain. tp, x sesedap cekak rambut ni. dia grip rambut elok2. xde jadik selekeh rambut berterbang lpas lama2. mmg sng guna bagi student2 study n tym wat kje. nak2 rambut panjang depan kan. asik2 nak cucuk masuk mata je.

susah hati, xde cekak pengganti ... murah je beli dlu. rm satu ringgit.





selamat tinggal, terima kasih atas jasa2 mu selama ni.

banjir (:

4 comments:
tajuk entri banjir, tapi bole plak wat simbol senyum ek?

setelah dua tahun penantian...=p menanti nih.. akhirnya banjir besar melanda lagi jalan2 nak pegi sekolah. menyebabkan kitorang yang guna kete2 kecik n lowered ni xleh la nk menyeberang pegi keje. takot oii enjin masuk air. jahanam. 

pnah dulu ada sorang cikgu ni, dia lanyak je seberang. konon best la bole bawak kete tenggelam separuh lalu kat air tu. skali esok, workshop je destinasi kete dia seterusnya. enjin kelemasan dengan air. keinsapan mu sudah terlambat.  

pengajaran...dah tahu, dah kena nasihat, jgn wat bijok.

gambar2 ni sme bukan aku yg snap. sme ihsan dari member2 yg tersadai tak bole melintas banjir tu. jalan utama ni memang btul2 sbelah sungai besar. kalo air naik tinggi sangat. memang melimpahla ke jalan. pulak tu, jalan ni dia buat macam terendah, macam membentuk kolam plak kalo banjir. bertakung dalam kat situ.


 ada jalan yang naik sikit2 je bole la redah. paras2 tayar okla kan.


ni jalan yang tinggi sikit. so, x melimpah sangat.


kesimpulannya, kitrg sme tak keje pon rini. horeyyyyyy!!!!

patah balik ke pangkal jalan. aku otw pulang trus jumpa pak adi, fiza & mimi kat pekan. kitrg bekpes dlu seblom balik. alang2 da cantik2 semua. pki bju keje lengkap mekap gtu.

ingat nk bekpes roti canai. skli je kedai tu baru nk bukak. mamak sedap tido ujan lebat dari malam sampai pagi kot. 

tadi menyempat aku pegi facial. hahaha..dalam2 perut makin beso. otak aku ingat lagi nk berfacial bagai. rutin tu...every month aku buat if sempat. paling2 lama aku x datang pon 2 month la. tu pon semak da aku tguk alien2 kat muka.  

balik2 tguk pekan pon da start jem. banjir da naik ke pekan jugak. jalan utama sebelah sungai tu memang x bole lalu. 

fuhh...nasib baik aku da isi minyak semalam lepas pegi check up tu. sebab stesen minyak pon dah tenggelam.

klo ujan hari2 best ni. ada harapan cuti lagi bersambung2 =D mentang2 la silibus da hbis. elok je aku da start nak cuti2 kan?






Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com