Friday, November 4, 2016

zoraini homestay, kundasang

No comments:
masa pegi kundasang cuti depavali tu kitorang stay kat sini. untuk orang yang bawa keluarga banyak duduk sni sesuai. sebab ada dapur pastu katil banyak. sewa pon ok lah.

aku sewa bilik ada 3 katil. 2 jenis katil double yang bawah besar atas kecil. satu katil lagi double atas bawah sama saiz. total boleh muatkan hampir 10 org dewasa lah. sewa untuk bilik ni rm150 semalam. check in pukul 12 tengahari. check out pon pukul 12 tengahari.

tuala ada sediakan boleh minta dengan tuan rumah. sabun peket kecik pon ada bagi jugak. jenama may. hahah.

sewa sni bagus sebab dekat pekan. senang nak pegi makan.tak sampai 5 minit pun.
 


 ada bagi tv jeban sebiji. tapi nan hado siaran. ada kettle, cawan pastu ada bagi kopi instant. pinggan xde la ye.
 

 tandas kat luar bilik. share. takde water heater. aku tak mandi pon. haha..gosok gigi aje. agak leceh la sebab kena pakai elok nak pegi tandas. 

 ruang tamu kat luar terbuka. share2 lah.
 
ni tempat makan ramai2. kat luar jugak. siap bole bbq. bagi aku, setakat nak duduk tido ok je. sebab bile datang sini biasa aku jalan manjang. balik bilik tido jer. kalau nak honeymoon jangan pulak kau pi gatal nak tido sini. tak romantik langsung u.

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com