Monday, April 29, 2013

review: eyliplex-2

7 comments:
aku penatla rini. peha kanan sakit betul. macam x elok dah jalan. nak jalan pegi kelas berkire2 jep. gagahkan diri la berjalan & berdiri mengajar dalm kelas, tp, kejap2 aku duduk. sakit nye la kaki.. panas jangan cakap. berpeluh2 la muka & leher dengan badan ni. melekit.

tadi aku da jumpa pengetua mintak cuti awal seminggu kan. cisss...dia mcam xnak bagi okeh. dia nampak aku cam steady2 aje. ke sebab perut aku x ketara ke depan gitu, so dia cam pelik nape aku nak mintak cuti awal. trus aku cakap, minggu ni masih keje la. aku amik cuti awal seminggu je kot.

siap mintak surat hospital bagai, sedangkan aku dah mintak cop sokongan dari kkia. dia x caye plak. aku dah la x amik cuti melampau awal. ko banyak cite plakkkan. kalo ikot hati, aku dah lama nak chow je. sapela nk beranak kat sni dgn takde laki, takde family sme. 

syukur la skit, aku x macam org lain yang 8 bulan je da gedik2 nak balik. aku ni, da dekat nak sampai masa pon menapak keje. padehal ritu awal2 aku dah plan dengan cets nak amik cuti tanpa gaji je. last2 x jadik. penat plan. dah cecets membebel nape x ikot plan asal tu.

kadang2 rasa apehal la aku kuat2 ni g keje. klo tahu, wat2 je lemah x bermaya. amik je cuti slalu. sebab orang lain, skit2 je cuti. pastu balik awal. x pkir pasal studentnya tertinggal silibus ke apa. 

okehh...emoooo....ahahahah...esok sambung ketip soklan fizik lagi bagus.
 

marilah me"review" lagi. ni eyecream, untuk orang yang ada masalah kekeringan area mata yang menyebabkan munculnya wrinkle/garis2 halus dengan lebih cepat sebelom datang waktunya. skema ayat aku? pastu dia jugak kasik tegang area2 sekitar mata. bile dah tegang, maka takdela wrinkle kan? pastu bole la kite mekup dengan cantik tanpa bercapuk2/fondation tertepek2 dekat garisan halus bawah mata tuh. kan ke buruk.

cream ni didatangkan dalam 2 bekas skaligus, pakai untuk pagi dan malam. aku malas nak snap mcmana bentuk bekasnya. 


ajaran pemakaian (: pakai sekali pagi, sekali malam. jangan pakai banyak2 ek. skit2 je. kang belendir keliling mata plak.


hasil dari pemakaian ni, mata aku lebih senang nak mekup. means berkesanla. lagisatu aku suka sebab dia cepat meresap. jadik, jimat masa. sebab aku pakai ni seblom mekup. kang kalo belendir2, kn amik masa plak nak mengipas kasik dia kering. ni xyah mengipas. kejap je resap.

hage: x menjimatkan poket. 100++..tapi tahan lama. aku beli tahun lepas, blom lagi habis.

bau: xde bau

kalo habis nak beli lagi: yep (: sbb dah percaya dgn brand ni. xtau la klo terjumpa lg bagus dr ni pasni. tp aku dah baca byk review, mmg ni berkesan.

mana nak beli: sasa (:

daaaaa....esok xde kelas pagi. rasa hepi utk kaki ku...eheee...


Sunday, April 28, 2013

sarung untuk iron board

7 comments:

aku ada satu peel yang tak bagus waktu iron baju. ske bukak level sampai 5. banyak dah baju aku dimakan iron dek perangai buruk ni. selain baju jadik mangsa, dashbord pon camtu jugakla.
 

so, amik keputusan beli sarung baru kat cosway. aku cam suke jugak la beli brg cosway ni. sbb memang ada kegunaan nya di rumah. cosway pulak mmg ada 2 branch kat sni. lg la laju nk membelinye. sejak pki sarung baru ni, elok plak takde nak lubang2 ke apa walopon panas btol volume yang aku bukak tu. sebabnya, kainnye memang jenis lasak dan tahan panas. good! x membzir beli.
 

murah je..sape2 ada tabiat buruk cam aku. bole la beli jnis ni. mmg pasni x lobang2 dah dashbod tu. petua mengelakkan bju lobang, pastikan iron di try dlu atas dashbod. dashbod belobang takpe, jgn baju belobang, nangessss..kih8..cian dashbod jadik mangse pelobangan kan?

Saturday, April 27, 2013

tanda2 awal kaki nak bengkak

10 comments:

kaki i dah mula mendebab (: perasan hari jumaat. sebab jumpa akak sebelah bagi duit upah jahit baju kawan kirim. dia dok tguk kaki & perut. dia ckp, perut x membesar sgt. kaki pulak mcam dah nak start bengkak. dia tekan2 kat tepi la macam nampak naiknye. 

blom ada rasa sakit lagi la tang kaki ni kalo jalan. cuma rasa beban tang bawak badan tu normal la.

tadi aku ada sekolah ganti. buat gotong royong. menapak la aku melayan karenah budak2 form 1. terduduk saje la...dengan berpeluh2. 

takdo byk benda dapat menolong nak ceriakan kelas. memberi arahan saje la. 

balik sekolah pegi pekan amik gaji. pastu nak bayor det kete skli atm tu rosak daaa...trus aku stresss...skali je...tguk2 aku da mendrive ke kk. alang2 kan...xde keje. 

berjaya jugak aku drive g kk dengan keadaan cani. sinri pon x caye. nasib tuhan permudahkan perjalanan aku mendrive 2 jam tuh.

lepas bayar2 sme..singgah serway soping brg makanan. skali arung la. 

balik2 umah x jugak pengsan. sambung wat keje2 umah lak. ni baru la merasa nak baring2. haihh..hebat pulak pinggang aku nih. maybe penangan makan 4 biji kalsium shaklee tu kot? =p

pasal cerita sedih tu. masih lagi membuat aku susah hati. tu pasal tetibe je aku drive g kk. membawa hati lara la konon. padahal, xde pon aku dapat makan mcd. mula2...kemain nak benor mkn mcd. skli terasa malas nk carik parking.

harap2..masalah ni selesai cepat. xnk susah2 hati da akhir2 ni. stress aku otak asik berpkir. sampai tdo pon x lena dah.

Friday, April 26, 2013

COMBO GIVE AWAY BY INTAN

8 comments:
marilah mari..klik di SINI


me tagged fyza and najwa

Thursday, April 25, 2013

check up di kkia 37 weeks +

11 comments:
minggu ni aku rasa sangatla x selesa dah nak pegi mengajar. aku rasa mcam perut dah ada di bawah arasa punggung berat nya, macam dah x seimbang. kalo dlu rasa ok sebab berat nya di tengah2 kot? 

skang nak menapak naik tangga paling terasa. terasa sungguh la siksa membawa badan setapak setapak panjat tangga. sebab bawah beratkan, tarikan graviti makin kuat. gitoooo...

tapi seyes x tipu. aku rasa mcam, oh pelisss...x sanggupnya nak naik pegi bilik guru & masuk kelas2 bangunan lama tu. aku kena menapak naik tangga ke semua kelas2 yang di ajar. cume fizik je masuk lab. 

tapi, still kena menapak naik tangga trun tangga utk ke lab. nangessss ko dalam hati minggu ni. slalu aku relax je. tapi, minggu ini tidak lagik. 

memikir naik tangga satu hal, memikir berdiri time buat penerangan kat pelajar lagi satu hal yang terbayang2 dalam kepala aku. sadis2..aku hepy nak mengajar, tp keadaan diri tak mengizinkan buat aku nak mengajar dengan sempurna..sobssss...

ok...lari tajuk =p

balik keje tadi aku direct ke kkia utk check up. xnak balik umah sbb malas la nk idup2 kan enjin kete balik pastu bsiap2 lagi nk ke klinik tu. lagipon, aku arini nak mintak surat sokongan dari docter utk mohon cuti bersalin awal dr edd. 

kalo minggu ni aku dah x larat menapak, rasa2 minggu sampai akhir tu..kompom lagi lerrr tak. lgipon, aku rasa x selesa dah nak drive, maybe sebab perut dah kebawah kot? 

tadi just cek biasa la, amik darah...gile banyak nurse tu amik. penuh satu tube. nasib x sakit. 

hb trun lagi la plak. 10.5..adoiii...tp, nurse x bebel. so, aku wat2 taktau, xnk tya ape2 =p dia cek rahim ok, cek kaki pon xde bengkak. dia belek2 kaki sambil tekan2 sna sni. maybe pelik kot..xde bengkak langsung. bagus la nurse x bengkak, kang lagila aku bercinta nak menapak ke kelas. 

berat pon ok, naik sekilo dalam masa 2 minggu. skang dah 61kg. aku rasa, penimbang umah ni cam da biul kot? huhu..maybe sebab seblom2 ni dia asik menimbang berat yg ringan2. skali dah smpi 60++ dia pening.

aku tya juga nurse, rasa2 bile aku boleh bersalin? dia ckp, lain orang lain cepat lambatnya. aku macam x sabar btol la nk beranak. macam kalo ayah aku xde sempat dtg sni pon aku macam x kisah dah. kalo nak beranak, beranak ajela. redha dah ni.

tp, beg aku lom siap kemas. beg baby je aku dah kemas..eheee..

cuti aku dah kena approve dgn docter, so minggu depan last aku keje sampai friday. sejam je dok klinik. 

skang, aku kena bekerja keras siapkan paper exam fizik form 4 & 5. 

sebenarnya sedih ni. balik2 dari klinik je igt nak celebrate hepy pasal cuti awal kan. last2 sedih gituuu...sedih bukan pasal cets ke, bukan jugak pasal baby ke, pasal pegnen ke...me hepi je dengan pengalaman ni semua. pengalaman pegnen jauh dari cets, pengalaman berdikari sepanjang pegnen ni. 

sedih pasal lain...T__T xpela...ada la tu hikmahnya dan jalan penyelesaian.



Wednesday, April 24, 2013

sangat berkesan!

10 comments:

dah masuk bar ke-3 ^__^  esok review. manatau ada berminat nak try.

Tuesday, April 23, 2013

37 weeks

11 comments:
genap 37 weeks. masih blom ada tanda baby nak kuar. amboiii..best yep dok dalam ni, mumy angkut hari2 g sana sni. hihiks..

updated tentang keadaan diri:

kaki blom ada bengkak. masih bole muat pakai kasut keje pink pudar ku yang dah naik lusuh itu. tahan betol r kasut tu. berbaloi beli. x mahal pon. rm50 jep. 

cuma peha kanan memang sllu lenguh la. sbb kaki kanan byk wat keje kan banding kiri. 

malam plak kalo tido. mesti kena simpul biawak kat betis tu. sakitnyee...merengek2 la me sorang2 menahan kesakitannya. xle gerak2.

berat timbang sinri di rumah dah 60kg. wehuuu....hebat! patut rasa berat gile kaki melangkah untuk ke kelas. jalan dah x bape boleh berdesup. suam2 kuku je pergerakan ke kelas. pastu kalo dalam kelas, berdiri lama2 buat aku rasa nak tumbang. bahaye btol. 

perpeluhan semasa mengajar semakin menjadi-jadi. menitis2 peluh trun dari muka. rasa nak beli kipas letrik kecik comel tuh sangkut depan muka masa ngajar =D bio sejuks.

perut makin bulat, besar dan lebar. stretchmark baru nak menular. tapi, aku macam kisah x kisah je. sapu minyak if dekat rumah. masa g keje aku malas btol nk sapunye. 

berdasarkan aku tguk perut ni, aku jangkakan, baby mesti dah makin besar. sebab scan minggu lepas dah 2.7kg jisimnye. so, this week kompom bertambah punye. 

pergerakan baby sangat aktif. nak2 bile dia dgar suara aku time mengajar. mesti dia menari2 dalam perut dengan riang ria. yang bagusnya, kalo aku tido malam, dia sama2 ikot tido. gud anak mumy ni. cume ada la skali skala if dia terlebih aktif..dok menunggu dia nk brenti main dalam perut tu. mmg xdapek la nk tido.

tak boleh berpusing2 badan semasa tido dengan baik. sakit tang pinggang, perut lah. kena berhati2 kalo nak ubah posisi tido. tapi, nak bgitau la...kalo da akhir2 ni. takkan jupe posisi tido yang melenakan. kejap2 je da lenguh. tangan dan kaki lagi cepat kebas kalo tido satu posisi. 

nafsu makan bergantung kepada keaktifan baby dan mumy bergerak. biasa kat tempat keje aku akan makan banyak. pagi wajib brekpes dan thari aku akan kunyah2 kuih. petang dan malam ikot mood. tak kebulur sangat. sebab balik umah dah xde wat keje berat. setakat basuh baju, kemas2 mende ringan dalam rumah. xpenat. jadi x lapar sangat.

vitamin wajib makan. terutama kalsium. kalo sehari skip, gigi berdarah teruk. baby masih menarik kalsium dari mumy dengan gigih ye? cian la mumy lepas ni kena tulang rapuh. kihkihkih.

tu saje...khamis ni baru ada check up di kkia lg. malasnyeeeeeeee.......




Monday, April 22, 2013

duit bergantungan

6 comments:
harini mood aku x baik. patotla aku rasa cam ada tak kena je masa kuar dr pintu rumah, rupenye ada mende x best bakal jadik. huhh...spoil je perjalanan keje sampai balik. 

tp aku dah positipkan balik pikiran skang. pastu dah emel dgn cecets share luahan perasaan. penting tu sharing2 masalah. nanti pendam2, kesian kat baby. mumy stress..

bile rsa stress...tguk pic lama2 dalam laptop. terubat rindu ^__^ teringat benda2 buat sama2. rasa best!

rasa mcam banyak kali plak cite pasal derg main badminton. mmg kalo da sme adik laki berkumpul, inilah game yang derang akan buat. sbb....xyah bazirkan det. dewan pon xyah bayar. inikan bengkel tempat ayah keje, so nak main bgtau aje. oke punye.

sebelom main, masing2 kena kuarkan duit dlu. sape menang dapat duit tu. dari aku kecik sampaila beso. gini la tradisi main badmintonnya.
 


masa gantung duit...senyum je kan. dalam hati gaknye bercakap.."duit ni kejap lagi berada dalam genggaman aku"..hahahaha



bile duit bergantung depan mata...baru rasa bersemangat main.


tgukla faeq n supi (kazen) main dengan muka bersungguh btol nk menang.


set kedua. angah main dengan senyuman jek. sbb hampir dengan kemenangan.
 

dekat kedai dah. masa untuk menggunakan duit kemenangan yang diperoleh. kalo tguk muke faeq ni, ko rasa dia menang ke kalah? kihkihkih..


senyuman cecets...ni la muka juaraaaaa...bini kat sebelah malas layan perbualan mereka. asik dengan tab saje.
 

makan abc...meraikan kemenangan. duit2 yang bergantung tadi guna balik untuk basahkan tekak & makan2. xde pon masuk kocek sinri. gitulah...jgn ingat plak duit tu duit pertaruhan ek. saje je wat gimik gantung2 duit tu. padehal...x dpt pon. kn guna semuanya habiskan kat makan lepas main jugak.

yang di cari derang ni, kepuasan bermain & kehebatan skill masing2 dapat di tonjolkan. gituuu..

Sunday, April 21, 2013

sedap tapi mahal

14 comments:

ice cream ni first time aku makan. tu pon cecets yang belikan masa brenti kat r&r utk solat. masa tu otw balik umah mak. kan aku ske makan mende manis tym pegnen ni. so, cets offer belikan eskim ni.  supaya me dok senyap2 dlm kete makan. cets mmg suke mnjakan aku dgn makanan. mana x gemok bile dok sama. igt makan aje. amik yang 2 scop je. sbb baru nk try.

mmg manis la eskim ni dan sedap. cuma mmg xle makan byk2. 2 scop pon da ckup.

mahal kan eskim ni? kat sabah takde rasanya branch BR ni. sepanjang aku dok dengan cets tahun lepas. 2 kali dia belikan eskim ni. sekali lagi tu masa di mahkota parade melaka. yang masa di MP aku mintak 3 scop sbb tamak. mak aiii...makan masa nak habiskan. sbb manes sgt. 

lepas bersalin ni, xtaula suke ke tak lagi nk mkn mende manis2 ni. sbb, me x ske mkn mende manis sbenanye. ms pegnen je hormon berubah.

cayang cets, sllu bwa me makan masa sama2. muaxxxx...

diberi sebuku roti

6 comments:

cgu hairol bagi kat aku. sebab dia baru beli breadmaker. so, aku cakap nak try rasa. nah skali dia bagi sebuku trus. 

tekstur roti ni, kulit dia ok. sedap. cuma isi dalamnya lembut sgt. kn potong guna pisau tajam. klo x hancur roti jadinya. pastu kalo dikepit...means..klo da sapu planta tu ko pegi kelepet. dia trus terburai. sbb lembut sgt. 

rasa cam roti biasa. but still xle kalahkan roti gardenia smenanjung. 

aritu aku kemain teringin nak beli sgt breadmaker ni if ada rumah sinri. trus lpas rasa ni, cancel. tp xtaula nanti2 kan. eheee...cume wat masa skng xnk kot.

btw...very tq to hairol. sbb rajin nk watkan n bagi me rasa roti yg dibuat oleh breadmaker nya.

resepi hotdog roll agak2 aje...

6 comments:
brekpes pada hari ni..hotdog roll with milo. senang hati dpt mkn kuih yg asik di impikan. sebab jiran sbelah dah x menjual kuih ni lagi. rindu sgt nk makn.

opkos handmade la. ko gile nak beli kuih yg sama satu besen ni? percubaan pertama yg berjaya. bahan main hentam masuk2. xde timbang kati punye. agak2 saje. nasib jadik dgn gembira kuih2 ku semua.


meh aku bg resepi hentam itu...resepi aku ni xde guna telur.

bahan2 nya:

tepung 3 cawan besar mug besar
susu pekat manis 2 sudu besar
gula 6 sudu kecik
mauripan 1 bungkus
air suam 1 setengah cawan
mentega 2 sudu besar

cara membuat:

masukkan gula dan mauripan separuh dalam air suam. kacau sampai larut. kemudian ketepikan.
masukkan baki mauripan dalam tepung bersama susu pekat dan mentega. gaul sampai sebati.
campurkan air suam yang diketepikan sikit2 sambil uli tepung tu sampai la menjadi doh. 
agak2 la. jgn lembek sgt, jgn keras sgt.
kalo rasa da sedang2 lembut tu. xpayah habiskan air secawan pon xpe. 
uli doh sampai takde tepung melekat di tangan. kire ko tguk  tangan bersih dan tepung2 dalam besen sme melekat antara satu sama lain dengan berjaya. maka, btulla tuh.
bulatkan doh.
tutup doh dengan penutup ape2 je.
biarkan selama sejam supaya dia kembang.
lepas sejam uli lah panjang2..pastu lilitkan di sekeliling hotdog.
goreng...pakai api sederhana. rajin2 balik2kan. karang hangus sbelah.
siap...makan.
untuk sukatan ni, maybe bole dapat dekat 20 biji ke atas. 

okeh, da kenyang..next mission...iron baju seminggu punye pulak daaa...uhuks. klo rajin. if malas. selai je la dlu. penat & lenguh plak badan sbb ngemas rumah buang sawang2 tadi.

Saturday, April 20, 2013

segmen template paling cantik , kemas dan ringan 2013

No comments:
alang-alang menyeluk pekasam, sebab dah ubah templete baru. bagus aku join segmen ni.

 

sape2 rasa template dia paling cantik tu, joinlah ye. klik banner atas atau klik SINI. hadiah mengancam menanti kita semua (:


menikmati secawan nescafe rich

4 comments:
berseorangan lagi di hari sabtu yg indah. dah biasa (: bangun2 aku kemas dapur & angkut sme sampah ke luar. paling beso sampah, 2 bijik kelapa. semalam tebuk dua bijik trus kasik habis. air nya simpan dalm esbok. alang2 menebuk, tebuk sme trus.

mandi, basuh baju sambil wat bekpes. tekak masih lg berkeinginan nk makan jemput2. tapi pagi ni campur kentang, bawang & ikan bilis yang ditumbuk bg lembut. kemas2 almari makanan kering terjumpa nescafe, trus bancuh. sodap! berpeluh2 makan. 

tapi bab berpeluh tu, klo x makan pon mmg akan bpeluh juga. nanti kalo korang pegnen tahula. masuk je dekat2 nk 8 bulan tu. panas saje badan. peluh menitik2 mengalir. padehal duduk2 saje je. asik la nk mandi. tengah malam pon mandi. padehal, x bole patutnye. bole kena paru2 berair.

cuma klo umah korang ber aircond xdela kes cam aku. umah aku ada kipas je. hihi.


minum dalam cawan boboboi...dapat free beli colgate. me kdg2 layan je cite ni. best jugak.



lagi sedap kalo dpt makan dengan roti ni kan? me dapat mgu lepas sebijik, ada org letak atas meja. smeorg dlm bilik me dapat roti ni. tp, xtau sape yg bagi. huhu...dah selamat telan pon. 

me kadang2 spi nk suh je adik belikn roti gardenia byk2 then pos ke sini. suke sgt makan roti. klo bli roti sni x sedap. uhuhuhu....

Friday, April 19, 2013

hello...bulan depan dapat bonus

5 comments:
hellooo....yeayyy...cecets kol. kapal masuk port. so ada line. eheks..me opkos tau pasal henpon tu takde org len akan kol. xcept him. trus mummy xcited kan. baby pon kemain bergodek dgn hebat dlm perut ye. trus kompius, baby bergodek sbb suke dedy cakap dgn mummy ke sbb dia mintak makan ek? 

sambil koling2, mummy makan jemput2 kentang. baby ni, nak makan sedap2, tpaksa la mummy bancuh tepung menggoreng..ngap2 laju je makan sampai habis. mesti dedy stress masa cakp2 tu. mumy ni asik bg baby makan je. masa dedy ada, nk tanak je masak. 

banyak ckp dgn dedy. rindunye..hihi..

bonus? bukan me la yg dapat bonus. tang mana plak gomen nk bg bonus lagi. moments2 indah cucuk kad di bank tetibe...terbeliak mata tguk gaji byk sbb tambah bonus tu sda berlalu lama. tah bile nk dapat bonus nye lagi.

cecets la dapat bonus..syukur, murah rezki. tym2 nek kapal ni la company offer bonus. trus offer me hadiah. suh beli emas sbb harga emas kan tgh murah skg. kan? so, tgh pkir2 nak beli apa pulak nye. dia suh invest det tu ke tempat yg lebih berbaloi. 

malam ni bole r berangan dlu ek nak design cane. berangannn je, bli lom tentu ye.



muaxxx utk cecets..i miss u so muchoo

menebuk kelapa dengan gigih (:

6 comments:
sejak da masuk 8 bulan ni makin rajin minum air kelapa. tapi masa awal2 preggy dlu. punye tringin nak minum, masa tu awal baru masuk 4 bulan. tp, apa yg aku perasan tiap kali minum masa trimester 2 tu. bile minum skit je pon da sakit kat ari2. so, aku stop minum. sebab org ckp mmg x le minum kalo trimester 1 & 2. kdg2 bole wat gugur. 

pastu ada jugak aku g klinik tya, bole minum air kelapa tak? dia jawab..kalo trimester 1 & 2 jgn minum. trutama kalo minum rasa sakit2, berhenti minum. sebab kalo minum jugak mmg ble gugur takpon myebabkan kelahiran bayi pramatang. 

tu pasal aku stop minum air kelapa. da masuk trimester akhir ni. baru rajin minum balik. aku ske minum sbb manis la ape lagi. ehehe...lgisatu, cets asikla pesan..minum air kelapa..minum air kelapa...da cam point penting yang perlu dia tya je. so, xnk la kempunan kan keinginan cets. me pon, rajin2 la minum. ehh?? sape yg patut kempunan? =D

nasib baik kat sabah ni byk je jual buah kelapa. cuma kat bpot ni xtau nk beli mana. me kirim kak mimi belikan di kk. sebijik rm3 - rm2.50. sebijik bole kasi penuh 2 botol mineral kecik. jadi, bole la sebijik tahan utk minum 2 hari. kadang2 klo da x sedor diri, habis juga sebijik aku sedut minum. ehee...


kak mimi beli masa ni blom lagi bertebuk. jadi, balik umah aku tebuk la guna pisau. x susah pon. tinggal kopek skit je. cume nye, isi dia xdela aku dpt mkn. xde larat kot aku nk membelahnye. 

banyak kelebihan minum air kelapa ni masa akhir2 dah dekat nk bersalin. terutamanya dia membuatkan kepala baby yg lahir bersih. lain2 kalo nak tahu google. me malas menaip. malam ni nak menebuk lagi sebijik. semalam punye dah habis minum.


cuci kete

2 comments:
kete dah penuh conteng, tandanya kena pegi cuci kete. suh besihkan luar je, sbb dalm memang bersih. rasanya macam dah dekat sebulan lbih tak cuci. so, memang berbaloi la hantar kedai. nak harap aku basuh memang xdela. rasanya sejak tahun 2011. aku rajin hantar kedai dari cuci sinri. bole bilang guna jari setahun cuci kete sinri. lagipon murah antar kedai, rm7 je untuk cuci luar.


cuma kalo cets ada rumah, dia la yang membelai polish selalu. cuci body, skli enjin dia lap kasik bersih. aku ni, cuma tahu cuci kete n tiap 3 bulan pegi tuko minyak itam.

pastu kalo cets da pesan suh tuko2 part kete lepas bape2 tahun. barula aku menurut perintah. eheks..gitu je la cara aku menjaga kete. lelen xde.

trus tadi isi minyak. mlas da nk kuo masa cuti sabtu ahad. duk dalam umah je berkurung tguk tv. sambil rileks.

total penggunaan minyak seminggu ni rm26. okela kan? x kuat sangat pakai minyak. jimat2.

Thursday, April 18, 2013

inai di kaki

No comments:

cantik ukiran, me like! masa ni pki sbb eczema di kaki truk. sampai terkopek kulit kaki tu. buruk btol nmpk. so, kover dgn pki inai ni. lpas pki inai, dia oke skit. daun inai kan bole ubat sakit kulit. 

fyi, inai yg derg gn utk ukir ni, bukan dr tiub2 yg jual kdi tu. ni inai daun tumbuk sinri. kaler2 tu jadi, sbb dia pki pewarna kuih. cmpur dlm daun inai yg ditumbuk tu.

dan corak ni tahan hampir seminggu lebih.
 

sape nk kawen bole r g bazaar karat jb wat. dua belah kaki baru rm40..ini harga kalo ukir inai berwarna. kalo just pakai kaler merah biasa tu. dia cas rm20 je.

kristal oh kristal

2 comments:
kadang2 datang time gedik aku terpegi pasar pilipin tu. mesti rambang mata tguk kristal bersinar. uhuks..tapi yang ni aku buat dekat jamilah. kedainye area sinsuran ke? aku x sure tempat tu namanya ape. tp, kalo suh aku bawa g sana, aku bole tunjuk jalan. 

aku terbuat ni sbenarnya, padehal masa tu nak belikan barang kiriman ibu aku. bsela, kalo nak balik kampung je, ada la benda2 yang ibu aku suh bli bawak balik. 

tunggu2 dia siapkan gelang2 kawan ibu, dengan aku skali terjebak memilih kristal utk disambung buat. cisss....dasar...

aku pilih kaler tqoise + hijau..hijau wajib mehh...my peveret kaler. tqoise sbb masa tu nak match dengan baju la. gedik, nak ada gelang sama kaler dengan baju kononye.

pastu nak ada aksesori tambahan plak, pegi tambah huruf "D" dengan bola kristal sebijik. kedai tu memang berhantu, semua pon aku nampak cantik mengerlip.


"D for Dear"

aku rajin beli je. pakai x plak rajin, skang dah terkubur bersama gelang2 kristal lain dalam bekas kerongsang. 

ape nak wat, memang gitula perangai pompuan kan? tym membeli meroyan. da dapat beli pakainye xdela meroyan pulak =p

Wednesday, April 17, 2013

sebulan...tiga bulan...

5 comments:

gambo raya masa makan kat umah my kazen, dia wat openhouse kcik2 tuk family je..hehe..cite raya tahun lepas x habis. tapi, skg ni aku da mula meroyan carik kain utk raya tahun 2013 plak. melampau je, pose blom, da pkir raye =p mengucap....

sebulan lebih lagi dapatla berjumpe family (: x lama dah. pejam celik je.


masa ni cecets da buncets oke. kejap je dia naik badan kalo dok darat. kawin bulan 5. raya bulan 8. dalam masa 3 bulan menambah berat dengan jaya.
 

freestyle (= sme ni family sebelah ibu. family cik usu, famly pak long n anak mokde supi ada join.


lepas 3 bulan barula turn jumpe cecets plak. sebab kapal jalan sekitar situ je. me rasa lega skit kali ni walpon lambat balik. dalam bulan ni dah dua kali cets kol. sukeee...tapi kadang2 x bagi dia kol sllu sangat. sbb mahal. kesian. 

sllu suh dia emel, ym, skype & wasup je klo kapal masuk port & anchor. suh simpan kredit utk waktu emergency je la. kalo ikot hati memang hari2 nak gayut kan. tapi, pkir logik2. kalo masih oke, xyah la kol sgt. me oke je sni jaga diri dengn baby. yang penting dedynya x lupe doa utk kami berdua (=

nyummeh..

7 comments:
 nasi tomato again



Tuesday, April 16, 2013

check up 36 weeks

7 comments:
takdo gambo la entri ni. just utk simpanan aku je.

balik sekolah trus mandi, masak n makan. rest kejap pastu g klinik kol 3.15pm. aku dah de perasaan nk monteng td. tp, kuatkan hati mendrive jugek. punye nantok n berat badan. 

nasib klinik x rmi org. senang hati (: kejap juga la da kn panggil dgn doc. ni bukan check up mingguan tu. ni appointment dgn doctor utk scan 36 weeks. so, just jumpe doctor je la.

doc tya sihat x..dia check hb pon dah naik. kn suh truskan makan iron 2 bijik. tp, me mana makan ubat dari klinik tu. me makan ubat shaklee, memang makan 2 bijik sehari. 

pastu dia scan. katanya, uri dah kat atas. kepala ke bawah. conclu is, sme ok.

aku ble plak wat tya soklan bodo, "bole tak saya naik flight lagi?" ada hati kan nak balik? saje je tya. memang tau da awal2 kn banak sini sebab nak ckupkan cuti sampai lepas raya baru balik keje.

doc cakap, x boleh r. prosuder semua flight. kalo da nak dekat 9 month xleh nek flight. dan yang aku tahu lagi, kalo 7 month pon x dibenarkan naik flight. so, sape2 yang pregnen & rasa nak balik beranak smenanjung, boleh start merancang bile nak balik. kire2 la cuti tu.

dokter cakap, start dari hari ni da bole beranak bile2 masa. sebab da ckup 9 bulan. pastu siap bagitau tanda2 awal nak beranak sme tu la. haihh..harap2 tanda yang aku dapat mudah untuk di cam. contohnye, pecah air ketuban ke or kuar darah dengan lendir gitu.

pastu, dia bagitahu kalo sampai due date 15/5/2013 takde tanda juga nak beranak. dia kasik tambah lagi 9 days. so, dah jadi 24/5/2013. kalo sampai ke date tu pon x beranak jugak. pegi la hospital serah diri. 

doc cakap, baby xleh simpan lama2 dalam perut. kena kasik kuarkan. 

baby2...dengar tak dokter cakap tadi? kuar bile sampai masa tau. mummy da x sabar ni nak dukung baby n bawak jalan..heeee.

kejap je jumpa docter tu. balik umah trus. kire dok klinik dalam stengah jam lebih gtu je la. gud for me, sbb x menahan kepenatan tu.

balik plak singgah petronas isi angin tayar kete. aku perasan senin baru ni, tyre cam kureng angin. hazab ko nak mengepam tayar dengan perut beso gini. kan xle nak menunduk dengan betol. tertonggeng2 dibuatnye. sabar je la.

 



last day...bersanding kazen ku itu

2 comments:
aku rasa klo rajin, xde la tertunggak entri ni gitu lama. sampai da dekat setahun terperuk pic dlm laptop. wat berat je. 

jadik, aku berharap, kalo ada laptop baru =p nk bli yg kcik supaya senang nk wat entri. sng nk angkut. ehehehek...

hari last..bersanding my kazen. buat hari ahad, dekat dewan yg sama masa malam berinai. kitrg adik badik pakai baju kaler pink. sedondon la..baru cute.

 

seblom pengantin dapat naik, kt mesti kepung dia di pelamin. mintak tol dlu. heheks..dapat singgit pon muke hepy semacam. sampai kering poket pakcik tu sbb rmi yg mintak tol. xle blah dia siap mintak diskaun.
 

pakaian my kazen bersanding, kaler pink jugak. masa ni makan berdamai dah.


seblom balik, bergambar kenangan dengan penari2 yang wat persembahan kat majlis perkahwinan ni. skang ni kan hebat. majlis kawin biasa ada dah kena jemput penari2/penyanyi utk buat persembahan bagi tetamu yang hadir. kalo banyak buget bole r..hihi. me ritu, xdo r. wat wajib je. amik kompang n karaoke sajo...hehehek. yang penting majlis berjalan lancar n menggembirakan org (:


me rasa, lpas seminggu kawin, badan kena pam trus. mana tak, x henti kan makan. nk kurus punye payah. nak naik, petik jari je =_=''

Monday, April 15, 2013

bazaar karat jb

2 comments:
abeh mlm berinai tu. pujuk cets jln g bazaar karat, jb. tguk r bini kuat jln. nasib dpt laki penyayang. kihkihkih.





tujuan g situ sebab nk try ukir inai kat tangan, pastu suh cets topup inai kat jari. yg ni bodek cets. kihkihkih. sbb pnt drive kn?


tgk inai sni, ada mcm2 kaler. me mintk kaler oren utk kelopak bunge.


kjp je siap, pro kn? sebelah tgn rm5. but if tmbh letak kaler add on rm5. total mbazir rm20. amik corak len2. x sm utk dua tgn tu. so, x boring. xceli cets cm x bg tu wat, but me pujuk2, dia bg ler jg bininye nk try pki. sbb ms nikah x kn bg wat.

cets tau dah perangai bininye mmg suke try mnde merepek yg comel2. tu dia layankn jg kdg2.


muke me terlalu hepi dpt wat inai..hihiks.


x igt yg jari cets tu kn bape. ni sme pki inai daun ori. so, mmg thn lama.


byk xtviti wat dgn cets lpas kawen. so hepy. lpas ni, de baby xdo la mumy dpt wat lg. uhuks...


malam berinai kazenku

5 comments:
kesian cecets, sampai pucat muka dia ikot meraikan majlis kawin org. cets ni jnis tak tahan lasak klo da duduk darat, cepat aje demam bila byk wat keje/kuo jalan lama2. bininye pulak, klo jalan no hal. sihat sejahtera. 

yelah, cets kan mendrive. masa lpas kawin cets asik ulang alik dari klang ke jb. patah balik. mmg penatla, lenguh la satu badan dia. lgpon, cets ni kena tido ckup. if x ckup, mula mata dia jadik panda. makan dia pon kena jaga elok. nanti cepat sakit juga. perut sensitip btol cecets ni. ehehe...

pucat btolkn muka dia compare to me. tp senyum tetap..sbb kn paksa dengan me..cian cecets, dia xde bawa baju lebih utk tuko malam tu. me saje yg bawa. so, baju aku bertukar. baju dia itu sajela. 

cets ni kan susah btol nk suh di tuko baju. dia ske pakai baju yg sama sehari suntuk. klo x kena paksa salin. dia pakai aje la. sejak da kawin, me la yg slalu pantau pakaian dia. bila kena tukar. nk pki baju apa. manja sangat. lepas mandi je, dia tau baju dah sedia utk dipakai.

katanya, kalo sllu tuko baju. wat bazir nanti kena basuh2 banyak.


malam lepas nikah tu, kazen aku wat malam berinai plak. kitrg kn dtg jugak la. majlis sedara mara, mesti di meriahkan bersama. gituuu....

tgu pengantin nak sampai je, naik bosan dah. sampai rasa taktau nk snap pic gaya apedah.
 

cets amik peluang merenjis pengantin. so cute..


sedara mara sebelah pengantin pompuan bergambar..



Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com