Monday, January 2, 2012

tenangkanlah hatiku borneo

tenang hati dah jejak ke borneo kembali. aku pandang kiri kanan sejuk je memandang. warna hijau pokok dengan air laut. dapat tguk keretapi kebanggaan aku lalu depan mata. takde jem dan hon2 kereta memekak kan telinga aje. sedang berharap dapat jumpa kawan2 kesayangan tempat aku cipta sedikit kegembiraan. menyentuh cik polish yang dah lama aku rindukan untuk dating bersama. seronoknya dapat menyentuh cik polish setelah dua bulan lebih terpisah.

aku rasa, setiap kali balik kota metro tu, panas membahang2. benci! gembira sekali sekala, sakit hatinya bertimpa2. dlu aku harap 2011 berakhir dengan segera. ye, syukurlah tahun itu dah berlalu dan aku nak ingatan aku lupa benda2 dah jadik tahun lepas. betapa aku benci tahun 2011. menyiksa jiwa dan raga secara total.

aku ingatkan 2012 boleh bagi gembira pada hari pertama, tapi pepagi serabutnya dah datang sampai lah ke hari ni kesinambungan nya. bukan luck aku untuk gembira lagi kot tahun ni? entahla, aku sekarang berdoa saja dia tunjukkan laluan utk aku mengikutnya.

hati aku dah sakit lagi. berharap, kepulauan borneo dapat membuatkan masa2 berlalu pantas sambil memberikan sedikit kegembiraan pada aku setiap hari. amin.

5 comments:

eiyra amieyra said...

amin... insyaallah~~~

cik chinta said...

doakn ye T_T

zOeY zAu YaH said...

dugaan tu..tukarkan perasaan tu kepada "awal2 lagi tuhan dah sayangkan aku" haaa gitu..org beriman mmg selalu ada dugaan,dugaan pun pghapus dosa =)

Ardini Humaira said...

takpe... ada hikmahnya tu ^__^

cik chinta said...

zoey; wahh..terima kasih yang, nasihat membina. rasa nk peluk2.

dni; harap2 macam tu la yang.

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com