Saturday, February 4, 2012

sampai malam tak remove mekup

kamis ritu kan aku balik awal pasal penutupan sukan MSSMKG habis cepat. kete sampai je depan parking, budak kembar jiran sebelah dah tunggang langgang lari masuk rumah. tatau la apesal derang berdua fobia sangat bile nampak kelibat aku. mak derang slalu cakap, budak kembar tu, siap hafal bunyi kete aku lagi. kalo setakat ingat jenis kete okela lagi. ni dengan bunyi kete pon dia sensitip. nampak sangat derang memang trauma btul dengan aku.

ohh..baru aku teringat, budak kembar tu takot dengan aku pasal takot dengan ichiko. hedgehog a.k.a landak albino aku tu la. wakakakak, ekceli masa tu aku tengah bagi chance ichi main2 kat garaj. datang jiran aku, eksaited nak tguk dekat2. aku bawak la pegi rumah dia suh pegang. masa jiran aku try nak sentuh, ichi wat perangai la pulak, kasik kembang duri tajam tu. hapelagi, berdarah la jari dia tak henti2. budak kembar tu nampak, trus takot nangis2 nak mampos. 

aku pulak, bile dengar derang nangis sunggoh2 tu, terus rasa "ehhh...best nye dapat takotkan budak2 ni". kejap je duk situ, pasal budak2 tu meroyan sangat berjujur air mata. so, baik aku cabut lari. takde pon pujuk bebudak tu. biar gtu jek. emm...aku punye psikologi utk kanak adalah kureng. tu pasal, awal2 dah pilih nak ajar budak menengah. cume, sejak2 ibu aku bebel kebelakangan ni. adalah try2 sikit gurau2 dengan budak2 kecik, tu pon kaku. macam dibuat2. nak sentuh2 baby orang, tu pon ngeri nak pegang lelama. takot tergeliat kat mana2 body baby tu. naya seumur idup.  

rasanya, pasal mende tu je budak kembar tu nangis sampai la bapak dia balik dari keje. macam dari pagi sampai tengahari kot? mak dia cakap, budak2 tu ngadu dengan bapak dia sambil ter esak2 pastu bile bapak dia tya sape punye keje, budak kembar tu tunjuk rumah sebelah pastu pandai pulak dia sebut nama aku "dila yang buat". pehhh....dia panggil aku DILA jek. budak kembar ni baru umo 2 tahun. mana tak cam...amboiii....panggil nama ajek.

officially, aku dah jadik satu makhluk yang sangat menakutkan dan menggerunkan kepada derang berdua. bile derang meragam je, mak derang akan momok2 kan dengan sebut nama aku. ajaibnya, budak kembar tu dengar je nama pun trus transform berkelakuan baik dan tak wat hal. 

ehh....aku dah rasa macam hantu pulak. sebab sebut nama aku je, tetibe budak2 tu jadik senyap, kaku dan diam2 dalam rumah. takpon buat ape2 je yang mak derang suruh secara tekun. yela, teringat masa zaman aku kecik2, kalo kitrg meragam2 tanak ikot cakap parents je, mesti ibu ayah aku momok2 kan kitrg dengan binatang2 dengan hantu yang makan orang. dia macam satu magic, kena momokkan aje trus jadik budak baik yang patuh kepada suruhan ibu bapa =.='' ayat skema.

binatang2 yang bile aku dah beso ni ingat2 balik, nonsense gile pasal apela bole pecaya bulat2. contoh, bila kitrg balik kampung pastu asik pegi mandi kat parit belakang rumah atok tu lama2. ibu aku mula la buka cerita, ada jaws takpon ikan piranha. zaman tu, cerita spesis2 ikan yang makan org ni tgah hotz kat tv. sejak tu, ktrg dah tak pegi lagi mandi kat parit tu. sebab takot mati kena makan macam kat dalam tv. yang kelakar, parit tu dalam dia adala paras buku lali aje pon. wakakaka...cane la jaws nak berenang dalam tu? budak2 memang senang kena tipu. aku la tu.

bab nak tido atau main2 kat luar rumah pon satu hal. bile ktrg tido lewat je, ibu aku buka cerita pasal hantu tetek la, hantu sengkuang takde kepala la, hantu yang terrel bagi salam la, hantu jamban dan bilik air pon ada jugak. gile banyak hantu ciptaan yang parents aku ada-adakan. hantu2 indonesia adelah lebih berkesan utk menakutkan kitrg, sebab masa tu cite hantu indonesia sangatlaaa hebat efek mekup n jalan cerita dia. kesannya, ktrg adik badik masa sekolah rendah tak penah tido lewat, pkul 10 malam mesti da tutup lampu.

dan lagi, ktrg x pernah turun jejak ke taman permainan masa duduk flat tingkat 3. dapat turun bawah sebab nak pegi skolah aje. masa tu, macam jakun bile tguk budak2 lain main kat taman permainan dan pelik tguk derang boleh naik turun tangga sesuka hati tanpa  pengawasan ibu bapa. kitrg bile nak turun tangga je mesti kena sama2 dengan parents. maybe masa tu, pada ktrg kat tangga2 atau di luar kawasan rumah je ada hantu. wakakaka...kenapala menjadi mangsa penipuan ni.

paling x leh blah, nak pegi tandas jek mintak teman. eii....


berbalik pada cerita asal, aku park je kete. budak kembar tu meragam apetah nangis depan pintu rumah. mak dia cam biasa la tegur apesal aku balik awal? padehal awal2 aku da gtau rini sukan pastu habis cepat. tapi, jawab ajela untuk puaskan hati. mesti hormat org tua (: budi bahasa budaya kita ;p 

cam menjadik2 budak kembar tu menangis kan bile nampak aku. so, aku offer la nak main2 mekup kat budak kembar tu. mak dia oke je. cepat2 masuk rumah, aku salin baju n bawa kotak pink ke rumah dia.

budak kembar tu memang betul takot. masa nak mekup, mak dia kasik duduk atas peha n tangan pegang baju mak dia kuat2. susah betul nak mekup, sebab tak bertindak mengikut arahan dan derang x paham bahasa aku. budak kembar ni pandai dah cakap, tapi guna "slang" kaum dia. paham2 ajela, kat sabah ni banyak kaum2. terpaksa mak dia balik2 translate bagi pihak aku. last2, beres la jugak. 2 jam hokeyyy..lenguh duduk dan series menguji kesabaran.
 

aku main hentam je kaler2 nak letak kat muka dia. asal nampak cam ada kaler2 sudahh. nak suh senyum pon susahh...senyuman dalam ketakutan.





nak mekup lagi sorang, x dapat. sebab dah start nangis2. agaknya, pasal masa sepanjang mekup tu dia tguk aku asik cakap2 bahasa yang pelik kot untuk bagi arahan. malas nak paksa.
esoknya, masa aku sapu garaj mak dia cakap, "sampai ke malam budak ni tak bukak2 mekup". pastu aku tya, "siksa tak nak remove mekup? pasal eyeliner n mascara waterresisten tu." mak dia ckp, "bole tahan la, penat nak tonyoh sabun mandi"..

pehhh...sabun mandi..tak rela aku.

10 comments:

NorHaFydzah said...

okeh.... bagus tu kalau takutkan kak dila.kalau degil2 nak main kat luar..boleh peras ugut kan! haha okeh tak ada keja pula nak conteng muka budak kecill..jangan pasni hari2 ketuk pintu nak tadah muka.. hihihi.. :))

cik chinta said...

hehe..berani ke nk ketuk? terketuk time not in mood. habis..

Anonymous said...

lorrr..bgus gak.takdelah ngacau cikgu haha..

cik chinta said...

mood tgh ape2 je tym tu kot. tetibe je nk mekup budak. =D

najwa nano said...

why tak suka budak2?diorang very tiny cute.kena belajar main ngan budak2 tau nnti kawen of corsela nak ada babies!dapat twin lagi cun.hihihi

Anonymous said...

salam..

salam...maulidur rasul buat pemilik blog..

cik chinta said...

najwa kn ada nt bole la tlg jg kn..kan?

cik chinta said...

salam maulidur rasul jg tuk sr.

anumuchan said...

alolo comeinye sikecik pakai mekap.heee

cik chinta said...

nasib kembar dia tak jeles.

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com