Saturday, May 4, 2013

review; marine essence beauty bar

eh..ada rupenye aku snap snikers yg kak nida bagi ritu. pestime la aku makan snikers jenis ni. bse makan yg plastik kaler coklat gelap tu. tp, sedap jugak ni. almond dia byk. puas menggigit almond saje. aku makan sambil siapkan soklan2 exam. nasib la paper sape ada terselet coklat =D


sebab ada mintak me review pasal marine essence ni, meh aku review. lagipon aku da masuk bar ke-4 penggunaan. dan aku telah membuat stok sebanyak 3 kotak sebab takot nanti susah nak beli lagi masa berpantang 3 bulan. demikian, barula boleh wat review dengan konpiden. kalo tak, takkan aku perabih duit beli lagi kan?
 

start pakai ni masa akhir bulan 2 ke tgah bulan 3. aku lupa. tp masa tu baru 7 bulan pegnen. fiza yang rekomen. tp, dia rekomen pasal utk kulit muka cantik. but me beli pasal dia ckp elok untuk eczema. 

aku mmg penghidap tegar eczema sejak kcik lg. since sekolah rendah. sampai kena amik darah la. kn tenyeh kunyit campur kapur la. kuar masuk klinik ospital tu perkara biasa. amik injection tu biasa jugak. ubat dah mcam2. kn pantang makan seafood, ayam..bole mkn ikan jep. 

tu la, spi skg aku x reti mkn ketam. udang aku dah pandai. hahaha..stress kot tgok org asik masak udang aje kat sni.

skali ko penghidap eczema. sampai besar ko akan ada penyakit ni. sbb, benda ni dah ada dalam darah ko. yg boleh di buat hanyalah mengurangkan keaktifan benda ni dari keluar merebak kat kulit badan. sbb skali dia da kuar di kulit. keje ko menggaru la sampai berdarah2. 

pastu mula la stress pasal timbul bekas2 luka yg hodoh. 


masa oder tu. aku tamak, trus amik sekotak. dalam sekotak ada 3 bar. sabun ni besar ye. sgt besar. ekceli, seblom pegnen pon eczema aku dah naik merayap kat kaki. rasanya, sejak university dia mula aktif merebak. tp, kat area betis kaki ajela. 

maybe sebab air x bersih kot. start keje pon masih lagi la. betis kaki bermasalah sangat2. habis aku garu..sampai berdarah2. paling lawak, kalo kat tempat keje, aku x tahan, aku garu saje. kesedapan...khayal menggaru. bile berdarah baru nyesal.

tahun lepas paling disaster. dia mula merayap kat bahagian depan kaki. sampai segan aku nak pkai kasut. sbb nampak kan kat area jari2 kaki & depan kaki tu. naik bekas2 aku garu yang buruk. 

lagi satu, sbb da truk sgt eczema ni. kulit2 jadik kering..maka, kaki jadik bersisik. itu lagi sedap di garu. dan lepas garu, gugur2 la tu kulit kering dengan banyaknya. truk sgt bile ingat2.

slalu kena tegur dgn ibu, ayah..kena marah sbb garu2. kawan2 pon marah menggaru. siap kena pegang tgn aku sbb asik menggaru kaki. bile da kawin dgn cecets, dia pon marah jugak. sbb bile garu mmg la x baik2. pastu kaki lg makin la bertanda2 dgn banyak.

bile mkn pon cecets x bg mkn udang. dia je bole mkn. 


so, bile aku guna sabun ni. blom sempat habis satu bar. kaki aku trus jadik baik. xde menggaru. langsung xde menggaru okeh. ajaib tu. klo x, aku gian menggaru x kire masa. time driving, mengajar, tido, duk tguk tv. i is asik menggaru saje. mungkin korang x kena. so korang x paham betapa bestnye bile menggaru. ha9.

bekas kudis di depan kaki pon hilang. lenyap...magic. kembali ke kulit asal. me opkos suke. so, x segan dah pakai kasut g keje. kan orang kadang2 tguk dari bawah ke atas. kang dia tguk muka ok, skali kaki hodoh. ala..failed.

kulit kering kat betis pon dah lenyap jugak. kulit kaki kat betis tu dah lembab. xde sisik2. rasanya, mcm satu badan kot jadik lembab2. sbb, me ni jenis kulit kering melampau. tu yg beli losen belambak. sme x jalan. sbb mlas menyapu kan. tp, sebab dah jadikan bar ni sbgi sabun mandi. sekali harung la. bersihkn badan trus macam melembabkan. so, me trus makin jadik malas nk pki losen.


tang memutihkan x sure. tapi memudarkan parut2 hasil garuan selama beberapa tahun kebelakang cam nampk kesan jugakla. tp lambat kot nk hilang. dah degil ni parut. kn amik masa nk hilangkn. yg penting, pudar la.

tang kasik putihkan celah2 yg gelap me x sure. cuma masa pegnen ni, leher x gelap x berdaki. maybe sbb sehari mandi 4 kali guna sabun ni.

kulit muka jadik cantik x sure jugak, sbb me mmg xde masalah kulit spjg pegnen. me klo mandi, trus je sental kat muka skaligus. bgus kan sabun ni, dr muka sampai ke ujung kaki bole pkai. tp, me pasan. cam bintik2 hitam, parut2 dah pudar jugakla. atau sbb me pakai safi rania. x sure sgt. ataupon gabungan kedua2nya skaligus.

lagi yg aku pasan, perut kurang sgt stretchmark, x gatal. me kan sepanjang pegnen sampaila skang. x menggaru pon perut. sbb x gatal.

bau sabun ni nice. aku yg pegnen xle bau pelik2 ni bole je terima. itula review aku yg ikhlas. cuma hage dia x bape nk best. hahahaha...tp, kesan baik. oklah. aku x merana lagi menggaru sampai berdarah.

kesimpulan, aku sarankan mende ni diguna pakai utk orang eczema, orang berkulit super kering dan malas sapu losen tp nak kulit nya lembab, orang yang nak pudarkan parut2 kat kulit seluruh badan atau nak samakan tona kulit, dan orang pregnen..supaya kurang stretchmark dan x menggaru perutnye. hahaha..

lagi, orang nak jimat. pakai je ni satu. dari muka ke badan tenyeh. cantik punye.

satu bar aku pakai tahan 3 mgu. tapi, tgukla kadar pemakaian. aku sehari mandi 4-5 kali. mandi plak slagi buih x kuo byk. aku menenyeh2 spi byk buih. so, aku rasa...ekceli klo ko mandi sehari 2-3 kali bole tahan satu bar sebulan kot. 

review pjg gile. ada ke baca? hahaha...sile la beli yep. me x jual. kawan me jual. gtau klo nk beli. nti me gtau dia. 

klo rmi beli, nk mintak upah. sbb dah jadik duta sabun dia. hahahahaahahah....


13 comments:

NorHaFydzah said...

Pasni x yah beli yang bar..yang cecair murah..sebotol 250ml hg dlm rm 3+ boleh ba kalau ko..hoho ada komisen.. hihi

SarahSyafiq said...

Nak tau detail lg.adik sarah dy mcm ekzema teruk gak.mcm menarik nk cuba sabun ni.kt mn nk dpt kn.

cik chinta said...

fiza, itu yg ku mau dgr. Ha8

Sarah, try r. Worth it

NorHaFydzah said...

copy testimoni ye!

cik chinta said...

bleh :-)

Shiqa Nawar said...

salam, beli kat mana n rm berapa ni dear?

cik chinta said...

shiqa; beli kat my fren. dealer sabun ni. if u nak, i bole gtau dia

Anonymous said...

Siapa nak beli sabun marine essence ni boleh whatsapp sy cepat2 di 013-6443272..serius sabun ni memang berkesan..jgn ragu2 lg..sy sendiri dh cuba dan sy juga jual sabun ajaib ni.. :-)

Anonymous said...

Sy pun menjual sabun nie..mmg sangat berbaloi dan berkesan..rm100 1box termasuk postage..jika berminat boleh whatapp sy di 0172782681 untuk maklumat lanjut..tuan page minta izin iklan :)

Anonymous said...

Sy ad jual sabun marine..sms 0132643039

Unknown said...

Salam. Dear, i ade eczema jgk. Mmg elok sabun ni. Tp bila nak bilas tu. Pedih jgk la. I cume nak tanya, u dah ada baby? Baby u eczema tak? I risau future nnti kalau baby i eczema jgk.

Unknown said...

alhamdulillah
sebagai dealer sabun ni
rasa seronok tengok ada positive effect.

Unknown said...

mohon share review ya..

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com