Friday, August 26, 2016

bawak bekal hari2

2 comments:
rasa macam dah dekat 2 taun lebih bawak bekal gi sekolah. baru ni ada test 2 3 kali bekpes kat kantin. sebab da buka tender baru. not bad. tapi cam da terbiasa plak bawak bekal. truskan ajela berbekal. sambil makan dapat online. sebab aku x byk masa free. sehari ada 3 kelas. sebab masa mengajar banyak. jadi jimat masa nak rehat tu ada atau nak buat keje lain. biasa aku bawa bekal pon simple2 aje. ngam2 pulak memang hari2 masak makanan utk firuz & firaz makan umah nanny.

nanny dia mana masak makanan. dia bg makan aje. skang mcm penat sikit sebab nak ready makanan 2 org. pastu dedua makan benda berbeza. kena bagi masa utk masak dengan baik sebab masak bubur firaz paling lama. biasa pkul 3.30 pagi da bangun nak masak bubur dia dlu. kena pakai api paling kecik. kalau tak bubur tak cantik kejadian. aku bukan apa. x reti la nak wat solid food frozen2 ni. haha..memang hari2 masak fresh food la nk bg dia makan. 

pastu masak nasi. masak lauk 2 jenis. sayur wajib. pastu samada ikan atau ayam la. 

apa firuz makan itula aku bawa bekal gi keje. 

tapi harini jumaat. semalam kemas esbok bahagian freezer susun ayam baru beli dlm tuperware. tgok ada kopok lekor totin bawak kan dr trgn. banyak pulak. ni kalo aku yg makan memang x pandai habis. nanti dia habis ke tong sampah jawabnya. better goreng bawak ke tempat keje. nak ngam kan skli dengan mi gorengla sedap utk bekal. so harini firuz punya bekal xde nasi. bawak bekal mi goreng aje ke nanny. firaz masak bubur ayam plus carrot.


kenyang =D alhamdulillah.

Wednesday, August 17, 2016

ritter sport cornflakes

No comments:
bebudak 2 orang lepas sorang2 nak demam2. umah dah la macam tongkang lepas fatin balik. dia ada kat umah aku makin sepah macam bukan umah dah aku tgok. itu pon semalam aku lipat la skit2 baju mana sempat pastu letak dalam bakul. nanti2 baru susun elok2 dalam bekas baju memasing. balik2 keje plak air xdek. memang la sakit kepala plus pulak karen mampus. adoii...mengipas sampai kipas pon patah. seme pon nak rosak. 

firaz demam since malam hari ahad tu da detect. bg makan ubat dah. pastu pagi senin tu panas kemain. gi keje pastu balik bawak spital. rasa mcm x sampai sebulan dia demam balik smula sebab ada simpan dia punye rekod pada kad spital. aku pilih nak gi spital sebab klinik sni x byk choice. klo gi klinik pon xde parking pastu sama gak. nunggu 2 jam n payah nak dapat tempat duduk. sama je kejadian ngan hospital. pastu klinik kena bayar lagi mahal kalo spital baby free. hahaha..bukan kedekut. setelah dikaji2. better spital aje. sebab spital bagi ubat dos dia kira ikut berat badan baby bukan main hentam keromo aje nak bagi. lainla kalo aku balik semenanjung, sana memang prefer klinik sebab byk pilihan. lagipon free kalau pakai panel.

selasa firuz pulak detect jangkit demam pastu batuk lagi. dahla tu dia siap berak2 cair. makan je berak balik. minum susu berak. aku pakaikan aje pampers. tak larat la nak balik2 lap taik. jenis berak tak tertahan pulak tu. ada la dekat 6 kali dia berak. b4 tido kol 10 dia berak last. 

itula b4 tido dok layan bebudak ni kat bilik atas aku pekena coklat ni. beli kat labuan. kena tido bilik atas dah sebab toto kena muntahkan firaz. so takleh nak tido bawah. terus aku basuh toto tu. nasib ada air walopon slow motion. sabar je la.

rasa coklat so so aje. tapi better than cadbury la. hahah.. dalam dia ada cornflakes. banyak x kedekut pon. habis sme aku ngap sekaligus. firuz sama join la makan. firaz pandai jugak mintak sikit2.

malam tadi firuz tido pakai pampers aje. sebab nak bagi badan dia keluarkan panas. firaz tu padahal da bagi ubat demam before tido still naik panas dia. kol 3 pagi bangun turun bawah bagi makan ubat lagi. skali firuz la makan ubat nye.

buka seme baju firaz lap2 guna kain basah. turun la skit2. pastu biasala naik balik panas. ngantuk aku sebab kena berkejar nak masak jugak untuk derang. dah pegi keje lambat harini. 7.10am. huhuh

hantar jugak gi pengasuh. pesan dia kalo urgent call la aku balik. 

cepat2 la baik nak oiii...tak cukup tido ni.

 

 



Tuesday, August 16, 2016

la cremeria hazelnut chocolate fantasy

No comments:
pegi merayap for the last ke kk dgn fatin. ktrg ke imago. aku kalo ke imago ske masuk kat pasaraya bawah tu. lupe nama dia. tgh promo eskim ni. try2 sedap. beli 2. 1 amik perisa nascafe 1 coklat. gila kau sedap yang ni. kejap je da nak abis. huhu..rugi plak amik 1 perisa ni.

oo..masa promo jadi rm10. tu psl la beli. mcm mahal. tp memang berbaloi la dengan rasa dia. sedap x muak ok. tp pasal nak jimat makan skit2 walopon sebenarnye xnak berhenti makan.

harap2 ada kat sini jual. eheh..tp xle beli slalu. budak 2 org tu pandai tetibe ada kat tepi2 mintak sikit. hishhh..

Tuesday, August 9, 2016

RIO BURGER BY MCDONALDS

No comments:
musim sukan kan? adik aku cakap rio di buat kat sarawak tu. xtau nak kata apa tahap pengetahuan umum dia. 

sejak ada adik aku kat sini tiap minggu turun kk. alasan sebab nak makan mcd. sebab beaufort ada kfc ajer. x lalu nak makan.

dah try set rio burger ni. pedas mampuih. daging dia x sedap. ada rasa hanyir2. skali je test. pastu rasa xnak da beli lagi.

 kluar juga pie mangga edisi rio kot. sebab pie cendol da xde lagi. try je la. pie wajib try.

x sedap. xde teskture kat dlm. mcm cecair pekat aje. xde benda bole bite. manis over. tp firaz mcm suke maybe sebab mangga. huihui...

minggu ni last la pi mcd. pastu hibernate 3 4 bulan smula dlm umah kumnpul money utk soping akhir tahun. huihuihui..

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com