Wednesday, September 9, 2015

malas pegang botol

2 comments:
firuz ni kalau di ikotkan sampai sekarang berharap agar dia boleh menyusu badan. tak reti2 nak belajar isap botol kat umah. ooo...dia tetibe jadik bijak apabila berada kat umah nanny pandai susu botol. masuk bulan ni dah 2 tahun 4 bulan dia masih lagi cuba2 nasib susu badan. aku kalau tak camni skang memang bagi aje. tapi memang dah tak larat lah nak bagi. kang dengan aku skali longlai. hahaha. dia ok je. aktif semacam.

aku punye journey of breastfeeding tak hebat macam ibu2 yg hardcore pon. sebab aku bukan dapat bf full pon. masa awal lahirkan firuz susu bukan meriah. nak dapat 1oz pon rasa kena perah 2 jam. haiyoo...masa tu give up dah. sebab lenguh kan kena duduk perah susu dengan sakit jahitan bersalin lagi. sebab masa tengah pregnen kemain baca sana sini pasal bf. macam kacang je. hihi..rupenye baca memang senang, bile hadap...ooo gitu plak.

firuz lahir pon aku lambat bagi bf. dekat sejam lebih jugak aku dengar dia nangis gitu je. masa tu kan dah habis tenaga. nurse suruh rest kejap sebelum pegang baby. derang takutla kang baby jatuh ke apa masa pegang kan. sebab aku takda sapa masa tu nak tolong handle. sorang je. 

lagipon, hospital gomen mana bagi bawak botol susu weh. aku pon tak tahu la masa tu ada susu ke idok. lpas aku rasa cam ok. aku bangun la dari situ pegi wad. derang bagi la baby. trus masa dapat dia suh bagi susu. aku suap dia pon isap je. laju je isap so aku baget adala kot. sebab masa tu gelap. dah malam. dorang tutupla lampu. bagi malap2 aje. wad aku bersalin bukan dapat bilik. share ramai2. memang tak ada privacy tapi asalkan beranak sudahlah. malas pikir panjang sangat masa tu.

hari kedua aku dah keluar hospital. aku takde terpikir langsung beli susu tin. memang konpiden habisla firuz hisap susu. tapi pelik apesal asik nangis kan. aku rasa cam, ooo...baby memang suke nangis. huhuh..yela masa bersalin ibu aku mana ada. yang ada pon ayah aku datang jaga. dia pon tak tau apa2. datang sebab teman bersalin, laki aku takda. keja atas kapal. pastu kan cucu pertama dia cam xcited la nak datang tgok juga. ibu aku memang tak bole datang sebab tak dapat cuti. dia kan keje kat sekolah spt. memang takkan kena bagi cuti. pandai2 akula.

masuk hari ketiga kuning/jaundice firuz da naik. bahaya jugak. tapi masih juga aku suap susu badan. dalam masa sama aku pam jugak. masa tu takda pam letrik. aku bli manual je. pam macam nak rak, tapi keluar 1 oz. hahahah...fuhhh...mencabar. pastu malam2 firuz kuat nangis aku kena bangun dan duduk nak bagi susu. dengan tilam yang nipis tu. sebab aku duduk rumah sewa baru. memang sakit gila tempat jahitan tu. rasa macam malas nak bagi susu pon ada masa tu. hihi.

bile pegi klinik, nurse cakap kena bagi banyak2 susu. ayah aku cakap camne nak bagi susu banyak. kau pam pon kuar 1 oz. alahaiii..aku mati kutu dah. sebab dalam blog2 aku baca semua cerita pasal kebaikan bf. takda pon nak cerita pasal bagi je susu fm kalau kau memang dah takda susu badan tu. 

nasib baik aku ada makcik pakcik sini, derang dah biasa juga jaga cucu. derang la suggest aku masa hari ke-4 bagi ke susu botol aka susu tin. siap belikan lagi jenama snow. masa bagi firuz pestime, usihh...laju ok dia minum. maybe haus sangat. kesian. dan sejak tu aku kesedapan bagi susu botol. satu sebab masa tu aku punya jahitan masih baru. bila firuz nak susu aku kena duduk. sakit punggung la. pastu bila dia da isap kenyang2 dia akan tido lama takda nangis2. so aku relax. 

tapi kadang2 aku suap juga susu badan supaya dia tak lupa terus. aku pam juga walaupun 1oz. hahaha...yang paling teruk, dah pam2 pastu ayah aku buang sebab dia cakap tercemar konon kalau simpan lama2. kesian kan? hihih

kitorang bagi firuz susu tin sampai la masuk hari ke-9 gitu. sampai betul2 kuning dia baik. sebab pikir nak balik johor sambung pantang sana pulak. aku kan bersalin kat sabah. hari ke-11 kitorang balik. firuz masih hisap susu botol kat dalam flight. ok je dia dalam flight. good girl. tapi yang tak good dia pegi berak. nasib ayah aku duduk sebelah. so tukar situ je. yela, najis budak kecik xdela disaster sangat.

tak ingat macam mana aku bole produce susu badan dengan meriah. seingat aku balik je johor dah mula pergi urut badan hari2. agaknye lepas dia urut tu la susu jadik banyk. plus aku dah start makan jamu, minum air ibu kunyit la, makan poleney haruan yang tak sedap tu sampai 2 kotak. yekk...makan manjakani lagi. semua ibu aku sumbat. pulak masa tu ada nenek aku. dia tinggal sama kitorang. kau paham2 la, orang dolu2 ni. ada je nasihat terlebih2. kang kau tak jaga badan kang bla bla bla...aku malas kan nak dengar banyak sangat. telan je. sejak tu la memang banyak gile la susu. dan aku malas pam pon. hihihi..aku df aje. 

dan sejak masuk minggu kedua duduk kat johor aku tak pernah dah bagi susu botol sampai la naik keje. but..masih di kire bukan bf la kan. sebab awal2 dah kantoi. hihihih..xpela. biar lambat asal selamat.

apa yang best bf ialah kau tak payah bangun buat susu. bile dia nangis je pangku bagi susu. bile jalan je senang tak payah susah2 nak ready thermos, susu, botol..banyak koje. hahaha...bawak badan je dgn pampers dia kan. nak jalan jauh2 travel pon senang. aku tak pernah terpikir pasal nak pack susu2 dia. sebab semua dah tersedia. hahaha..best. 

selama 2 tahun jugak aku tak pernah rasa terbeban beli susu tin. sebab aku hanya perlu beli untuk letak di rumah nanny aje. dalam sebulan ada la sepack paling banyak 2 pack. sebab firuz minum susu hari kerja aje. dari pukul 7-1 thari. itu pon kalau dah tengahri dia da tak nak isap botol. dia akan tunggu aku balik untuk ngempeng. itula kesian kalau ada aktiviti petang. dia akan tunggu jugak nak susu.

setiap yang best pasti ada tak best jugak. dah jadik satu keje. kejap2 asik nak susu sebab maybe susu badan tak berapa nak kenyang ke apa. kejap2 nak ngempeng. malam2 kau memang tak cukup tido. setiap 2-3 jam dia akan mintak susu. nasib baik masa dalam pantang ada kawan aku yang memang orang kuat bf siap datang rumah ajar posisi bf dengan betul. trus aku jatuh cintala dengan bf. aku rasa sejak tu la kot aku dah tak buat susu botol. sebab malas bangun ke dapur lagi malam2. kau sumbat je trus, sebab senang je kalau dah tau. cuma badan kau tetap akan rasa sakit sebab masa bagi bf kena  mengiring, sebelah badan akan lenguh. tapi, demi anak takkan kau kejam tak bagi kan?

ooo ye..kalau drive dari bopot pegi kk dia bole tahan duduk ngempeng ngisap kat situ 2 jam. hishh...lemas aku. cume dia behave la. diam je tak bising. ooo..sama jugak dalam flight. memang senang hidup. dia diam aje selama 2-3 jam takda buat hal. bila dia nak buat hal je kau sumbat je. trus diam sunyi dan sepi. krohhh...tido. tu sebab aku siap bole bawak firuz pegi lawatan ke bandung jakarta tahun lepas. semua orang puji dia diam gila dalam flight. dalam bus pon senyap. hahaha...

lagi yang tak best, kau kena jaga makan. ape2 yang kau makan itulah yang akan disalurkan pada anak. tak bole makan pedas, yang berangin. nanti anak sama2 sakit. nak makan apa2 ubat or supplement pon kena tanya dulu sama ada orang bf bole makan ke tidak. ubat kurus memang takleh sentuh. huhuh..kang anak kau kurus plak. 

haaa...nak bagitau jugak. bukan betul pon orang bf tu bole kurus. sebab bile dah bf lapar balik. so makan makan makan. tak semua orang boleh kurus sebab bf. badan masing2 tak sama. huhuhu..aku tergolong dalam bf tak jadik kurus pon. aku rasa macam kurus sikit sebab penat urus anak dan rumah sorang diri. 

tapi itula, janganla blame orang yang tak dapat bagi bf ni. kesian sebab bukan semua orang ada susu badan. dorang nak tapi takda daya. kau pulak asik perli. makan dalam okeh. bagi aku mana2 sama ajela. asalkan kau bagi makan minum anak kau dengan ckup dah kire ibu dan mak2 sejati. sebab jaga anak dengan elok. kan?


ni lagi masalah baru2 ni aku hadap, firuz kan biasa ngempeng malam2. main isap aje bile perlu. skang dia kena isap botol plak. bile isap botol kena pegang sendiri la kan. dia jadik macam malas nak isap sebab kena pegang. tapi dia haus sebut susu susu dengan mata terpejam. hishh...nak tak nak aku jugakla kena pegangkan sambil dia berkepak tangan mata terpejam isap pandai lagi terhenti2 tido kejap. aiyoooo....sama jugak. ngantokkkkkk aku. 

Tuesday, September 8, 2015

tanjung lipat

2 comments:
benda ni da 2mgu lepas. sblm merdeka da pegi. skli hntar adik aku g airport. aku amik cuti hari jumaat sbb xnak kelam kabut drive. tiket hari sabtu so jumaat da gerak g kk. aku xlarat la ulang alik drive kot skg. takut kaki krem ke apa kan tgah jalan. naya je. sebab dia da agak berat, so bile tido masuk dlm carseat.  berbakti sguhla carseat ni, nak masuk 2 tahun lebih da guna. berbaloi2. dr newborn sampai le skg.

sbb xtau nak makan apa nti smpi kk. aku masak la nasi lemak. mmg da redy brg nak masak tu. kacang je la campak2 masak. lagipon nk ajar firuz makan pedas2 da skg. nampaknye ok je. ktrg brenti makan kat tanjung lipat. otw ke one borneo. aku klo xde hal xde la nak jejak one B tu. g sana sbb nak bli kain kat kamdar je pon. mcm xle masuk la aku dengan kedai lain kat sni. lgpon mcm aku xtau mn lg kedai nak g kan. hahahah...ooo...bli kain sbb nak wat baju baru la. uniform kje sme da xmuat. klo muat pon..cam muat muat..haaa..tejojol je sme benda bulat kecil bulat besar. 

firuz klo makan tak byk songeh. sme benda aku masak dia telan. tp paham2 la selera budak2. dia x suka manis. paling penting kena ada sayur. ikan ayam xde ok lg. kalo makan nasi lemak maknanya ko makan timun je. hahahah.

ada jugak aku goreng cempedak. bukan dia tau makan. benda manis dia x suka sgt. tp coklat eskim gula tau plak makan. cme aku pantaula. sllu mmg xdela aku bagi. sbb kat umah xde stok bende jajan ni sme. yg ada biskut tiger je. 

pestime la aku dtg sni. padahal sllu je lalu situ. elok juga rupenye tempat ni. bersih, lapang banyak space. klo x dapat duduk atas kusi kau bawak tikar sinri la. tempat mainan pon ok jugak. terjaga bersih.

aku dtg ni hari jumaat so org x ramai, xtaula kalo hari2 cuti dia tetibe jadik kotor kan.

dekat dengan pantai, tp aku cam x percaya nak mandi pantainye kan. sbb banyak kapal berlabuh situ. hihih

laki aku pesan, kalo ada banyak kapal anchor jgn mandi pantai nye sbb bahan kumbahan dr kapal direk je salur ke laut. haaa..paham2 la.

tandas pon besar, xmasuk dalam sbb x rasa nak buang apa2.

bebudak dua ni nak jgak g pantai. pegi la. aku da penat drive n makan. dok melepak kejap.





dah dekat 3 bulan jugak adik aku jaga firuz ni. sjak dia habis matrix parents aku hantar dok sni dengan aku sebab xnak dia tak tentu hala dok umah sana. sbb parents dedua masih keje so derg xde masa nak pantau anak dara sorang ni kemana2. kau paham2 jela umah aku tu pusat bandar. 

sambil dia dok sni aku suh jaga je la firuz kat umah n bagi duit poket kumpul utk dia masuk univ. nanti ada la duit juga masa nak masuk blaja. xdela kering kontang. sbb parents aku pon x bagi dia keje2 merata2. bio la dok umah. selamat dunia akhirat.

berapa hari lpas adik aku balik firuz ni demam panas terus. aku syak dia rindu makcik nye yg sllu melayan kat umah. plus dia da kena hantar gi umah nanny agaknye da x selesa. sebab situ dah ramai budak kena jaga. dlu awal2 firuz n ada sorang lg je yang dia jaga. sejak taun ni da bertambah ramai dia jaga sampai jadik 4 orang. tu pasal aku rasa dia cam x kisah kot masa aku x hantar 3 bulan tu. sbb aku tgok dia mcam bz btul urus 3 orang budak lagi.

merah2 muka masa aku bawak balik. sbb masa hantar pagi xpanas pon. sampai umah amik remote ekon suh on. kepanasan sangatla tu.

bukak baju sme basahkan towel tuam2 kat badan. bagi makan ubat payah benor le. aku pujuk2 bg upah baru dia nak makan slow2.

petang nak ke mgrib mcm trun suhu. siap main2 lagi. call makciknye kat univ pon sama naik demam. elokla tu kau berdua.

malam elok plak tido. badan pon da x panas. klo budak demam ni bukan apa, memang x dapat nak tidola, merengek aje nangis. kau plak x henti2 kn tuam bdan dia dengan ais. pastu kompom2 kau x tido la jawabnye. trus mata lebam macam panda g kje.

terlebih sejuk carik kain nak selimut plak. esoknye pagi masa nak hantar ke nanny naik balik suhu. aku da redy ubat hantar skli pagi tu. nasib baik masa balik aku amik da elok. kejap aje demam rindunye tu. macam demam ngade2 aje. fuhhhh....lega.

skang hari2 pon kol makcik kat univ. bile ngan makcik laju je nak cakap dalam tepon. kepoh.

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com