Sunday, January 29, 2012

sesi berbaring dah tamat

pkul 8 pagi. tengah sedap2 golek atas tilam tguk tv karimah msg suh bangun ikot dia pegi tamu kat membakut. urghhh...kacau daun. dahla harini last day nak berbaring sbb esok da keje ): baru siap mandi aku tguk kete dia dah kat depan rumah. sarung tshirt n jeans pastu calit2 sunblok je. pestime aku jejak kat tamu sini. meriah gile dengan jualan2 penduduk tempatan mcm sayur2 n buah2 dia sme yang jenis kampung2 punye. tapi, keluasan tamu kecik skit dari tamu kat bopot. cume, sebab pestime pegi aku teruja la. cam jakun2 gitu.

tapi, ada mende gerun terjadi kat situ pada aku. masa dalam kejakunan aku tguk kiri kanan, karimah dah tinggalkan aku jauh dia jalan kat depan. pastu, masa aku tgah tguk2 sayur kat sebelah kanan. sekali je ada sorang laki kat sebelah kiri aku ni tarik wallet kat tangan maybe macam niat nak bergurau dengan aku gitula. punyelah terkejut sampai terkebil2 mata aku tguk dia kejap. aku punye eksen terkejut tu macam tahape aku tak pasti sebab berjaye menarik perhatian orang2 kat keliling jugakla nak tengok. 

aku ingat, dia berani gurau sebab dia kenal aku ke apa ke. tapi, rupenye dia gurau saje2. main redah je nak gurau dengan sape2. apekes? buat aku takot.

muka aku blur betul tguk muka pakcik tu, jadi kaku jap. dia boleh pulak senyum2, pastu dia gosok2 belakang badan aku konon2 nak redakan perasaan terkejut yang aku alami. makin la aku terkejut kot? sebab aku tak kenal dia langsung oke. berani je dia gosok2 belakang aku, GOSOK-GOSOK bukan gosok je. means banyak la kan? ehh?? dia ingat aku budak2 ke bole gosok2 sesukahati? eiii...trus aku lari carik karimah. takotnye! mengadu dengan karimah, trus kena ikot bontot dia dekat2. karimah cakap, agaknye pakcik tu ingat ko budak2. takde makne. sah memang pakcik tu gatal. ini la sebab nya aku tak suka kuar rumah, alam sekitar penuh dengan benda bahaya yang tak disangke-sangke.

keje aku bila ikot dia, mendengar nasihat cara2 memilih sotong, ikan dan udang.

 tak sah kalo dia tak beli buah pupel tu, dah tau nama nya ialah benunu.

 
perkara menggembirakan bila jalan adalah nampak makanan banyak tersusun. mata aku akan bersinar2 nak beli macam2. tak sempat2 tgu balik, aku akan makan sambil berjalan. buruk perangai.

 ajak karimah makan bakso pulak, nafsu makan tinggi la katakan.

ramai sangat orang kat sini. berselisih bahu bile jalan. pastu asik jem aje. sebab lorong2 nak lalu tu kecil.

balik je dari tamu, mula menjalankan tugas membasuh polish pastu sambung kemas rumah dengan gigih. segala sawang kat siling dan dinding kena bersihkan. lap kipas kat siling sebab habuk dah penuh sampai tak terasa angin walopon bukak vol. 5 kemas2 sampai selesai. lenguh badan T_Tpaling teruk aku rasa tangan kanan sangat sakit tak bole tahan. masa nak mop pon perah2 air kena slow2 sebab sangat bisa. nasib baik ada stok tiger balm plaster. fuhhh..

 aku sampul satu lengan dengan plaster ni, dari pergelangan tangan sampai nak dekat siku.

sebab tangan aku kecik, boleh sampul hampir seluruh pergelangan  tu. skang rasa lega, sebab dia bagi rasa macam panas2 yang kool. pasni, kalo pegi guardian/watson, kena beli stok lagi la.

anugerah juara lagu baru habis, awan nano (hafiz af) menang. aku rasa sme lagu yang masuk best. tp derang nani kenapa tah jadik tak best.

4 comments:

Redbloodsnow said...

eeee gerun plak baca kes si pakcik tu. cam gatal semacam je tu. giler brani slumber je dia gurau main tarik wallet org. ngok ar... hehehe

kalau zie pun, zie terkejut plus takut gak. dah lah tu siap gosok² belakang org. apa kes? ceh

CicieHawa said...

salam kak...lama xda jumpa kan??masi ingat ka ma hawa?? dulu kita pena 1 keja ne time akak amb partime keja kat drive thru...rindu tau ma kak..hehe skrg xda bawa skuter g ka???

cik chinta said...

tu r, td ngadu dgn member2 psl ni, derang pon ckp pacik tu myb nk pugai.

cik chinta said...

igtla. ihi. rindu? jom r jumpe. skg ni kje kat bopot. x gn da skuter la. ihi.

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com