Wednesday, February 1, 2012

merentas desa 2012

minggu sukan dah bermula, walopon rasa cambest sebab tak sakit kepala nak siapkan rph n rasa rileks xyah pkir2 nak ajar topic ape, sediakan soklan n tanda buku2 student. tapi sebab taun ni pegang kelas pmr n spm buat aku x keruan kalo skola asik2 nak buat aktiviti n cuti. nanti silibus tak habis2 mula la tunggang langgang nak kejar plan tahunan. pastu bermula sesi sumbat2 dengan skali banyak. mau x meletup kepala student masa tu. trus last2 kepala derang 'hang'. 

disebabkan nak merentas desa ni, aku terkuar lambat dari rumah tapi berjaya sampai cepat sebab bawa kete sipi2 macam formula 1. mungkin sepanjang perjalanan tu, aku kena kutuk dengan orang kampung sebab tak beradab bawak kete. terlambat pasal syok sinri melukis wing kat mata guna eyeliner. sebab terkenan dengan mekup yuna masa AJL ritu. aku memang suke berangan tahape kan?
pakai shawl baru beli dengan hage rm9. tapi, masih tak dapat nak jumpe shawl macam adik aku punye tu. kat mana la nk carik T_T dia punye best. pashmina adik aku lembut dan lebar dia cam shawl bse.

keje kitorang berempat rini duduk kat last check point, iaitu kat dalam skola je. keje berpencen dan tetap tetiap tahun bila merentas desa. takyah susah2 nak kuar dari skola (;

macam baru ni la geng gosip bergmbar sama2 tahun ni kot? tu pon aku yg ajak derang ni bgambar. apehal tah masing2 da mula jual mahal muka. nyampah btul. dahla dayang, mimi, adi n karimah xde dalam gambar ni. macam x meriah pulak. derang ni pon, sudahla kalo tym keje hari bese kompom2 xde jumpe n xdapat cakap2, nak bergambar apetah lagi. ni ada aktiviti lengang camni nak amik gambar pon kena jemput. mau aku macam nak tampar2 muka budak2 ni.

arini ktrg cakap puas2 pasal dua minggu masing2 tak buat repot sesama sinri. dapat makan sama2. seronok la dapat gathering sesama =D padehal satu skola je pon. kecoh btul dapat gathering makan sama2.

pelajar pertama sampai kat last check point, x pasti dari pasukan mana. tak minat nak amik tahu pasal aku tak sokong mana2 pasukan. aku takde rumah sukan, sebab join majlis sukan sekolah.
budak kedua sampai, ni kawan adik aku dlu. semangat btul la, siap bawa bendera rumah sukan.

haa...yang ni dah sampai beramai2. jadi da tak dapat detek sape sampai dlu ke ape dan pastu abaikan aje sape2 yang sampai. kat last check point ni, pelajar akan dapat markah mengikut masa yang telah ditetapkan. markah tu  kena kumpul kat rumah masing2 untuk menentukan rumah yang menjadi juara dalam acara merentas desa ni.

sni la kaunter pengumpulan markah setiap pasukan. pelajar2 akan serah point untuk dikira oleh pelajar form 6 yang bertugas.

seblom bagi point, kena check masa derang. semakin lambat sampai, point makin skit.

kak rusta, penggerak utama pasukan raja udang. walopon sakit2, dia lagi kuat semangat bersorak supaya pelajar gigih nak kejar point. bikin malu la sama orang yang sihat walafiat.
orang ni taun lepas kemain dia jadik pom2 gurl kat garisan penamat. tahun ni dia pandang sbelah mata je. nak retired sebab merajuk dengan orang yang tak reti nak hormat orang lain. mende simple dah jadik melarat pasal tak pandai nak urus situasi. padehal, takkan la kak rina nak eskep kot? tatau ke dia punye latar belakang bekerja, ada pandai eskep ke?

pastu batery hp flat, terlupa bawa spare. sampai sni je la dapat capture pic. tak best :( nak senangkan hati, aku tolong fiza bg point kat budak2 perempuan A. bila habis je, naik bilik dayang beramai2 sebab nak dapatkan econ. masuk tahun ni, dah tak berapa berkobar nak amik tahu pasukan mana jadik juara. padehal, tahun lepas aku yang umumkan juara merentas desa. dengar2 cite macam pasukan rajawali menang tahun ni (:

pkul 11, kitrg ada pegi melawat pacik nawar, pembantu tadbir am rendah kat pejabat yang kena strok. teruk juga, sebab dia dah x dapat bangun, siap terpasang macam2 tiub kat badan. pihak hospital pun dah x dapat buat apa2, jadi di nasihatkan bawa pulang dan dijaga di rumah saja. kitorang pegi naik bus skola lagi secara berjemaah. memang happening btul, masing2 tetibe nak jadik konduktor bus. rasa macam cikgu2 kat sini caring. bila ada kawan sekerja dalam kesusahan, derang akan amik berat juga.

balik tu aku singgah rumah karimah makan spagethi wit cheese. balik bantai tido dengan riang ria.

ichiko comot dah pulang jumpa tuan yang suka membuli dia. 3 bulan x jumpa, ichi dah x malu2 dengan orang, dah x kembangkan duri bila orang nak pegang dan x gulung2 kan badan jadi bulat macam bola. makin aktif nak merayap sana sini ada. eiii...geram betul!

6 comments:

Unknown said...

best tu merentas desa...apsal time sekolah dulu xde benda2 macma ni...huhu

cik chinta said...

best kat studen, derg kn x ske blaja. ha8

Anonymous said...

desa tak desa cikgu ttp mables okes hihi..

cik chinta said...

bodek yerr?? ihi

najwa nano said...

comelnya ichi..bagi saya!!

cik chinta said...

byknye tu jual kat sana. sni nk dpt stok pye susah. dlm proses nk cr psgn tuk dia. cian. xd kawan

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com