Friday, March 16, 2012

bakal suamiku seorang pelaut ;p

bakal suamiku seorang pelaut ;p
(untuk tatapan bakal suamiku yang dicintai)

ketika bening zuhur menunduk
lafaz akad bakal bergema
bersumpah menjaga rusuk di depan mata

berharap tiada retak tercipta
kehancuran dijauhkan dari kita berdua
adamku, harap kau belajar memahami kehidupan kita

ku tahu
kehendak perkhidmatan yang memerlukan
tenaga dan taat setia
masa, tenaga dan tugasnya
adalah isteri pertama.

lafaz nikahmu,
sebenarnya satu perikatan dengan amanah agama,
jika kesabaran tidak bertapa dihatimu
syaitan berleluasa dengan buas di minda

wahai bakal suamiku
ku fahami
tugas seorang pelaut tidak seperti seorang guru
pulangku sudah tentu waktu.

langkah pulang ke rumah seorang pelaut
tidak siapa tahu waktunya
adakala subuh telah jantan
adakala malam telah menyembunyikan kelamnya
adakala senja tidak beremang

jika aku tidak sabar keseorangan

maka bahtera yang bakal dibina
mahligai kita nanti pasti akan goncang

akan aku fahami
suasana kehidupan bersama seorang pelaut
masanya bukanlah untukku sentiasa
mungkin diriku hanya tempat persinggahan sementara

dan mungkin juga sebagai memenuhi tuntutan agama
jika aku tidak sanggup ditinggalkan bila malam
mungkin lama dan lebih lama

justeru
aku berharap dapat meneruskan pelayaran
sekapal dengan bakal suami ku si pelaut
walaupun perjalananku hanyalah satu perjudian
yang bakal merasuk kesabaranku
dan aku harap
aku bukanlah mangsanya

amin. 

aku tguk al-kuliyah tadi pasal kawin2 ni kan? terus terjumpa maher zain punye lagu ni da ada malay version. cumils kan?




aku edit je ni dari blog sape, lupe T_T ampun. meng"edited" sebab dah asik2 mimpikan muncets. pandai pon aku sampai zon meroyan. tak sabar tgu muncets balik. erghhh....apepon aku tak buat cuti ni. bersepahhhh lagi ruang tamu nih.

9 comments:

NorHaFydzah said...

syabas dan tahniah dan sila pertingkatkan kesabaran dan keimanan yang tinggi untuk menjadi isteri yang sentiasa akan berjauhan dengan sang suami. waa tabik springgg! tau pun akak nak rindu sampai kasi puisi untuk hencek abang kan... hihi so sweet ~ i likeeeee!!

cik chinta said...

ihiks...kang org asik ckp aku tak pedulikan dia pulak kan?

Anonymous said...

comel jew entry ni..

Unknown said...

hehe..terserlah kerinduan nye ni

cik chinta said...

u can copy beb..kite dalam line yg sma. (:

cik chinta said...

tinggal x sampai sebulan lagi je nk rindu. cepat2 masa berlalu.

najwa nano said...

al-kuliyyah pasal kahwin gantung tu ea?haha.najwa tengok gak.
kahwin dengan pelaut dapat latih diri dengan sifat sabar.kan sabar itu indah :)

cik chinta said...

hahaks..dlu muncets pnah sugest nk kawin gantung..hahaha...yup..sdg bersabar la ni..cepat2 muncets balik (:

qhaizaa said...

sapa muncit tu..?bole taw nama apa..?rank apa n kapal apa..?

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com