Saturday, March 17, 2012

imagination is more important than knowledge-Albert Einstein

kenapala aku boleh terjadik guru fizik kan? 

aku benci gila belajar fizik masa kat teknik kemaman dulu pasal subjek ni karut. tahape je pasal aku kena belajar mende2 gini kan? cam satu pon aku x paham. tapi, sebab nak dapat markah bagus, aku hafal sebijik2 ayat dalam buku rujukan. tu pasal result oke je..tapi takdela bagus mana pon. 

lagi yang buat aku tak paham, napela cikgu fizik sayang sangat kat aku. maybe sebab result aku oke je kot? atau aku takde wat masalah dalam kelas. kerja sekolah siap slalu. opkos i siapkan u, dalam kelas aku tu, ada dua orang je pompuan sopan, lelen sme jantan yang menakutkan. tak pasti berapa ramai pelajar dalam kelas. sebab aku tak suka kawan dengan derang. aku tak pernah bergambar dengan derang pon. kalo ada, satu gambar je kot? tu pon gambar kelas masa form 5. tapi, kalo konon2 dalam kelas tu total 30 pelajar. hanya 2 orang prempuan baik hati dan 28 orang jantan yg sangat jahat dan nakal. sampaikan kelas kami dibenci oleh semua cikgu yang mengajar. sadis T_T kelas kami dapat title dari sme guru2 situ "wanted class 2001/2002"..bangge? yeee...bangge..sebab sampai skang kalo pegi skola, sme cgu kenal pelajar kelas ni.

btw..aku cuma suka Fizik sebab cikgu yang ajar tu guna perumpamaan yang menarik tiap kali mengajar. contohnye kalo bab momentum..tym awal bawa awek merempit kat belakang, skali berlanggar awek tercampak..so, mass da kurang kan? sile kire..gitu r maksud aku. takde istilah guna buku teks dalam kelas. sme yg dia ajar adalah berkaitan dengan mende2 yg berlaku di sekitar. senang nak paham kot? paham skit2 je ;p

masa aku study kat matrix pon gitu la jugak. aku tak minat subjek ni, tapi xde pilihan lain. kena sumbat jugak jadik budak fizikal pasal takde asas biology. nasib bek setahun jek terjebak jadik budak fizikal. kat sini pon belajar gile2 pasal lecturer dia best2. tak skema. kalo skema pon mesti lecturer prempuan. pasal pompuan ni kan imaginasi rendah..wakakak...boikot jantina sindri nampak? kenyataan tuh. takle dinafikan ^_^ tiap kali dapat lecturer pompuan mesti awal2 da rasa spoill...derang slalu ajar x best okey. salah mengajar pon ada.

paling best masa kat matrix time buat eksperimen dengan En. Fariq. seminggu sekali je lab dengan dia. tapi skali buat 3 jam beb. tu blom campo dia wat kelas tahanan sebab data yang kitorang dapat tak ngam dengan graf. bile masuk data dalam graf tak dapat titik tengah yg dapat bagi sama rata atas dan bawah. okeh pening..abaikan. report kena siapkan dalam lab n submit ritu jugak. hebat?? 

memang hebat. sebab tu before kelas, ktrg da get ready baca manual betul2. redykan report awal, nanti masa buat eksperimen tinggal masukkkan data dan lukis graf. pastu discussion. setel! tapi slalunya mesti ada slack..slalu kena kelas tahanan sampai sejam lebih. bayangkan ko dalam lab sorang2 buat eksperimen semula pasal data tak tepat. rasa nak loncat dari tingkat 4 tu okey. 3 jam campo sejam lebeh = hampir 5 jam berdiri wat eksperimen pastu balik bilik ko x habis2 membebel rasa nak pegi pancitkan tayar moto dia. grrrrr..

kenapa aku suka En. Fariq ajar walopon dia kejam?? sebab ayat pertama yang dia cakap masa awal2 kami masuk kelas dia 

"sebelum kamu mulakan semester baru sebagai budak fizikal, saya nak bagitahu, belajar Fizik kamu tidak akan menjadi kaya, kalau kamu hendak kaya, kamu belajar akaun, sebab akaun adalah berkaitan duit, dengan duit kamu boleh kaya. Fizik adalah ilmu tuhan, dengan belajar Fizik akan mendekatkan kamu dengan tuhan pencipta alam, mendekatkan kamu dengan agama islam. saya bagi kamu peluang, jika hendak kaya, silakan tukar course..silalah jadik budak akaun. jika kamu hendak dekat dengan tuhan, pastikan kamu setia dalam kelas ini"...

perghhhh.....melekat kat otak aku sampai skang. betapa bestnye ayat pertama dia tu. walopon aku takde berjaya sangat mendekatkan diri dengan tuhan, sekurang2nya aku tahu..mmg betul. ilmu fizik adalah ilmu yang mendekatkan kamu dengan tuhan sebab sme mende yg diceritakan dalam subjek ni adalah berkaitan dengan alam dan telah berlaku lama dahulu. cuma, awal2 dlu org tak discover btul2. tapi, mende ni mmg berlaku dlm kehidupan seharian kita. tak percaya? pergi belajar balik dengan cgu fizik.

bila mana aku masuk univ pon, aku cuba nak melarikan diri dari amik subjek fizik sebagai major. aku lagi suka jadik cikgu math kot? senang, kire2 aje, xyah nak logik2 imaginasi bagai kan? ingat senang ke nak imaginasi pastu nak ajak budak2 imaginasi sama2? susah, otak kita lain2..urghhh..cara berpikir x sama.

kat univ, nama aku masuk lagi dalam list major fizik. siap jumpa dekan nak mintak tukar, tapi kena tolak dengan alasan dah takleh lagi. sebab kalo smeorang nak kuar dari major fizik, mau kena tutup kot course major fizik ni. okeh...teruskan saje la perjalanan. budak2 course fizik adalah saaaaangaaatttt sikit. adelah dalam 30+ orang. sedangkan major math, kimia n bio kemain ratus2 orang.

tapi, last2 aku bersyukur masuk major fizik sebab ntah ek? aku suka gila belajar fizik. best kot? ko xyah nk kire panjang2. yg penting faham konsep, pastu imagine la banyak2. nk imagine karut2 pon xde sape nk marah. pasal amik major fizik jugakla aku boleh kejar pointer walopon dah nak last2 semester. malah, subjek fizik pulak aku boleh target A dengan yakin. wakakakak...dan lecturer kami best2. di import dari obesea lagi. kebanyakan lecturer tu sme laki, dan tak skema. walpon x hensem lecturer kami, tapi tu tak penting. don't judje a book by it's cover kan? inti adalah perkara utama. kalo ko wat karipap cantik2 kat luo kelepet dia, tapi isi cam hampas. aku tetap tak akan makan last2. kami best, ada kelas utk lab jugak. jadik tak berapa nak panas punggung asik tadah telinga dalam kuliah ^_^

dalam banyak2 lecturer yang ajar kami, ada sorang je pompuan, miss teh..dia ajar electric electronic..okeh, walopon dia pompuan tapi sangat mabeles...sile la carik pompuan yg terel electronic? electric tu senang..but electronic ada payah skit..dengan segala hukum kirchoff..pengsan kot nak ikot jam lawan jam nk mengire. tapi, aku suke dia pasal dia berjaya mengajar dengan hebat. kagum tau kalau ada prempuan dapat ajar fizik dengan best.


aku harap dapat jadik guru fizik yg best jugak skang n sampai bila2 ^__^ okeh..aku tgah gerun sebenanye skang, sebab result spm da nak kuo..stressss...sebab ada beberapa student degil tahun lepas yg asik ponteng skola. apesal la kalo nak dapat result je aku yang melebih2 takot..sape yg amik exam sbenanye nih?

baju rasmi kitorang budak major fizik..da lusuh, aku da xnak pakai pon.

masa hari budak2 HT16-pendidikan dengan sains. budak2 sains kena pakai baju kaler merah. kitrg awal2 semester..muka nerd2 seh.

final year..korang kire la kami berapa orang. paling best, kami semua kena posting di borneo.

budak2 pompuan major Fizik..kurus nya kitrg sme masa ni kan? final year dah ni. masa ni masing2 dah mula rapat2 sebab kitrg dah menghala ke arah major Fizik. dah x bergaul dengan budak2 minor math. 

aktiviti last anjuran budak major Fizik. kitrg pegi pulau-pulau..ye pulau-pulau..3 buah pulau. habis burn muka aku. skang kitrg dah masuk tahun ke-4 keje. ramai dah ber'family' (:

 devon roy sator..


dah ada baby gurl ^_^

madonna ripin..blom ada baby

aku x pasti nama dia..yg aku tau aku panggil dia budak cina kecik yang comel

da ada baby jugak..gurl

wan nizah..budak pompuan islam pertama dalam major yg kawin, aku kenal laki dia. kisah kawin yg hebatla jugak. kenal 4 bulan lebih trus kawin. laki dia orang kelantan..hahah..tu la dia..dlu kemain xnak ada bf orang kelantan..nahh...sekali terkawin jugak.


dah ada baby boy.

nadia richard..aku pegi masa dia kawin..gile cantik okey.

da ada anak..baby khloe. opsss...laki dia ni sejak derang zaman matrix-zaman univ pon sama2. keje trus kawin.

ini kawin sesama major fizik. aku pon baru dapat tahu, ekceli da tahu derang owez sama2 masa kat univ dan dalam kelas. ingatkan gitu2 saje..rupenya betul2 kawin la.


aku ingat nama laki ni saje..fong wai keat..sebab dia budak paling tinggi dalam kelas. ada je yang kawin2 lagi. aku mlas nk curik gambar derang dalam fb. hahahah...next??? sape pulak yg kawin kan? ;p

aku rindu nak buat gathering dengan derang, sebab masing2 posting borneo je pon. bukan jauh2 sangat. malah ada  je major yang sama2 mengajar dengan aku kat befot ni. tp, jumpa setakat selisih kete je masa nak g keje. kejam btulla. 

yang pasti, aku tak rindu nak beratur tunggu bus kat kampung E ni. lenguh nak tunggu sampai turn dapat naik bus tuuu....


8 comments:

NorHaFydzah said...

semoga tahun ni untuk mencapai kualiti tercapai... hihi aminnnnnnn ~ :)

Unknown said...

eh..spm dha nak kelaur ek?

cik chinta said...

oh yeahhh.....hrp2 mood oke je kn? ihhiks..

cik chinta said...

ari kamis kot? yg pentg dis wek r..gerun..

Anonymous said...

x lama lg, entry kawen kak dila plak... nge3x... baby boy @ baby girl erk?

najwa nano said...

siapa yang ngajar akak physics masa form5 dlu?kenal cikgu wan zani teknik kmm?dia cikgu superb r..najwa dari E physics belajar dengan dia dapat B+ spm.walaupon tak dapat A tapi its quit okay lah kan.bukan sng nak improve dr E to B+ tu sesak gak napas.physics best tapi najwa tak suka ngira2.kepala otak sastera..
amboi banyak gambar orang kahwin..nanti akak plak :)

cik chinta said...

eleeeeehhhhhhh...kita konon...entah2???

cik chinta said...

opkos kenaaallll...he's my abang jambang. hahaks..sebab dia ajar la rasa cam oke kot nak jadik cgu fizik. pujuk diri sindri. akk nye result fzik pon troks jek. hahaha...padehal cgu da best gila masa form 4/5. cian abg jambang, menaruh harapan, last2 tade nyee...kalo da xpandai tu..hampehla jugak resultnya. hahaha

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com