Saturday, February 11, 2012

pasal kopi pon aku stresss..

bangun tak berapa awal, tapi kena juga membangunkan jasad sebab kena ganti persekolahan. ritu kan skola aku gatal2 amik cuti raya cina. padehal takde pon studen cina, cikgu pon takde yang celebrate. ntah..layan je kalo orang dah nak bagi cuti kan? 

ingatkan dapat balik awal sebab ada buat aktiviti gotong royong kat kelas masing2 je. sebagai guru kelas, opkos muka kena ditayang sepanjang masa memantau pelajar buat keje. kang derang gotong royong mende alah len plak. bukan boleh caye bebudak ni. 

pihak sekolah siap belikan plastik berwarna warni utk buat alas meja pelajar dan guru dalam kelas. tak ramai yang datang tapi aku teksah sangat pasal lagi mudah nak kawal pergerakan derang. aktiviti pertama, aku design kan susunan meja baru. motif? supaya lebih senang round untuk check sorang2, siap keje skola dan buat tak latihan masa dalam kelas..kehkehkeh..

pasni, xyah susah2 aku nak buat tawaf macam ular yang tersekat2 sebab takde space utk aku lalu :) rajin je demonstrasi berjalan2 kat cikgu hazami yang buat soklan cepumas "nape perlu buat susunan begini?"..bizibodi manjang. lepas hbis buat catwalk. dia kagum dan cakap, great! sambil wat gaya thumbs up.
then, bincang pasal mende2 yang wajib dilekatkan di dashbod depan dan belakang kelas. cam jadual waktu n jadual bertugas. buat 8 kumpulan mewakili 8 subjek, setiap kumpulan kena buat satu nota ringkas dalam manila kad untuk tampal kat belakang.

paling xleh blah, aku bole pulak terpikir idea bernas..tugas untuk ketua dan penolong kelas. "selain daripada memastikan siapa pelajar tidak hadir. kena juga tulis dalam buku yang saya sediakan, siapa guru yang tidak masuk mengajar" ;p kerlasss idea busuk. nak tahu, sape paling kerap eskep mengajar without any reasons.

kitorang share plastik meja dengan kelas satu apetah. dapat kaler pinky. eyeksss...tapi layan. bagus jugak kaler striking nih. ceria bebudak dengan suasana terang benderang. cuma, plastik tu nipis sangat. aku tak yakin plastik tu bertahan sampai akhir taun. 

sedangkan taun lepas pihak skola dan sarungkan tiap2 meja pelajar dengan tikar getah paling tebal gred A pon derang dapat koyak2 jahanamkan. ni pulak plastik nipis yang tergesel pembaris tumpul pon bole koyak. emm..tguk je la nanti camne. takleh nak komen banyak sebab blum terbukti ;p

cite pasal aku balik lewat, ni sme pasal pantau budak2 pasang alas meja tu la. sampai nantok tgu derang nak siap stapler. ohh...lambat siap sebab 4 orang aje yang tinggal last2 tu pon budak2 asrama pompuan. memula, hajat nak belanja derang kat kantin lepas siap2. tapi, makanan sme da licin. so, aku janji belikan derang makanan lah pastu bagi minggu depan. better kot bagi makanan sebab bebudak asrama ni, kompom suke if dapat stok2 makanan untuk derang kunyah2 kat dorm. aku pon budak asrama gak dlu, opkos memahami.

sampai rumah trus sinsing lengan berehkan keje bertimbun2, termasuklah mandikan ichiko guna syampu. settle siapkan keje dalam rumah ni jam 1530. baru teringat, boipren aku berlakon dalam tv arini. laju2 tekan remote astro. uhukss...da terlewat sejamsetengah.


kuch2hotahai...sesuatu berlaku dalam hati ku. bile iklan je aku nyempat2 lari ke dapur kupas ubi kayu dan terus rebus. gian makan dengan sambal ikan bilis. xleh blah..menitik2 air mata sambil suap ubi dalam mulut. berhantu btul la cite ni. tiap kali main aje. kompom berhingus hidung..sobss.

macam, tiap2 kali karimah ajak pegi tamu hari jumaat atau sabtu, mesti aku beli ubi kayu. lagi sedap sambil makan pekena kopi O. masalahnye aku dah takleh minum kopi skang. tapi..kenapa la aku berkhayal jugak kesedapan mende tu?? 

pelis la kopi, janganlah ko goda aku lagi. semalam, aku lalu kat depan tempat proses kopi sebuk tenom tu. erghhh...trus teringat aroma wanginya dan siap2 lagi aku imaginekan air kopi tu dikulum2 dalam mulut. betapa sedapnya kopi tenom yang aku minum kat sipitang zaman aku aktif minum kopi dulu. terasa sampai skang. 

terus ligat otak berpikir..nak beli tak nak..nak beli tak nak..nak beli tak nak..trus stress sampai skang.


4 comments:

najwa nano said...

harini saya lupa nak ke sekolah padahal sekolah saya pon kena ganti juga.hahaha.

pink cantik la..kombinasi hijau pink lagi cantik macam botol airku.hehehe.

takpayah stress2.beli je.kopi memang sedap takleh dinafikan lagi :)

betty said...

hi sayang aku disini..lepas rindu kamu :)

cik chinta said...

eiii...cane bole lupe? mak x kjut eh?

cik chinta said...

betty g mn? bz keje?

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com