Monday, February 13, 2012

penatttttt..................


macam baru je aku rasa MSSD tahun lepas habis. tak ilang lagi rasa penat duduk bawah khemah berasap sampai naik itam kulit. tetibe da sukan balik...tak sukenye! 

rutin tiap awal tahun bile habis je sukantara sekolah. sambung bawak pelajar terpilih pegi sukan peringkat zon. pelik, tahun ni ada peringkat zon. biasanya direk pegi daerah. trus kepala aku buat andaian, ni mesti salah satu cara nak cut kos lagik, memilih atlit dari 3 buah sekolah. jadik, peringkat daerah nanti sikit je yang join...erghh..lagik2 cut kos. sekolah yg terlibat untuk zon smkg, weston & kolej vokasional. ni pic awal2 pagi, bagi number & baju pada atlet.




sesi pasang number kat baju memasing. kalo x dipantau, ada saje yang baru terhegeh nak pasang masa acara nak mula. pengalaman lepas mengajar...jadik..dapat je number. trus suh pasang.


welkom to the club newborn! kim & hairol, 2 orang ahli baru yang tinggi2 belaka dalam majlis sukan sekolah untuk taun ni. kedua2nya mmg sangat berbakat besar dalam sukan dan sangat boleh diharap melaksanakan tugas.  sukehati sedikit, pasni takdela aku tensen kena jaga budak2. "aku rase, budak yg amik pic ni dalam keadaan tak dapat memilih gambar mana yang harus di ambil penuh. sebab tu henpon aku jadik dia assume haruslah pic aku yg penuh satu badan. sori hairol..kepala ko terpotong. ko tinggi sangat la."



 suasana track ketika sesi sukan dijalankan pada waktu pagi...panas terik yang menyengat.


nampak bebayang? itu tandanya hari adalah panas.


under 15 (lelaki B) bakat baru terjumpa untuk tahun ni, waradana (D026). padehal, dah form 3 pon, apesal la baru nak tersinar ujung2 time nak pmr nih. dah rugi dua tahun x dapat emas untuk acara lelaki B. tersenarai secara rasmi sebagai pelari short distance, dia ni lari cam pelesit. speed cam tahape je dan ada style pelik, sambil lari dongak ke langit. sambil lari berdoa kot?


geng tetap! sedang menurunkan ilmu2 kepada hairol.

melawak dengan atlet yang baru lepas lari. kasik kool down emosi derang sebab pasni ada lagi acara. tunjukkan cara merileks kan kaki.


check turn & susun atlet ikot acara. kim panggil pelajar pasal aku dah tanda sme turutan dalam kertas nama2 atlet terlibat ikot aturcara.


atlet muda, pelari untuk long & short distance. adik kepada pelari long distance terkenal sekolah ktrg. bagusla, dia dah hantar pelapis untuk komfirm dapat emas tiap2 tahun. harap2 la kan? ;p


bukan nak kata apa...tapi memangla asik2 kitrg saje dapat emas hari nih. # membulatkan atlet dr smkg yang menang#


setiap acara,antar dua atlet. dedua pon smkg sapu, emas & perak. acara 200H, P15.


=.= sapu bersih dedua

smkg lagik ^.^


kecederaan paling disaster. kaki melecur macam masak je tapak kaki. yang berbalut tu sebab kulit kaki terkopak, melecet teruk. ni jadik, sebab dia lari tak guna kasut. degil sangat. dah cakap, kat track mesti guna kasut. derang ingat sama je kot macam lari kat atas padang. dahla tengah2 panas terik tu. opkos track panas jugak. ohye..derang ni first time on track sepanjang bersukan. pasal kompleks sukan ni pon baru je dedah lepas semester dua sekolah siap. seblom ni, asik lari kat atas padang sekolah yg berlobang2 & berlumpur. tu pasal derang lari biasanya tak pakai kasut sebab kalo pakai mesti stuck dalam lumpur, lagi satu pasal derang cakap, lari x pakai kasut lagi laju..budak2 kampung yang dah biasa lari x guna kasut. jadik, arini dia telah aplikasikan kekdah tu kat track ni. pengajaran..tak percaya sangat cakap coach. padahnyee..


makin lama, bengkak pulak. padehal esok dia still ada game. dah gini keadaanye, redha la. sile menarik diri.


PK kokum datang melawat tapak kejadian. ketua mesti care sama org bawah. baru la kena respek.


petang, hujan lebat dengan petir sabung menyabung..pasrahhhh...kena tunggu ujan reda baru bole start smula game. tu pasal balik lewat gila2. patot dalam kol 3 ke dah habis. ni kol 5 baru selesai. pegi kompleks kol 7 balik kol 5..baik g ngajar la camnih T_T ekceli, pegi mengajar lagi bagus dari keluar bawak atlet. mengajar balik awal. pahtu sehari ada dua kelas je. paling2 pon 3 kelas. nak kawal pelajar dalam kelas senang, kawal belajar aje. ni, bawak atlet..nak kena tguk makan minum, kalo cedera kena rawat pastu pantau supaya derang jangan merayap. mata mesti alert pergerakan setiap pelajar. biasanya, suh derang duduk dekat2 dengan kawasan tu je.

ujan da brenti baru bole mula sukan untuk sesi petang pulak. nasib baik reda, kalo tak...lari la dalam hujan tu.

aku tatau nape kim suke bagi try makanan pelik2.


pakaian rasmi untuk kami esok! pestime dapat baju kaler biru. chantik dan gembire sebab dapat saiz M. saiz yang ditempah untuk aku dan kim saje. inilah benefit jadik orang MSS, part mendapat baju pasukan pengiring..happy ^.^ kehkehh..banyak da koleksi baju sukan aku  (:

balik je. mandi dan tumbang ke tilam. 

6 comments:

NorHaFydzah said...

tu la..i pun rela pergi kelas... pagi balik tengahari... kalau kes camni..sampai ke petang tak sudah2...hoho jeles la dapat baju lagiiiiii.... hihi

najwa nano said...

bangga jadi guru pengiring sume menang,at least berbaloi berpanas sampai itam kulit.
tak sangka cik chinta begitu kecik kiut orangnya.haha.lain dari adik2 lain.

cik chinta said...

tang baju jek best nak oiii...tang menahan rase dgn perangai budak2 yg tetibe jadik ngegade. aku stressss.

cik chinta said...

cube tguk bila da sebulan balik rumah parents. dia akan berubah skala kelebaran secara mendadak. ihiks.

zOeY zAu YaH said...

sukan di tgh pnas? aiyak...=.="

cik chinta said...

yang panas studen :) me dok bawah bumbung sajek.

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com