Monday, April 29, 2013

review: eyliplex-2

aku penatla rini. peha kanan sakit betul. macam x elok dah jalan. nak jalan pegi kelas berkire2 jep. gagahkan diri la berjalan & berdiri mengajar dalm kelas, tp, kejap2 aku duduk. sakit nye la kaki.. panas jangan cakap. berpeluh2 la muka & leher dengan badan ni. melekit.

tadi aku da jumpa pengetua mintak cuti awal seminggu kan. cisss...dia mcam xnak bagi okeh. dia nampak aku cam steady2 aje. ke sebab perut aku x ketara ke depan gitu, so dia cam pelik nape aku nak mintak cuti awal. trus aku cakap, minggu ni masih keje la. aku amik cuti awal seminggu je kot.

siap mintak surat hospital bagai, sedangkan aku dah mintak cop sokongan dari kkia. dia x caye plak. aku dah la x amik cuti melampau awal. ko banyak cite plakkkan. kalo ikot hati, aku dah lama nak chow je. sapela nk beranak kat sni dgn takde laki, takde family sme. 

syukur la skit, aku x macam org lain yang 8 bulan je da gedik2 nak balik. aku ni, da dekat nak sampai masa pon menapak keje. padehal ritu awal2 aku dah plan dengan cets nak amik cuti tanpa gaji je. last2 x jadik. penat plan. dah cecets membebel nape x ikot plan asal tu.

kadang2 rasa apehal la aku kuat2 ni g keje. klo tahu, wat2 je lemah x bermaya. amik je cuti slalu. sebab orang lain, skit2 je cuti. pastu balik awal. x pkir pasal studentnya tertinggal silibus ke apa. 

okehh...emoooo....ahahahah...esok sambung ketip soklan fizik lagi bagus.
 

marilah me"review" lagi. ni eyecream, untuk orang yang ada masalah kekeringan area mata yang menyebabkan munculnya wrinkle/garis2 halus dengan lebih cepat sebelom datang waktunya. skema ayat aku? pastu dia jugak kasik tegang area2 sekitar mata. bile dah tegang, maka takdela wrinkle kan? pastu bole la kite mekup dengan cantik tanpa bercapuk2/fondation tertepek2 dekat garisan halus bawah mata tuh. kan ke buruk.

cream ni didatangkan dalam 2 bekas skaligus, pakai untuk pagi dan malam. aku malas nak snap mcmana bentuk bekasnya. 


ajaran pemakaian (: pakai sekali pagi, sekali malam. jangan pakai banyak2 ek. skit2 je. kang belendir keliling mata plak.


hasil dari pemakaian ni, mata aku lebih senang nak mekup. means berkesanla. lagisatu aku suka sebab dia cepat meresap. jadik, jimat masa. sebab aku pakai ni seblom mekup. kang kalo belendir2, kn amik masa plak nak mengipas kasik dia kering. ni xyah mengipas. kejap je resap.

hage: x menjimatkan poket. 100++..tapi tahan lama. aku beli tahun lepas, blom lagi habis.

bau: xde bau

kalo habis nak beli lagi: yep (: sbb dah percaya dgn brand ni. xtau la klo terjumpa lg bagus dr ni pasni. tp aku dah baca byk review, mmg ni berkesan.

mana nak beli: sasa (:

daaaaa....esok xde kelas pagi. rasa hepi utk kaki ku...eheee...


7 comments:

dhiera said...

lepas geram ye dgn pengetua ye
nak cuba la eyecream. rasa jugak macam ada kedut2 bwh mata ni~

azizah :) said...

itulah nama nufaka tak amik cuti 2minggu awal ke.. kan kita boleh dapat..larat lagi nak kerja sampai bersalin yer..

jijah kalau larat pon nak cuti gak sebulan awal! huhu

cik chinta said...

dhira; aah...geram jap smlm =D

jijah; bole amik awal sebulan, kt bawa cuti tu kedepan (:

najwa nano said...

ala siannya..dapat pengetua yg xbertimbg rasa.sabar je tau.Insyaallah dipermudahkan segalanya.

Siti(zoey) said...

cikgu cemerlang ni..

Puan Kutu said...

kedut byk tp malas nak bereye cream bagai boleh?hehe..

sabo jer la kan..dugaan ibu mengandung..byk pahala tu dpt..hihi

cik chinta said...

najwa; tetibe je dia xnk bg kan. pelik jg.

zoey; pmls nih =D

pn kutu; harap begitu la (:

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com