Friday, October 9, 2015

anak demam aku rasa geram

badan aku rasa x sedap dah hari senin tu. minum air banyak2, but senin malam tu da start ingus leleh2. hishh..kalo tak preggy xdela gelabah sgt. sbb skang tgh preggy so rasa susahla jugak sbb bukan bole main hentam makan ubat yg ada kat umah or beli kedai. mesti kena gi klinik jg.

igt nk tahan2 je sakit. kot sakit biasa. haa..petang selasa balik kje aku da lepek2. x tahan da kepala noning2 plak. trus aku mesej kazen keje kat klinik 1 msia tu if dia duty. ngam duty dia aku ckp nk dtg lpas magrib mintk ubat. biasa aku gi klinik permai. tp membayangkan kena tgu turn paling koman sejam. patah pinggang aku duduk sambil berkejaran dengan firuz tu. cetss plak xde ni kursus. adoiyaa...time2 bapak dia xde la aku nak sakit kan. nak kata demam sebab jerebu ke apa sabah xde sangkut paut jerebu kot. ntahla, da sampai masa nak sakit.

gi klinik 1 msia xyah tgu lama turn. orang pon xde. kejap je setel. kazen aku bagi panadol n ubat kumur aje utk legakan tekak. huhu..ubat basic je dia bagi. rasa x bestla. sebab ingus n batuk da bakal menyusul. kalo batuk2 x best sebab kdg2 buat aku ter peee peee dlm spender. huhu..biasala, perut beso sgt. dia ckp xle bg ubt2 ngantok2 ni masa preggy sbb efek baby. kang dia x aktif tido dlm perut. yela, ikot prosedur btul2kan. aku telan jela panadol..malam tu la jugak panas badan dah naik. stress btul la.

rabu aku cuti la keje. seharian aku baring je kat sofa. firuz aku x hantar pon g nanny sbb malas nk start kete. mmg gtula. aku cuti dia dok umah saje. kasi chance nanny rest. huhuh. bekpes aku bg makan pisang kat dia. kesian btul budak ni. dia main la sorang. tertonggeng2. aku bio je. sambil aku masak bbur utk makan. thari aku kasi la dia makan bbur sama.


dah penat main sorang aku rasa dari subuh dia bangun main sampai ke petang baru dia mau tido. lantak ko la nak. memang x larat gile. dengan preggy plus demam. flat trus.

mgrib tu mandikan dia rasa badan dah dedor plak. aiseh...aku da la malas kan nk keluar umah. demam aku pon gedik. x reti kebah. makin tambah2 batuk kahak.idung sumbat segala. aku bagi je dia makan ubat spare spital dalam esbok tu.

lpas bg makan bbur lagi mgrib tu. dia main saje sepanjang malam sampai pukul 1200 malam. aku terlepek lagi atas sofa. sambil perati mata pejam2. kadang2 dia nak dekat2, aku mrahla. sbb dia nak mintak nenen. 

tukar baju lagi sebab dia basahkan baju dengan air minum. itula aku rasa dia tetido kejap masa pkul 1 pagi lpas tuko baju. tetibe je kol 1 lbih dia bangun pegang2 kepala badan. aku terkejut jugakla. panas dah naik. sampai dia sinri x dapat nak handle badan sinri. aku trusla buka baju dia nak tuam2.

budget2 esok jela kan lpas kje aku bawa pi klinik. igt nak bg makan ubat demam lagi. macam tak keruan la aku tgok dia. kejap naik sofa, kejap baring di tilam. last2 masa aku gi dapur dia dok muntah selambak atas tilam.

sampai keluar ikot idong. huuu....badan memang panas gila la. firuz ni jarang demam. tahun lepas sekali. tahun ni, haaa..ni la dia lagi kena. jarang demam tapi skli demam kaw2 dia bagi. trus aku sarung tudung la nak bawa emergency. kol 2 pagi tu trus pi emergency. kat sini mana ada choice klinik 24hours. harapan memang kat hosp biasa je la.

sampai emergency dukungla dia. semput jugak. huhuh..nasib x ramai orang masa tunggu turn. masa daftar sempat lagi dia muntah2. habis baju aku. nasib ada bawak towel.

kena cek suhu badan memang panas. trus kena bagi cucuk bontot dengan ubat. 1st time la ada pengalaman camtu. nasib baik tak kena admit. kalo x haru jugak.

ngam2 terjumpa plak laki member aku dalam wad tu. dia tanya mana laki aku. cakap xdela. keje. huhu...agaknye dia kesian kot dgn tkedek2 aku dok dukung firuz tu. member aku xde plak. rupenye dia tolong bawa kan anak sedara dia demam jugak masuk emergency. tp anak sedara dia kena tahan sebab baby sangat.

setel aku balik la umah. nurse suh tuam2 dengan towel lg. sbb panas sangat takut kena sawan. kompem tak tido malam.

balik2 umah kasi setel dlu lap n mop muntah sebeban tu. aku kasi tinggal je gi spital dlu. sbb cuak takut lagi teruk plak. letihla tunggang terbalik lap n mop. buka cadar nye seme tu.

 budak ni aku bukak kan baju. kipas kasi slow n pasang ekon slow jugak. aku ada wasep la ayah kasitau firuz demam. dengan atuk2nye riso x tido malam. siap nak beli tiket datg sabah sebab kesian aku demam firuz pon demam. kucar kacir dah.

 bukan setakat seluar, dengan baju aku cabut. sebab senang nak tuam2 ketiak. belakang depan badan sme la. nasib ada buat ais dlm peti sejuk. memang tak tido sampai pkul 5 pagi aku mengejekan budak ni. sebab lepas tu baru dua tetido. aku kasi selimut dengan towel je. supaya perut x masuk angin.

 aku igt nak kuat2 kan diri la datang kje tapi aku rasa stelah melalui malam yg nightmare dan menyedihkan tu jadik makin teruk la demam aku plus firuz demam jugak. maka khamis cutila lagi. 

tapi paling aku geram masa cek mesej telegram lah. aku dah list kan nama aku cuti le kan. skali ada plak yang sound 

"ramai cikgu demam hari ini!"

amboi...x ckup sound, dah kenapa siap ada tanda seruan. marah ke? rasanya yg amik mc tu seme jenis yg takkan mc kot klo xde hal. sbb seme jenis rajin keje. dah kenapa?

tetibe aku naik angin la. coz selama ni punye ramai x datang time peak2 mcm exam ke hape x pnah nak sound kan? sampaikan tak cukup orang nak jaga kelas. tetibe kalini nak menyound plak. 

trus aku kol la cetss marah2 jugak. huhuh..geram2. bukan geram sebab anak demam aku demam. geram sbb tym2 aku demam la nak sound. macam la kite x wat koje. plisss laaaa...

u x datang kitorang x pernah tya plak alasan nye apa ye.

ni pagi semalam. sampai keluar2 air mata sebab panas sangat badan nye. myusu pon dah kurang. sebab tekak dia tak sedap agknye. siksa btul jaga orang demam dan kite pon demam.

 bagi susu tapi tetido so tak minum sbb dia sinri tak dapat nak tahan sakit pastu asik terkejut sebab aku asik tuam dengan air sejuk kat badan. bile da suam badan dia akan tetido2 kejap. tapi panas dia tu every 15-20min kena cek. sbb konpem naik.

maknanya dia dapat lelap mata pon dalam 15-20 min la jugak. sampai lebam2 mata dia x ckup tido.

 kat kepala aku simpan towel n kat tapak tangan pon letak jugak kain basah. takde satu pon inci badan nye yg x panas gelegak. ni dia tido tak tersedar. klo sedar habis dia campak sme towel basah tu. cabaran sungguh.


 bengkak haaa mata sampai kuyu2 

 malam tadi aku pegi kol kazen mintak stok ubat bontot. sebab aku x tahan x dapat tido n rest langsung. pinggang n perut aku da naik sakit. 

g la jumpa kat umah nye sbb dia x duty. dia suh kawan je amikkan stok. skali pakcik aku tawar2kan. biasala org tua baca2 kan ayat.

lpas 2 jam ccuk ubat bontot suhu trun. barula aku nampak dia nak hepi skit. aku makan panadol curi2 tido. kol 2 pagi tadi dia kejut balik. dah naik da panas. huhuhu..aku lap2 badan nye. sampai dia tetido.

aku gi kejela rini dengan hati membara nak marah. orang da la x selalu cuti kot. silibus pon aku da berbulan2 habiskan. hari2 asik rivision aje. tapi kalo budak x cemerlang apekan daya. sape2 yang paham..paham leeeeerrrr kan?

baru cuti da bising2. geram....gerammm....gerammmmmm..sabar....selawat je dalam hati. 

mintak tolong jugak nanny jagakan harini. bekalkan ubat la sme. tu la pagi tadi hantar start da panas badannye. kesian btul. nasib jumaat balik awal. . harap2 panas tak melampau.

da ler esok koje lagi. geramnye makcik. da ujung2 koje plak hari sabtu. dan2 la last2 nak rajin.

iniler...sebagai penahan batuk sementara waktu. sebab dia x bagi ubat batuk kan. aku pi beli kat kedai. cepat2 la baik batuk sesema. keras perut aku tiap kali batuk. huhuh..

4 comments:

cik hani said...

semoga awak dan anak cepat sihat yer...

NorHaFydzah said...

Tu la..hairan bebemor..tetiba nak tulis ramai cikgu demam.. gila ke hapa..ingat ada ke orang yg pura2 nak demam. Patutnya doakanla cepat baik ke apa.. tetiba care je nk komen. Kalau berpuluh keluar sebab sukan..boleh pulak kan??? apapun..get well soon..

NorHaFydzah said...

Tu la..hairan bebemor..tetiba nak tulis ramai cikgu demam.. gila ke hapa..ingat ada ke orang yg pura2 nak demam. Patutnya doakanla cepat baik ke apa.. tetiba care je nk komen. Kalau berpuluh keluar sebab sukan..boleh pulak kan??? apapun..get well soon..

cik chinta said...

Tq hani

Tu la kan, nasib bwh msg dia tu ada yg doakan cept sembuh.membara hatiku ni ok.

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com