Friday, October 7, 2016

pokok belimbing buluh

akhirnye hampir 2 tahun aku tanam pokok belimbing buluh ni dia dah berbuah. sabar menanti betul. banyak baja dah letak. tak campur air ikan la. air beras la. pastu konon2 letak baja kompos dari sisa sayuran.

daun aje menjulang tinggi dalam masa 2 tahun tu. pastu satu hari aku geram aku potong daun yang banyak tu. semua aku togelkan dengan dahan semua kerat. tinggal kan batang aje. sekali tak lama lepas tu dia keluar bunga nak berbuah. aku rasa selama ni baja yang letak banyak tu semua ke daun dengan batang aje. bile buang dahan dengan daun yang banyak tu baru la ada nutrien pegi nak jadi buah.

 sejak tu kalau banyak aje daun nak naik aku patahkan. memang buah dia tak putus keluar. cuma takdela meriah. dah ada kire syukur la.

 mencanak keluar rasa seronok tengok ok.


nampak tak berapa banyak tapi bila petik sebelum dia gugur bertabur dapat jugak satu periuk sederhana tu. aku buat sambal hitam pahang. dapatla satu bekas kecik.

oh..benih pokok ni aku bawa dari semenanjung. ibu aku bibitkan dari pokok rumah johor. cara nak dapatkan bibit nya. kau amik buah dia yang dah gugur kat tanah tu. yang dah lembek tu. amik biji dalam nya tanam. boleh tumbuh. 

3 comments:

Anis Azalea said...

Sedap ni buat tambahan lauk dalam kuah gulai.

Sekamar Rindu said...

salam...lama tidak singgah sini....apa khabar?

cik chinta said...

tu la. jimat xyah pakai asam keping kalo dah guna ni anis

sr; baik2 aje. cuma malas btl nk mengarang. huhu

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com