Saturday, April 14, 2012

idea kretip utk sekolah lain dari skola smk kota klias

masa pegi camping, aku masuk opis sekolah ni. terus mata aku tertarik dengan board comel depan pintu pejabat. bila aku perhatikan betul2, ni board utk kehadiran pelajar2 setiap kelas.

ada poket2, setiap poket letak nama guru kelas n pembantu serta nama kelas tu. 

taktau nape kat sini keje utk menanda kehadiran pelajar dalm buku rekod menjadi satu masalah besar utk disiapkan oleh guru2 kelas. sebab masa aku keje kat sekolah di trgn dlu, mende ni takde penah dibangkitkan. 

cuma pk hem ingatkan guru2 supaya jangan guna liquid paper utk kesalahan dalam buku rekod kedatangan. sebab kalau baca btul2 peraturan depan buku rekod kehadiran. memang xle guna pon. sampai skang aku ingat mende alah tu. 

sebab masa dlu, aku pernah kena denda dengan pk hem salin balik semua rekod pelajar dalam buku baru dari bulan jan-ogos.

nampak cam senang, bulat & garis aje. tang nak salin nama2 pelajar tu yang hazab. da le nama budak2 skang kemain canggih, xmen la satu dua patah. paling2 pon 3 patah perkataan nama pelajar skang..contoh "muhammad danny haiqal". panjang kan? blom campo nama daddy dia lagik. pengsan!

tu pasal skg, bile salah je tanda, potong aje..buruk comot pon lantak la. yang penting x guna liquid paper.

ini macam resit yang diletakkan kedalam poket2 tu. tiap hari ketua kelas kot kena isi bil pelajar yang tidak hadir sekali dengan nama.

guru kelas kemudian datang2 aje kena isi ke dalam buku rekod harian. dan buku rekod tak bole dibawa keluar dari sini. mesti di simpan di sini aje. supaya takdela kes2 buku rekod ilang ntah kemana.

aku da ajukan hal ini pada pk hem sekola. ntah...dia buat tidak. yang penting aku da share idea supaya menyenangkan dia jugak. takdela kes2 buku rekod ilang. ni tidak, tym2 nazir nak datang mula la gelabah carik2 buku rekod dari tahun2 lepas yang sinri tatktau mana peginya.

 terjumpe jugak kerusi ni, macam ala2 kerusi kat stadium susunan dia. 


sekolah ni memang kretip la. loike!

2 comments:

Nads Couture said...

blog sgt best untuk dibaca..nice blog..

cik chinta said...

tq (:

Copyright © 2013 Reserved to Nufaka's Blog's
Design by Azhafizah.Com